Young Living | Aroma Essential Oil Lemon Menyegarkan

Morning! Waktu pagi adalah masa paling sesuai untuk minum air detox. Betul tak? Pagi-pagi minum air dengan titisan Essential Oil (EO) Lemon memang segar betul. Tak payah kisah nak potong lemon tu. 

Titiskan aje EO Lemon dalam air sejuk atau air panas untuk buat air detox. Selain buat air detox, EO Lemon ni kalau diffuse selepas bangun tidur tu aroma dia boleh buat segar. Hilanglah rasa mengantuk nak tidur balik tu. 


MUST HAVE ESSENTIAL OIL!


EO Lemon ni must have EO sebab sangat serbaguna ye kawan-kawan. EO Lemon juga antara EO yang murah dan mampu milik. Boleh digunakan untuk keperluan seisi keluarga kaedahnya. Fungsi dia bukan sekadar aroma yang wangi tapi banyak kegunaannya. Dulu Fiza ingat buat untuk diffuse je. Rupanya EO Lemon ni pelbagai guna.

KEGUNAAN ESSENTIAL LEMON

1. BERSIH DAN SEGARKAN UDARA

Fungsi diffuse EO ni memang untuk bersihkan udara dan menyegarkan susasana. EO Lemon ni sangat bagus kalau diffuse di dalam bilik untuk buat kerja atau belajar. 

Terasa lebih segar dan lebih fokus bila bau aroma yang menyegarkan. Selain tu, kalau ruang bilik lembap dan berbau tu elok sangat diffuse EO Lemon ni untuk kurangkan bau.

2. KESIHATAN

Terasa nak demam, batuk atau selsema tu cepat-cepatlah diffuse atau inhale EO Lemon ni sebagai salah satu cara untuk kurangkan rasa demam, batuk dan selsema tu. EO Lemon juga boleh dititiskan dalam air suam untuk buat mandian untuk hilangkan dan kurangkan tanda-tanda 3 penyakit tu. 

EO Lemon ni kaya dengan vitamin C yang boleh meningkatkan daya tahan tubuh badan macam tu. Yang alah mual-mual tengah pregnant tu boleh guna EO Lemon ni juga tau. At least kurangkan rasa mual tu.


3. KECANTIKAN

Lemon banyak digunakan dalam produk kecantikan dan dengan adanya EO Lemon ni, boleh ditambahkan dalam produk untuk mencerahkan dan menyegarkan kulit. Kalau ada jerawat tu boleh je tepek sikit sampailah jerawat tu kecut. Boleh juga letak dalam contioner atau masker rambut homemade untuk kecantikan rambut.
Caution: Citrus oils should not be applied to skin that will be exposed to direct sunlight or ultraviolet light within 72 hours

4. PEMBERSIH

Selain diffuse untuk bersihkan udara, boleh tambahkan setitis dua dalam penyembur air untuk bersihkan/lap perabot. Tapi pastikan letak dalam botol kaca ye untuk jaga kualiti EO tu sendiri. Kadang tu tambah sikit dalam air untuk mop lantai. Harum semerbak lemon bau rumah dan sekaligus membunuh kuman yang ada.

5. MENGHALAU SERANGGA

Bukan setakat boleh spray untuk bersihkan perabot, karpet, sofa dan lain-lain lagi. Boleh juga spray ditempat yang ada serangga seperti nyamuk dan lalat. Serangga dua tu memang selalu je rajin datang ke dapur kan. Pantang ada makanan manis dan bau hanyir makanan tu. 

6. AROMA MASAKAN

Bukan setakat boleh buat air detox, EO Lemon boleh dijadikan sebagai penambah aroma masakan seperti cookies ataupun kek. Yang ni fiza belum cuba lagi tapi nampak menarik untuk dicuba lah. Satu lagi yang Fiza tahu, EO Lemon ni boleh buat pembersih sayur dan buah juga. Okay, memang terbaik EO Lemon ni kan?

So, tak rugi lah kalau ada 15ml EO Lemon ni letak kat rumah tu. Macam-macam boleh guna setiap hari tau.

6 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.