Ambil Angin Petang di Pantai Tanjung Bidara Melaka
Tanjung bidara ni tak macam Pantai Puteri yang Fiza pernah pergi sebelum ni. Suasana agak sunyi cuma ada beberapa buah kereta je parking. Boleh kira manusia yang ada lepak kat situ. Food court sunyi sepi tanpa peniaga. Kiranya kurang pengunjung petang-petang ni. Atau sebab hari biasa memang tak buka food court kat sini. Entahlah, tiada jawapan. Orang situ je tahu kot. Mujur bukan datang nak makan sekali. Dapat makan cendol tepi pantai tentu seronok.
Saja singgah pantai sebab Fiza suka tengok pantai dan sambil tu boleh ambil gambar cantik-cantik tepi pantai. Pantang nampak pantai mesti rasa macam tenang dan damai gitu. Terapi sebentar sebelum balik rumah. Tapi Fiza tak suka mandi air laut sebab cepat sunburn dan agak 'aquaphobia' sebenarnya. Suka lepak tepi pantai je menikmati permandangan ciptaan Allah. Ambil gambar tu sudah semestinya. Kalau rumah dekat dengan pantai, mahu hari hari belok ke pantai. Hehe
Pantai Tanjung Bidara ni bersih dan pantainya agak panjang. Jenuh juga kalau nak menyusuri pantai ni. Pantai pun bersih dan ada batu-batu besar tepi pantai. Cuma tak ambil gambar kat batu tu je sebab malas nak jalan ke sebelah situ. Air laut kat Tanjung Bidara agak keruh macam air sungai. Tak jernih dan tak biru. Kalau warna biru dan jernih tentu lebih cantik kan. Lain pantai lain warna airnya disebabkan faktor kedalaman, cahaya, kandungan dan sebagainya.
Air keruh macam ni sebab tak dalam dan disebabkan faktor ombak yang memukul pasir di tepian pantai. Mungkinlah kot. Kena kaji lebih kalau nak tahu. Paling suka bunyi ombak tepi pantai. Rasa nak pacak tiang buat rumah tepi pantai je. Tapi rasa takut pula. Bak kata pepatah "Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai". Haha Tiba teringat pepatah tu. Ada kena mengena juga tu kot.
Dah puas ambil gambar yang tak seberapa tu dan sedut angin petang tepi pantai puas-puas. Gerak balik kampung Segamat terus sebab masih ada baki cuti sehari lagi. Dah lama tak balik kampung. Alang-alang berkesempatan ni terus balik kejap. Dah lama tak balik kampung. Huwaa...
Pantai Tanjung Bidara memang top suatu ketika dulu. Tak tau pulak kenapa skrg sunyi kurang pengunjuk. Tapi kalau Fiza pergi ke Pantai Pengkalan Balak pun ok jugak.. pun tak jauh dari UITM Lendu. Kat Pengkalan Balak tu banyak chalet tepi pantai. Agak meriah sikit dengan pengunjung 😉
ردحذفFiza ingatkan happening kat sini kak. Next time boleh pergi pengkalan balak pulak. biasa tu lah asyik kelebang dgn pantai puteri je.
حذفSayangnya mcm pantai yg terbiar ye sis..sbb dulu2 rasanya pantai ni famous jg sllu di sebut2..
ردحذفseronok dpt balik kg walaupun sekejap..:)
Agak terbiar tapi masih bersih dan ada orang juga datang.
حذفalahai..rindu pantai2 kat melaka..:)
ردحذفdatang melaka kak Nor..dah rindu² dah tu :)
حذفcantik jugak pantai dia tu tapi mungkin kurang daya penarik agaknya :D
ردحذفmungkin weekend meriah kot atau mungkin sebab ramai dah beralih arah ke pantai lain
حذفSamalah bila dah besar tak mandi sungai atau laut.
ردحذفokay, ada geng :)
حذفtopi tu custom made ke .? nice la ade nama sendiri . Datang la kuantan , banyak jugak pantai . Mostly weekend semua pantai akan penuh orang .
ردحذفYe, custom made. ada dalam entri yang lepas. Kuantan dah singgah pantai cahaya bulan je kalau tak silap.
حذفwah cantiknya gambar.. suka mama tgk
ردحذفTerima kasih mamapp
حذفcantiknya view
ردحذفview pantai memang cantik anum :)
حذفmungkin sekarang pengkalan balak lebih menjadi tumpuan. Kecik-kecik dulu saya suka pergi tanjung bidara ni
ردحذفmungkin juga. tak pernah ke pengkalan balak =_='
حذفX suka jgk mandi laut sbb air masin 😬
ردحذفni mesti kes pernah terminum air laut kan :p
حذفsyok amik angin ptg kt pantai
ردحذفsyok dan tenang rasanya :)
حذفlama betul tak ke sini walaupun rumah mak cik sy kt sini hehehe
ردحذفnanti datang rumah makcik boleh singgah :)
حذفPenah jugak lepak sini. Hehe.. Dah lama tak pegi. Love semua gambar cantik2 angle.
ردحذفnanti boleh jejak lagi. Terima kasih :)
حذفcantik pulak topi fiza tu? bt kt manaaa? nk cantik mailah pantai kt penang ni. heheh
ردحذفada dalam previous entri. search je beach hat dalam kotak search sebelah kanan atas tu. penang jauhhhh..kita mampu dekat² je Nina :)
حذفSesekali merehatkan minda kat tepi pantai..memang best
ردحذفbetul tu kak. tenang rasa
حذف