Header Ads

Homemade Jeruk Mangga Mudah, Sedap dan Rangup

Pagi pagi dah tunjuk gambar makanan buat orang kecur air liur je kan. Betul kata blogger Kak Zaza, bila tak ada cerita nak cerita kat blog kena gali cari gambar makanan untuk dijadikan modal cerita dalam blog. Dalam kes Fiza ni, tak gali gambar lama tapi gambar baru yang kalau nak update pun tak tahu nak update tentang apa sebab menu dah pernah update sebelum ni.

 Jadi, buat tajuk baru je lah kaedahnya. Tapi resepi kena rujuk entri lama lah. Nak dijadikan cerita, semalam mak mertua datang singgah kat rumah. Macam biasa mesti bawa bekal rendang ayam. Rezeki lebih sikit sebab mak bawa buah mangga epal jiran kat kampung bagi. Biasa kalau nampak mangga mesti akan rasa kecur air liur kan.


Buah mangga epal ni nampak macam muda lagi dan kurang bau. Bila muda lagi memang terus decide nak buat homemade jeruk mangga yang paling mudah dan sedap je lah. Malas nak tunggu masak sebenarnya. Buat jeruk pun Fiza sorang je menghadap sebab suami jenis tak makan jeruk sangat. Makan tu makan tapi tak berapa hadap sangat lah.


Buah mangga epal ni sumpah besar gedabak. Tak muat tangan nak pegang sebiji besar tu. Fiza cuba potong sebiji nak tengok mangga ni dah masak ke belum. Sambil potong cuba rasa sikit. Perghh dia punya rangup dan manis masam tu sedap. Ni kalau tak buat jeruk makan macam tu je dah sedap dah. Aduhaii, berbelah bahagi nak buat jeruk ke tidak ni.


Sudahnya yang masak sikit bahagian dekat dengan biji Fiza makan terus. Yang luar muda rangup sikit tu baru buat jeruk. Itu pun dah dapat satu bekas dah. Kiranya dapat sebekas jeruk untuk sebiji buah mangga. Berbaloi sungguh buah mangga epal ni. Buah mangga epal memang sedap buat jeruk sebab kerangupan dia tu. Dapat yang tak masam lagilah sedap. Kalau masam sangat tak mampu nak telan.


Cukup buat sebekas dulu. Yang lain macam nak makan macam tu je lah sebab rasa dia boleh tahan tak masam sangat. Biasanya kalau orang jual mangga jeruk dalam satu bekas memang mahal harganya kan. Paling tak suka kalau beli buah mangga potong atau jeruk dalam bekas tu tak rangup. Hilang rasa selera nak makan tiba-tiba.


Dek kerana tak nak hilang kerangupan tu, kali ni Fiza rendam sekejap je dengan air panas dan garam tu. Lepas tu cepat-cepat tos dan taburkan gula sikit. Simpan dalam peti ais. Lepas 5 minit dah boleh makan dah. Senang je cara Fiza buat jeruk mangga. Nak full resepi, klik link yang Fiza dah share selepas gambar pertama dalam entri ni.

هناك 42 تعليقًا:

  1. Mengencesss masuk blog ko Azhafizah uiii...sedapnyaaa laaaa...
    Tengok gambar je dah tau sedap rendang tu, apa tah lagi jeruk mangga tu...susah nak dapat dn jumpa mangga epal tu..ishhh terliurrr

    ردحذف
  2. tengok pun dah kecur, memang nampak besar betul mangga epal nya tuh
    teringat kat rumah akak ada 2 biji mangga epal kwn bagi... tp tak usik lagi

    ردحذف
  3. ya Allah.. sedapnyeeeee jeruk mangga..
    nak2 lg mangga epal ni.. terliurrrrr

    ردحذف
  4. mangga apple memang sedap . Rangup je dan tak masam . Belakang rumah mak saya ada pokok mangga apple nie . Time musim mangga memang sampai tak larat makan la .

    ردحذف
    الردود
    1. untungnya ada pokok sendiri kat rumah. bila musim memang tak larat nak makan. sama kes denga n jiran kampung yg bg ni lah..dah banyak sangat memang berkongsi rezeki

      حذف
  5. Ya allah tgk mangga epal isi kuning tu kecur liur..cicah sambal kicap x pun cicah asam boi..dapnyeeee

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah dapat isinya sedap. cicah sambal kicap dan tabur asamboi pun sedap :)

      حذف
  6. Ohh baru tahu..xnk kasi lembik nk stil biar rangup rendam sekejap dgn air panas! Baru tahu...

    ردحذف
    الردود
    1. apa yang Fiza tahu lah..kalau rendam lama takut lecur dan lembik pulak

      حذف
  7. Adusss kecur air liur bila tengok mangga tu. Kak Feni suka mangga asam boi. Tak dapat mangga asam boi buat jeruk mangga pun boleh lah.

    ردحذف
  8. Tetanjat baca nama sendiri kat entry ni hahahaha.
    Ok, siapa yg tak kecur ailio kalau tengok mangga yg sebegitu rupa... hehehe

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha..pinjam nama akak letak sini buat kenangan. hihi..tutup mulut kak baru tak kecur..hehe

      حذف
  9. perghhhhhh menggoda nya. meleleh ayaq liur kami kat sini. hahahaha

    ردحذف
  10. sedap tu jeruk mangga..kt opis pn ada opismates bw juga sbb buah byk dr pokoknya..apalagi kami pn layan jeruk mangga

    ردحذف
  11. Kecurrr liurr tgk mangga epal tu Sis..haha..
    Mangga epal mmg sedap sebab rangup kan..makan tak sedar dah habis..:)

    ردحذف
    الردود
    1. kena cepat sedar diri. tapi tu lah kalau tak hadap siapa pulak nak habiskan nanti. huhu

      حذف
  12. Ya ampun. Keluar semua ayer liur tgk gambar jeruk mangga tu. Terseksa rasanya. Ngee

    ردحذف
  13. Ya Allah~ kenapa daku jalan di sini di tgh malam? terus kecur air liur. Nyumm!! Sedapnyaaa.. fuh fuh fuh...

    ردحذف
  14. ya ampun.. terliur tengok gambar mangga tu.. hehehe..
    ce anta sini sebekas.. feveret nie..

    ردحذف
  15. Laaa senang je buat ye. Alaa rugi makan banyak macamtu je haha.. Next time nak buat

    ردحذف
  16. sedappp.. memang puas makan.. peram mcm tu je

    ردحذف
  17. Terliur akak tgok jeruk tu..akak mampu tengok jer la...x berani makan jeruk...

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.