Betta Fish Untuk Mini Aquarium
Dalam masa sehari dua, 6 ekor ikan belaan dalam mini aquarium mati tak dapat diselamatkan. Mula-mula ikan black neon tetra mati lepas tu guppy, last sekali swordtail fish tu yang hanya mampu bertahan sehari selepas geng-geng ikan lain mati. Tak tahu nak buat macamana masa nyawa-nyawa ikan tu ha.
Lepas kumpul tips dan suggestion daripada komen-komen di insta, akhirnya Fiza pilih untuk bela Betta Fish pula untuk mini aquarium. Rasa sepi dan tak berseri tanpa ikan-ikan tu. Betta fish atau nama melayunya ikan laga memang cantik dan sangat sesuai dijadikan sebagai ikan hiasan. Nak bela pun tak susah daripada kata-kata orang yang berpengalaman lah. Takpe, Fiza cuba dulu tengok senang ke susah nak bela Betta Fish ni.
Lepas kumpul tips dan suggestion daripada komen-komen di insta, akhirnya Fiza pilih untuk bela Betta Fish pula untuk mini aquarium. Rasa sepi dan tak berseri tanpa ikan-ikan tu. Betta fish atau nama melayunya ikan laga memang cantik dan sangat sesuai dijadikan sebagai ikan hiasan. Nak bela pun tak susah daripada kata-kata orang yang berpengalaman lah. Takpe, Fiza cuba dulu tengok senang ke susah nak bela Betta Fish ni.
Cantikkan Betta fish ni. Ekor dia pun flowy sangat bila berenang dalam air tu. Suka tengok! Seronok tengok ikan cantik berenang. Kalau pergi kedai ikan memang rambang mata nak pilih ikan sebab semua cantik-cantik. Paling mahal betta fish kat kedai ikan Fiza pergi tu Betta Fish Thai RM45 seekor. Bila tengok harga mahal, terus tak lalu nak tengok ikan tu.
Fiza pilih Betta Fish RM15 Seekor. Tapi tak sure lah jenis dan nama dia. Kalau ada yang pakar bab Betta Fish ni, bolehlah bagitau ye. Ikutkan nak pilih warna badan merah baru menyerlah tapi warna merah tak banyak warna menarik. Fiza pilih warna biru merah tema JDT ni lah. Suka dengan ombre tone warna dan juga shiny pada badan Betta Fish ni. Sumpah lawa!
TIPS PENJAGAAN BETTA FISH
Selain cantik dan pelbagai jenis, Betta fish tak perlukan oksigen. Boleh gantikan dengan water plants je. Plus, tak perlu ganti air selalu pun takpe. Seminggu sekali pun boleh. Dan jangan sesekali guna air paip. Kalau nak guna air paip pun simpan dalam bekas 2-3 hari untuk hilangkan klorin terlebih dahulu. Lepas tu barulah guna air tu untuk gantikan air baru dalam aquarium.
JANGAN TERLEBIH BAGI MAKAN DAN JANGAN CAMPUR IKAN LAIN
Terlebih bagi makan pun salah satu punca ikan mati. Jadi, kena hadkan pelet makanan tu. Macam Fiza, letak 1-2 pelet je sampailah makanan tu habis baru letak yang baru. Betta fish kena duduk sorang-sorang je tak boleh geng dengan ikan lain. Nama pun ikan laga. Nanti berlaga mati lah pula kan.
Kalau letak sebelah-sebelah pun Fiza tengok kedai ikan tu letakkan kertas sebagai penghalang antara setiap bekas untuk elakkan ikan-ikan berlaga kalau nampak sesama sendiri. Hopefully segala tips yang Fiza kumpul ni bermanfaat lah untuk dikongsikan. Baru nak belajar membela ikan. Nampak boring kalau indoor plants ni tanpa ikan.
Dengan cara letak ikan dalam indoor plants ni sekurang-kurangnya boleh juga selesaikan masalah untuk elakkan nyamuk bertelur dalam air kan. Harap-harap Betta fish ni dapat tahan lama lah lepas Fiza dah buat segala tips tu. Kalau tak, boleh pencen dah bela ikan.
cantik ikan laga tu..mudah nak jaga kan?
ReplyDeletememang cantik dan mudah bela :)
Deletecutenyaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteKannnnnn
DeleteBaru tahu nama ikan ni Betta Fish, bagus kan tak payah guna oksigen. Cuma satu je juju fikir, kalau travel seminggu ke oversea memang kena cari mak angkat sekejap lah jaga bagi mkn ni...risau balik nanti mati pulak hehe.
ReplyDeleteBetta fish a.k.a ikan laga. ye, low maintenance macam tu. kalau cuti seminggu kena cari mak ikan lain tlg jaga..hihi
DeleteSemoga berjaya Bela betta fish!
ReplyDeleteTerima kasih :)
DeleteCantinyaaaa color diaa. sejuk mata. harap2 tak mati dah la
ReplyDeletememang cantik. harap harap begitulah boleh bertahan lama. nak tgk dia membesar dan hidup sihat
DeleteEeeee.... Comel yakmat ikan-ikan ni!
ReplyDeletekita pun geram tengok
DeleteZumal dari kecik suka bela ikan ni, arwah tok wan duk beli... Dulu2 dalam RM1.50 hingga RM3 ja seekor tapi sekarang terkejut tengok harganya
ReplyDeletedulu harga memang murah murah sikit. tapi ada je paling murah RM5 ikan laga kampung
DeleteDulu saya beli 10 ekor ikan, semua mati one by one. Lepastu tinggal la sekor je. Saya beli pulak 5 ekor nak jadikan kawan. Last2 mati jugak semua tinggal sekor. Lepastu baru saya tau yang ikan comel2 ni tak boleh letak sekali dalam akuarium..adeh
ReplyDeleteadeh..itulah kan. sebelum ni beli banyak gak ltk dalam satu balang. mati! ini letak sorang baru okay
Deletedia tak boleh share dengan ikan lain ek..pernah dulu bela spesies macam ni, tapi tulah, sekejap je dapat hidup..last² mati kena kerjakan ikan lain
ReplyDeleteye kak, fiza pun baru tahu :)
Deletesuka tgk ikan berenang2..
ReplyDeletetp sy xreti nk bela ikan..
kesian sgt kalo sy bela ikan mati.. huhu
kena tahu cara bela ikan sebelum beli :)
Deleteikan laga mmg ikan paling lasak kalau nk bela tanpa oksigen, tp tulah sebabkan akak pernah beli ikan asik mati je nk bela ikan apa pun tak berani...
ReplyDeletemmg cantik ikan laga nih...
susah kan nak bela ikan ni. nampak mudah. tapi itulah kena cari tips dulu sebelum bela :)
DeleteJaga air je kak.. Air bebas klorin klau boleh tukar 3 hari sekali.. Kompom sihat.. Letak daun ketapang
Deleteinsya allah tahan lama.. cantik color dia. beta fish mama semalam mati.. dah sampai masanya kot. lama dah bela hampir 2 tahun
ReplyDeleteFiza pun suka warna ni. wah lama tu. sedihnya dia mati =__='
DeleteDulu kita ada bela jugak ikan laga ni..tapi bila da habis degree, terpaksa tinggalkan dekat kawan..then akhirnya mati..huhuhu..ikan ni memang cantik dan senang nak bela..
ReplyDeleteala sedihnya mati. tapi okaylah untuk permulaan bela ikan laga low maintenance
Delete