Sah! Mata Kena Jangkitan.
Semalam hari ke empat sakit mata merah bengkak lepas bangun tidur hari jumaat lepas. Lepas dah tak tahan sakit dan tak ada perkembangan macam nak baik, terus pergi klinik juga. Mulanya bila husband ajak malas nak pergi sebab rasa macam sakit mata biasa je dan sebenarnya malas nak menunggu lama kat klink tu. Bila dah tak tahan sakit yang tak boleh bawa bincang tu, barulah rajin nak pergi klinik.
Sampai klinik tengok ramai orang. Rasa macam nak patah balik rumah je. Tapi sebab sakit, gigih melangkah dan sabar je lah tunggu giliran tu. Alhamdulillah tak sampai sejam menunggu sampailah giliran masuk bilik doktor. Doktor pun tanya "Dah berapa hari sakit mata". Harini hari ke empat doktor. Doktor balas "Dah empat hari sakit mata baru awak jumpa doktor?". Saya ingatkan sakit biasa je macam ada something dalam mata.
Doktor pun check lah dan cakap ada putih-putih dalam mata. Maksudnya apa? Sah! mata kena jangkitan. Tapi tak ada pun tahi mata atau gatal-gatal. Tak tahu puncanya apa. Cuma terasa ada something dalam mata yang buatkan mata rasa tak selesa bila buka ataupun tutup. Doktor pun bagi antibiotik dan panadol untuk tahan sakit.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6JZ_eryrqo1ZFZrk_Ggo82-MbsVOYC4ZRku9OS8y94Pxemz1ThJSjXJnWUiWCcec23gJTVqzrEBHkBN7NK-IzwF4E8x_SsbC2RGtuT064BmvgbaYxu6nNe_gEyZXDvR1V-X8IFGMvnvdZ/s1600-rw/ubat-mata-infection.jpg)
Dalam masa seminggu kalau tak okay guna ubat titis ni, doktor suggest beli ubat titis yang lagi kuat kat pharmacy. Kalau masih tak okay, minggu depan kita jumpa dia semula. Fuhh, seram pula kalau tak okay. Harap-harap okaylah lepas guna ubat ni. Kalau rehat pun tak boleh rehat sangat sebab banyak nak fikir kerja yang belum settle.
Lepas makan panadol tu memang tidur lena betul lah hilang rasa sakit tu. Ubat titis tu pula kalau dititis mengalir pula pada saluran tekak tu, aduhaiii kalau boleh taknak melalui rasa kepahitan kelat-kelat ubat titis tu. Pahit kelat ku telan jua. Doakan Fiza cepat sembuh ye. Sekarang tak boleh nak blogwalking sangat sebab tak boleh nak tengok screen terang-terang ni. Screen handphone dah habis low light pun masih sakit kalau tengok. Sipi-sipi je lah.
Kalau kau orang kena sakit mata kalau dah sehari sakit, cepat-cepat pergi jumpa doktor okay. Jangan tunggu lama-lama. Kalau tak, kalau dah melarat lambat nak sembuh. Apapun doakan Fiza cepat sembuh okay. Terima kasih semua.
Moga cepat sembuh ya sis..
ردحذفAminnn...Terima kasih atas doanya.
حذفAlahai...teruk sangat jerebu ni kot sampai kena jangkitan kat mata...akak pun selalu pedih2 mata...just x pi check je
ردحذفitulah kak, tak tahu apa puncanya kak. Bertabah dan bersabar je lah ni. apepun kena hati-hati musim jerebu ni
حذفSyafakillah fiza. Take care tau.
ردحذفAminnn...Terima kasih atas doanya kak Ana.
حذفbetul lah benci guna ubat titis kt mata sbb pahit nya terasa kt tekak, bukan sikit2 punya pahit... apa pun moga cepat sihat ye matanya tuh...
ردحذفpahit yang terpaksa ditelan juga kak. terima kasih atas doanya.
حذفSemoga cepat sembuh.
ردحذفAminnn...Terima kasih atas doanya.
حذفGWS fiza!
ردحذفinsyaAllah blh baik tu..
Aminn.terima kasih atas doanya.
حذفget well soon kak
ردحذفAminn.terima kasih atas doanya.
حذفGet well soon ye fiza.. syafakillah
ردحذفAminn. terima kasih kak
حذفmoga cepat sembuh ya...
ردحذفAminn.terima kasih atas doanya kak mia
حذفSemoga cepat sembuh Fiza.
ردحذفAminn.terima kasih atas doanya.
حذفsmoga cepat sembuh kak fiza
ردحذفAminn.terima kasih Syu. Eh lama Syu tak muncul
حذفbersabar la...
ردحذفsaya pun pernah kena juga nie dulu
ye, memang banyakkan bersabar masa sakit mata ni.
حذفget well soon sis. lama ray x singgah sini
ردحذفThank you Ray. Takpe, ada masa singgah lagi.
حذف