Kebun Lalang Pun Cantik Untuk Photoshoot
Gambar asal sebelum edit |
Gambar atas tu belum edit lagi. Tapi kalau dah edit dengan menggunakan preset lightroom, lagilah bertambah cantik hasil gambar tu. Kau orang boleh dapatkan preset lightroom percuma je download online je.
Kalau nak gambar lagi cantik, lighting memang kena on pointlah. Natural light tu nampak gambar tu lagi terang jelas dan cantik. Itu kalau pakai smartphone. Kalau pakai DSLR tu kena tanya professional photographer sebab Fiza tak arif lah bab setting DLSR tu. Guna smartphone dan gopro je tahu. Tahu snap je. Bab setting sila jangan tanya.
Dah ambil gambar elok-elok tu lepas tu edit je guna lightroom. Nak cerah ke nak gelap ke nak tema orange teal ke ikut suka. Downloadlah banyak-banyak preset selagi muat. Tapi paling penting, lighting tu lah. Fiza suka ambil gambar tengah panas tapi cuaca panas kadang spoil mood juga sebab kena berpanas.
Satu lagi gambar yang Fiza suka. Permandangan sangat cantik. Entah siapa punya kebun tak pastilah. Tapi Fiza ambil gambar ni tepi jalan je tak masuk dalam semak lalang tu pun. Tapi dalam gambar macam acah-acah dalam semak lalang kononnya. Suka tengok photography yang berlatar belakangkan alam semulajadi.
Lalang liar macam ni kat mana-mana ada kan. Kalau dia tumbuh rimbun banyak macam sepadang macam ni memang cantik untuk ambil gambar. Pantang jumpa tempat cantik mesti nak ambil gambar juga.
betul sangat cantik
ReplyDeleteTerima kasih Anum
Deletekalau dah mata tu tajam kata orang kat manapun cantik...
ReplyDeletekann..tempat biasa biasa pun boleh jadi lawa
Deletememang lawa, feeling je nak bergambar kat tempat2 gini
ReplyDeletetahu takpe. posing lebih
Deletebila gambar cantik org dah x nmpk / anggap pun yg tu lalang hehehehe
ReplyDeletedari biasa biasa jadi wow sangat kan bila dalam gambar. view tu memainkan peranan
Deletecurlasss lawa. bagi 'mata' seorang jurugambar, semakin berserak semakin lawa. bagi 'mata' manusia biasa, ia cuma semak samun yang tak membawa untung. tapi serious suka tengok gambar ni. lawa. eiditng nya pun just nice
ReplyDeletekadang view macam ni orang anggap lalang biasa je kan. tapi dalam gambar bukan biasa biasa lalang ni.
Deletesubhanallah...cantik...macam kat luar negara bila da edit
ReplyDeletenampaklah rare sikit kan kak. hihi
Delete