Homemade Jeruk Mangga Mudah, Sedap dan Rangup
Jadi, buat tajuk baru je lah kaedahnya. Tapi resepi kena rujuk entri lama lah. Nak dijadikan cerita, semalam mak mertua datang singgah kat rumah. Macam biasa mesti bawa bekal rendang ayam. Rezeki lebih sikit sebab mak bawa buah mangga epal jiran kat kampung bagi. Biasa kalau nampak mangga mesti akan rasa kecur air liur kan.
Buah mangga epal ni nampak macam muda lagi dan kurang bau. Bila muda lagi memang terus decide nak buat homemade jeruk mangga yang paling mudah dan sedap je lah. Malas nak tunggu masak sebenarnya. Buat jeruk pun Fiza sorang je menghadap sebab suami jenis tak makan jeruk sangat. Makan tu makan tapi tak berapa hadap sangat lah.
Buah mangga epal ni sumpah besar gedabak. Tak muat tangan nak pegang sebiji besar tu. Fiza cuba potong sebiji nak tengok mangga ni dah masak ke belum. Sambil potong cuba rasa sikit. Perghh dia punya rangup dan manis masam tu sedap. Ni kalau tak buat jeruk makan macam tu je dah sedap dah. Aduhaii, berbelah bahagi nak buat jeruk ke tidak ni.
Sudahnya yang masak sikit bahagian dekat dengan biji Fiza makan terus. Yang luar muda rangup sikit tu baru buat jeruk. Itu pun dah dapat satu bekas dah. Kiranya dapat sebekas jeruk untuk sebiji buah mangga. Berbaloi sungguh buah mangga epal ni. Buah mangga epal memang sedap buat jeruk sebab kerangupan dia tu. Dapat yang tak masam lagilah sedap. Kalau masam sangat tak mampu nak telan.
Cukup buat sebekas dulu. Yang lain macam nak makan macam tu je lah sebab rasa dia boleh tahan tak masam sangat. Biasanya kalau orang jual mangga jeruk dalam satu bekas memang mahal harganya kan. Paling tak suka kalau beli buah mangga potong atau jeruk dalam bekas tu tak rangup. Hilang rasa selera nak makan tiba-tiba.
Dek kerana tak nak hilang kerangupan tu, kali ni Fiza rendam sekejap je dengan air panas dan garam tu. Lepas tu cepat-cepat tos dan taburkan gula sikit. Simpan dalam peti ais. Lepas 5 minit dah boleh makan dah. Senang je cara Fiza buat jeruk mangga. Nak full resepi, klik link yang Fiza dah share selepas gambar pertama dalam entri ni.
Mengencesss masuk blog ko Azhafizah uiii...sedapnyaaa laaaa...
ReplyDeleteTengok gambar je dah tau sedap rendang tu, apa tah lagi jeruk mangga tu...susah nak dapat dn jumpa mangga epal tu..ishhh terliurrr
ampunnnn sis lin! :)
Deletetengok pun dah kecur, memang nampak besar betul mangga epal nya tuh
ReplyDeleteteringat kat rumah akak ada 2 biji mangga epal kwn bagi... tp tak usik lagi
haa boleh buat jeruk kak kalau masih muda.sedap!
Deleteya Allah.. sedapnyeeeee jeruk mangga..
ReplyDeletenak2 lg mangga epal ni.. terliurrrrr
tgk asam mangga ni mesti rasa kecur kan
Deletemangga apple memang sedap . Rangup je dan tak masam . Belakang rumah mak saya ada pokok mangga apple nie . Time musim mangga memang sampai tak larat makan la .
ReplyDeleteuntungnya ada pokok sendiri kat rumah. bila musim memang tak larat nak makan. sama kes denga n jiran kampung yg bg ni lah..dah banyak sangat memang berkongsi rezeki
DeleteAssalam fiza..sis JM dtg melawat ni 😬
ReplyDeleteWaalaikumussalam.Terima kasih sudi singgah.
DeleteYa allah tgk mangga epal isi kuning tu kecur liur..cicah sambal kicap x pun cicah asam boi..dapnyeeee
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat isinya sedap. cicah sambal kicap dan tabur asamboi pun sedap :)
DeleteOhh baru tahu..xnk kasi lembik nk stil biar rangup rendam sekejap dgn air panas! Baru tahu...
ReplyDeleteapa yang Fiza tahu lah..kalau rendam lama takut lecur dan lembik pulak
DeleteAdusss kecur air liur bila tengok mangga tu. Kak Feni suka mangga asam boi. Tak dapat mangga asam boi buat jeruk mangga pun boleh lah.
ReplyDeleteMemang kecur tengoknya. asam boi tak de, itu yg buat jeruk je lah
DeleteTetanjat baca nama sendiri kat entry ni hahahaha.
ReplyDeleteOk, siapa yg tak kecur ailio kalau tengok mangga yg sebegitu rupa... hehehe
Hahaha..pinjam nama akak letak sini buat kenangan. hihi..tutup mulut kak baru tak kecur..hehe
Deleteperghhhhhh menggoda nya. meleleh ayaq liur kami kat sini. hahahaha
ReplyDeletememang tergoda tengok mangga epal ni kak..lap cepat :p
Deletesedap tu jeruk mangga..kt opis pn ada opismates bw juga sbb buah byk dr pokoknya..apalagi kami pn layan jeruk mangga
ReplyDeletesyoklah makan beramai-ramai. rezeki dapat makan mangga epal ni
DeleteKecurrr liurr tgk mangga epal tu Sis..haha..
ReplyDeleteMangga epal mmg sedap sebab rangup kan..makan tak sedar dah habis..:)
kena cepat sedar diri. tapi tu lah kalau tak hadap siapa pulak nak habiskan nanti. huhu
DeleteYa ampun. Keluar semua ayer liur tgk gambar jeruk mangga tu. Terseksa rasanya. Ngee
ReplyDeleteAmpun kak ana! lap cepat :)
DeleteYa Allah~ kenapa daku jalan di sini di tgh malam? terus kecur air liur. Nyumm!! Sedapnyaaa.. fuh fuh fuh...
ReplyDeletedatang siang pun kecur jugak tau Aien..hihi
Deletemmmm... sedap tu... yumyum...
ReplyDeleteMujur sedap tak masam sangat dan rangup
Deletejgn dpt ke sy habis sy belasah nnt hehehehe
ReplyDeleteHehe..ni mesti penggemar jeruk mangga ni kan
Deleteya ampun.. terliur tengok gambar mangga tu.. hehehe..
ReplyDeletece anta sini sebekas.. feveret nie..
kalau dekat boleh juga hantar kak..hihi..jauh..ampun ya :)
DeleteLaaa senang je buat ye. Alaa rugi makan banyak macamtu je haha.. Next time nak buat
ReplyDeletehihi mudah je..selamat mencuba nanti
Deletesedappp.. memang puas makan.. peram mcm tu je
ReplyDeletesangat puas dapat makan bila dah lama xmakan
DeleteTerliur akak tgok jeruk tu..akak mampu tengok jer la...x berani makan jeruk...
ReplyDeleteJangan makan kak kalau tak boleh makan. bahaya tu.
DeleteNgences mama tgk alahai
ReplyDeleteHehe ampun mamapp
Delete