Akhir-akhir ni '
Hidden Hantaran @ Covered Hantaran' menjadi trending dan menjadi pilihan bakal pengantin untuk dulang hantaran. Kiranya style hantaran paling latest lah untuk tahun ni sebab awal tahun Januari haritu pun
pertunangan anak buah buat hidden hantaran ni dengan simple pelamin. Walaupun style
'sorok' hantaran ni dah ditelan zaman berzaman lamanya tapi tetap ON!
|
credit : google |
Baru-baru ni je lah keluar semula style dulang hantaran sorok. Mungkin sebab kemunculan makcik makcik bawang yang sibuk membawang dengan hantaran orang. Lantas, muncul lah idea hidden hantaran ni kes nak sorok segala barang hantaran supaya tak jadi buah mulut orang. Mungkinlah begitu ceritanya kot. Siapa lah yang punya idea nak keluarkan semula tradisi ni memang terbaiklah. Thumbs up!
|
credit : google |
Hidden hantaran jadi misteri lah gitu untuk menutup mulut-mulut makcik bawang supaya tak buat cerita tentang hantaran murahlah, tak sesuailah apa lah. Tapi kalau dah namanya makcik bawang tetap mulutnya tak boleh ditutup. Serba tak kena je semua benda. Bagus juga tradisi sorok hantaran ni digunakan zaman sekarang ni kalau jenis tak nak guna hantaran terbuka.
Nampak Klassik
Hidden hantaran walaupun dah berzaman sejak zaman nenek moyang kita dulu tetap nampak releven di zaman moden ni. Pendek kata, tradisi ni tak lapuk dek zaman. Back to classic! Zaman dulu gunakan kain batik ataupun kain pelikat untuk membungkus dulang hantaran. Dulu hantaran jenis bulat tu dan lepas tu barulah muncul hantaran terbuka guna dulang hantaran tembaga yang sikit punya berat tu. Dan kemudiannya berubah mengikut peredaran zaman guna bekas kaca, dulang kayu dan sebagainya.
|
credit : google |
Bila digunakan semula hidden hantaran dalam zaman moden ni banyaklah perubahan idea hidden hantaran ni dari segi penggunaan material, jenis ikatan dan dekorasi. Kalaulah hidden hantaran ni trend 6 tahun lepas memang Fiza buat. Takpe lah, boleh bagi idea atau buatkan untuk pertunangan dan kahwin orang lain nanti. Fiza rasa hidden hantaran ni macam lebih memudahkan kerja dalam menyediakan dulang hantaran dan jimat juga sebenarnya. Walaupun kalau kira-kira lebih kurang je harganya sebab kain pun costly juga kot kan.
Memudahkan sebab nak menyiapkan hanya perlu bungkus dengan ikatan dan sedikit dekorasi bunga kalau nak letak. Mudah nak bawa juga satu benda yang penting kalau rombongan dari jauh. Barang hantaran pun terjaga rapi dalam kotak tu. Boleh jimat masa nak sediakan kalau nak simple-simple je bungkus. Bahan-bahan pun hanya perlu gunakan bekas/kotak, kain dan juga bunga kalau nak.
Nak mudah dan jimat guna je apa yang mudah nak sediakan macam kain batik atau kain pelikat macam zaman dulu. Bekas/ kotak tu boleh beli bekas tupperware kedai RM2 tu je. Tapi kalau nak nampak mahal dan mewah, gunalah kain sulam songket ke, satin ke, batik lukis ke kan. Bunga pun boleh guna bunga hidup segar atau bunga plastik. Susah-susah malas fikir bungkus je dengan cara ikatan yang agak style. Kain bungkusan tu boleh juga diguna pakai semula kan.
Jenis-Jenis Dekorasi Dan Ikatan Hidden Hantaran
Untuk hidden hantaran ni lebih baik gunakan kain kapas macam kain batik sebab mudah nak urus dari segi lipatan dan kemasan tu nampak kemas. Biasanya kalau guna kain batik tak perlu dah letak dekorasi macam bunga atau hiasan lain sebab corak pada kain pun dah nampak menarik dah.
- Kain batik/bercorak dengan ikatan simple.
|
credit : google |
- Kain songket dengan hiasan dokoh
|
credit : google |
- Kain sulaman songket dengan ikatan tali guni
|
credit : google |
- Kain satin corak dengan ikatan riben dan bunga
|
boleh gunakan kain satin tudung bawal. credit : google |
Kalau tak nak guna jenis kain bercorak, gunakan kain plain pun menarik. Boleh buat ikut tema warna majlis masing-masing.
- Kain satin dengan simpulan seperti sanggul rambut
|
credit : google |
- Kain crepe dengan ikatan simpul selit bawah
|
credit : google |
- Kain satin dengan hiasan bunga
|
credit : google |
Nama-nama di atas Fiza berikan ikut daripada gambar hidden hantaran pilihan Fiza. Kalau ada nama lain sila mention dalam kotak komen okay. Terima kasih pakcik google dan tuan punya gambar. Kalau tak tahu nak bungkus macamana, boleh je tengok kat youtube. Salah satu yang Fiza suka adalah furoshiki wrapping, Japanese style how to wrap boxes. Salah satu tutorial video how to wrap boxes, boleh tengok dalam youtube channel KyotoDesignHouse.
Nota penting : Semua gambar hasil dari carian google. Jika salah satu gambar milik anda, sila tinggalkan link di ruangan komen. Tak perlu cakap plagiat sebab bukan meniru hasil kerja anda untuk bisnes. Cuma berkongsi untuk idea bakal pengantin. Dunia internet luas, pusing pusing situ juga kan. Kadang kadang kita pun tiruvasi idea orang juga. So jika ada, boleh terus letakkan link dan akan di kreditkan kepada link tersebut. Tak perlu ayat berjela, halalkan atau menuduh plagiat. just komen gambar mana dan sertakan link. Mudah dan tak perlu ada isu. that's it.
suka sgt ngan trend hantaran mcm ni..
ReplyDeletesamalah! suka tengok.
Deletecantik
ReplyDeleteTerima kasih Anum
DeleteBagus sebanrnya macam ni, sorok apa yang di hantar, atau barang tu dah bagi awal, so letak aje kotak kosong dan balut, pun orang tak tau kann...
ReplyDeleteAda jodoh anak Sis, nak buat style gini gak..
haa betul tu kak. tak perlu letak barang pun x apa. hihi
Deleteboleh dijadikan salah satu pilihan untuk kahwin nanti. hehhehe. tak payah nak 'show off' apa isinya. jadi tak perlu lah berbelanja terlebih2 untuk nampak hadiah hantaran itu wow. hehee.
ReplyDeleteye betul tu Miza.
Deletecantik laa trend hantaran macam ni. suka tengok..
ReplyDeletekan..sesuai je tengok
Deletecantik dan exkslusif ;)
ReplyDeletememang patut pon buat hidden sbb bakal suami nak bagi kat bakal isteri ...biaq jadi kejutan haaa gitew
surprise tu yang best tu.
Deletewow , saya bookmark post nie . Boleh buat rujukan , mana tau tahun depan kawen. . . Hehehhe , amin . . btw done follow :)
ReplyDeletemoga cepat bertemu jodoh. Aaminn
DeleteWah baru tengok kahwin orang cina buat macam nih, tak sangkak budaya kita juga dah berzaman.
ReplyDeleteye, cuma kita yang tak tahu mungkin. :)
Deletesweet je tengok hantaran macam tu.. mesti tak sabar nak bukak hehe
ReplyDeletetak sabar tu sudah semestinya sebab nak tahu hantaran apa.
Deleteramai dah buat hidden hantaran. memang okay sangatlah kan utk menutup mulut makcik bawang. hehe
ReplyDeleteye, itu yang jadi trend hantaran terkini tu
DeleteDekorasinya bagus banget kak <3
ReplyDeleteye, sangat bagus :)
Deletetengok ni teringin nak buat. Tapi tulah jodoh mana ntah tak sampai-sampai.Tak nampak jalan kot jerebu ni. Haha
ReplyDeleteHehe..sabar menanti jodoh ye. Mudah-mudahan bertemu jodoh cepat-cepat.Aaminn
DeleteSuka konsep ni...at least bleh elakkan dari bawang rangers mengata kan...kalau mcm ni letak barang2 branded pun org takleh nak membawang, barang x branded pun org x yah tau...
ReplyDeleteapepun biar orang takpayah tahu kaedahnya kan
DeleteWow nampak cantik juga la balit2jrsenang nk bawa
ReplyDeletecantik dan senang bawa :)
Deletesy pun plan buat hidden hantaran nanti hehe
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan sy hehehe
menarik juga mcm ni....makcik bawang xleh membawang....:)
ReplyDelete