Cara Hilangkan Kesan Karat Sudu Tembaga Lama
Entah zaman bila sudu ni pun tak tahu. Yang Fiza tahu memang lama sungguh sudu ni. Zaman nenek dulu kot. Boleh dilabelkan sebagai barang antik juga ni. Mak jumpa dekat stor luar rumah. Memang berhabuk dan berkarat sungguh la. Tembaga karat tu ada warna biru biru turqoise sikit. Cakap ngan mak. Ni dah karat ni macamana nak hilangkan karat sudu?
Mak kata rendam dengan air asam keping je. Lepas tu sental bersihkan. Sampai rumah terus Fiza rendam semalaman sudu tu. Lupa nak ambil gambar sebelum kejadian rendam dengan air asam keping ni. Dalam gambar ni Fiza baru berus sikit sudu selepas semalaman rendam. Yang garfu tu belum cuci habis lagi. Masih perlu rendam sehari lagi dan berus dengan heavy duty scrub sponge. Kalau guna berus dawai takut macam tercalar teruk nanti.
Tambah sehari lagi rendam dan berus dengan sponge kasar tu, akhirnya hilang jugalah kesan karat dan kesan kotor pada sudu tembaga tu. Bahagian pemegang tu belum habis sental lagi. Mudah je nak hilangkan kesan karat ni rupanya. Bila dah rendam, lebih memudahkan kerja sental tu. Tak perlu sental beria. Tapi kesan dan karat degil tu kenalah beria sental sampai hilang.
Setelah sental sampai puas hati. Inilah hasilnya sudu tembaga rustic yang berkilat. Memang berhasillah ikut petua mak. Petua tradisional orang dulu-dulu memang berhasil. Puas hati tengok sudu dah cantik macam ni. Cuma bahagian kayu je yang kurang sikit. Rasa macam nak biarkan je macam tu baru nampak real rustic.
Betul tu, barangan tembaga ni memang susah nak cuci kalau tak tau petuanya kan...
ReplyDeleteye kak. mula malas juga nak ambil. tapi okay ni macam nak ambil lagi..hihi
Deletekuali kalau hitam akibat hangus pun boleh dibasuh dgn asam keping jugak. ammi pernah cuba
ReplyDeleteoh ye ke..boleh cuba gak..terima kasih ammi
DeleteCantiknya... Dekat rumah arwah tok saya pon banyak barang-barang antik macam ni, belanga, seterika.. pinggan mangkuk bunga kangkung. Bila kami pergi bersihkan habis semua dicuri orang.. sedih..
ReplyDeleteaduhaii..kenapalah ada yang mencuri tu..dahlah barang antik ni berharga sangat..sayang dicuri.
Deletewahhh dh cantik blk sudu tembaga..
ReplyDeleteye, cantik dan berkilat dah
DeleteTerima kasih sebab kongsi petua.
ReplyDeletesama² NA
Deletegood sharing fiza..:)
ReplyDeleteYe Kak Nor :)
DeleteBetul , kadang petua orang dulu-dulu ada betulnya . Bagi kita yang moden nie macam mengarut je petua itu ini , tapi itulah yang diorang guna pakai masa dulu . .
ReplyDeleteitulah, tak sangka berhasil rupanya :)
Deletetq for tips
ReplyDeletesama²
DeleteOhh...blh guna air asam keping pulak ya... Bila cerita tentang tembaga, teringat koleksi tembaga emak. Tiap2 tahun, menjelang Aidilfitri kami sekeluarga (anak & cucu) akan berkumpul utk membersihkan tembaga guna 'brasso'. Jadi tradisi keluarga...hihihi
ReplyDeleteohh baru tahu brasso tu. nak try carilah. mungkin lebih cepat bersih.terima kasih share
Deletepandai orang dulu-dulu kan. Betullah tu sainsnya asa mkeping berasid.
ReplyDeleteye, orang dulu cara dia tradisional gitu :)
Deletewaa.. tak pernah terfikir.. bila sudu dah berkarat habis akak buang je.. em.. membazirnya..
ReplyDeleteboleh cuba cara ni. mungkin berhasil juga untuk sudu besi
Deletemudahnya cara dia.. tq fiza for sharing
ReplyDeletesama² mamapp
Delete