Body Shaming Adalah Satu Jenayah
Isu body shaming makin menjadi-jadi sampai keluar dah akta "Body shaming adalah jenayah". Kalau tak keluar akta ni memang rasanya sampai kesudahlah isu body shaming ni tetap berterusan viral di laman sosial media terutamanya dalam dunia hiburan. Tak faham kenapa body shaming ni dijadikan sebagai lawak. Iyelah, melawak pun jadi sampai mengina rupa fizikal seseorang tu.
"Body shaming" atau perbuatan menghina rupa fizikal seseorang dimana-mana perkhidmatan aplikasi boleh didakwa di abwah seksyen 233(1)(b), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(Akta 588). Kesan kepada mangsa : Stress dan gangguan emosi, kehilangan keyakinan diri, kecelaruaan pemakanan, kemurungan dan kejadian bunuh diri.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibLSPKO6v_kGqBDFNMj4B5r3ryH1MIkcGsz3dRUZu6pI8vvVQWN1IROcgf8Io11VFvGf2eEHXNkBMvPA5hGFOGK83Lkm0a0jtBZ0X-rqHSmdIWz3MHSr6lQSyGwVIGlivaAdVbmnvND12a/s1600-rw/body-shaming-adalah-jenayah.jpg)
Nampak tak kesan kesan akibat body shaming ni. Nampak macam remeh je tapi sebenarnya sangat sangat serius okay! Memang efek kehidupan seseorang. Gemuk, pendek, hitam, muka pecah, peha melimpah, muka berlubang dan bermacam lagilah kata-kata yang boleh menghiris hati seseorang.
Luaran seseorang memang tak nampak terasa tapi dalam hati menusuk sangat. Ada juga mangsa yang dikenalpasti mengalami bipolar disorder disebabkan kes macam ni. Bahaya untuk diri sendiri dan orang disekeliling juga.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRgSzxwwNJA6yvhmOEz3Icv0mPaldwXARuCHy5Ag_oYfxtlgEscWPz5BDGPrVOewh1hUWWvDvJqVoOUOGimLzgQT-5zo4bax2_afCWgEgjY6R7C5LdMsrcrWfg1cDbuZIUsP_m9a86tZII/s1600-rw/body-shaming-satu-jenayah.jpg)
Body shaming adalah jenayah buli siber. Mangsa boleh buat laporan polis atau kepada SKMM. Mengikut seksyen 233(1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ( Akta 588), jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM50k atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.
Agak berat juga hukuman tu. Jadi, jaga mulut dan jaga tangan jangan laju je nak body shaming orang lain di media sosial. Kalau viral kes body shaming di media sosial memang teruklah kena serang dengan bawang rangers.
bse la netizen ni mmg saje cr psl..
ردحذفlbh baik diam dr keluarkan kata2 xelok kutuk org sana sini kan..
sebaiknya memang diam je la jalan terbaik
حذفkalau dekat saluran lawak tv kita..dah jadi kebiasaan pada mereka membodyshaming sesama rakan. Ammi dari dulu agak kurang setuju. Bila org tu berhidung agak kembang, gigi agak kedepan..mereka2 ini dijadikan bahan lawak.
ردحذفMungkin kawan yg dibahankan itu tergelak..tp jauh disudut hati dia??
show lawak tu memang selalu sangat body shaming jadi bahan lawak. tuan punya badan tak kata apa,mungkin juga makin menjadi jadi lawak body shaming ni
حذفTeruk sgt manusia yg suka memperlekehkan manusia lain ni..sgt tak beradab terutama bab2 body shamming ni.. kesan jangka panjang pada mangsa amat tidak baik..
ردحذفsedih kan kalau orang suka body shaming kita..memang efek akan datang
حذفdah msk 2020 kot...knape nk body shaming lg?
ردحذفitulah kan..lately makin kerap dengar isu body shaming ni
حذفmemang betul pun, dari suka-suka sebenarnya besar impak pada orang yang di body shaming tuh.
ردحذفakak pernah merasa, akak tahu macamne rasa sakitnya, geramnya dalam hati ini. Memang bahaya body shaming ni...
pernah merasa juga zaman sekolah..kemurungan juga dibuatnya
حذفOhh ada jugak akta utk Body Shaming ye.. lepas ni biar netizen lebih berhati2 dgn gurau body shaming..
ردحذفitulah..akta baru yang tengah hot kat social media
حذفbagus pun dia buat akta ini.. Makin melampau-lampau pula body shaming nie..
ردحذفkita tengok sejauh mana kesan akta ni
حذفKannn, tak faham manusia ni, suka sangat mengeji keadaan fizikal orang lain. Kan elok jaga diri sendiri, sebab tak selamanya ianya kekal cantik...
ردحذفbetul. manusia adalah sebaik-baik dan secantik ciptaan Allah
حذفSebab tu kat media sosial ni kena berhati- hati kan...baca boleh..komen hati- hati skit...
ردحذفye, betul tu kak..sebab tu sebelum komen fikir dulu :)
حذفBiasa dah ni. Dulu kena sebab jongang dan kurus. Tu yang tekad pakai braces. Tapi bab kurus tu dah malas nak fikir.
ردحذفkadang tu memang malas nak fikir. tak faham lah jenis orang suka body shaming ni.kalau kena diri sendiri baru tahu kan
حذف