Kuih Bahulu Kegemaran Sepanjang Zaman
Sebab jiran depan rumah jual kuih bahulu depan rumah dia juga. Bila raya mesti order kat dia. Kalau pernah ke Kuala Pilah, sepanjang jalan Kuala Pilah-Seremban kiri kanan gerai jual kuih bahulu, lemang, itik salai, tolo itik dan bermacam-macam lagilah. Memang meriah kiri kanan jalan, itu juga salah satu sebab jalan sentiasa jammed. Lagi-lagi bila hujung minggu.
Okay berbalik kepada tajuk di atas. Kuih bahulu yang biasa nampak jenis star shaped atau bahasa melayu dipanggil cermai. Macam buah cermai lah rupa dia. Bentuk lain macam jarang jumpa. Biasa mak mertua beli kuih bahulu dari jiran yang dah lama buat. Ada juga peniaga muda yang jual kuih bahulu tapi rasa dia tak sesedap orang lama buat.
Harga sebekas kuih bahulu berubah-rubah juga. Kadang RM11, kadang RM12. Ikut musim agaknya kot. Fiza kalau dapat kuih bahulu ni buat cicah dengan air. Makan macam tu je pun sedap. Anak buah Fiza suka betul dengan kuih bahulu ni. Siap nak bawa balik sebekas. Memang bahulu ni kuih kegemaran sepanjang zaman lah.
Pada Fiza, rasa kuih bahulu ni sama je cuma bezanya kerangupan kuih bahulu tu. Suka makan kuih bahulu yang rangup sikit tu. Lagi sedap kalau dapat makan fresh from oven. Tapi tak mungkin tak dapat melainkan kalu buat sendiri. Dulu-dulu mak suka buat kuih bahulu ikut cara tradisional guna acuan dan bakar guna arang tu. Tapi sekarang tak buat lagi.
Nak membuatnya pun agak leceh dan ambil masa kan. Tapi dengan teknologi yang ada, semuanya guna mesin dan oven pun guna yang jenis besar gedabak tu. Maka, proses dia jadi singkat dan cepat siap. Bab rasa tu, memang berbeza. Cara tradisional juga yang win. Siapa je yang rajin buat zaman sekarang ni. Beli je lah senang kan.
Rasanya macam dah lama tak makan bahulu sejak dah jarang balik kampung selepas abah mertua meninggal tahun lepas. Mak mertua pun dah duduk bandar. Sesekali je balik kampung bila ada kesempatan. Kebetulan mak singgah rumah haritu, selain rendang dan mangga epal. Mak bawa bahulu juga. Boleh juga buat menu untuk minum petang.
Bahulu memang sedap , kegemaran saya jugak . Sis pernah makan bahulu perisa pandan .? Yang tu lagi sedap walaupun dah ada advancement dari segi warna dan rasa pandan tu .
ReplyDeleterasa macam tak pernah makan bahulu pandan. kalau jumpa nak try lah. Tq recommend :)
DeleteCantik gile gambo ko Fizah oii..geramm nengok..
ReplyDeleteKuih bahulu ni, setakat hari ini bahulu Emak aje yang sedap, sebab Mak masih guna cara lama mengenjut dan bakar atas pasir tu haa...memang sedap! acuan pun masih guna acuan yang ada ikan dan macam-macam tu...
Tq kak! Masih cuba ambil gambar elok². Aduhai nikmat tu kak dapat makan bahulu buat sendiri guna cara tradisional. lama juga tak makan bahulu bentuk ikan tu.
Deleteskrg kt majlis kenduri pun jumpa..
ReplyDeletekadang kadang je tapi mostly bahulu besar tu kan
DeleteSedapnya bahulu. Kinah sampai sekarang tak boleh lupa arwah opah buat bahulu guna tradisional tu. Beza rasanya dengan masak dalam oven kan.
ReplyDeletesangat berbeza. cara tradisional more better :)
DeleteKuih bahulu yang tak lapuk dek zaman. Memang pilihan sepanjang masa
ReplyDeletesemestinya :)
DeleteSaya pulak suka bahulu yang lembut dan manis sedikit. Tapi susah nak jumpa yang buat dengan cara tradisional
ReplyDeletesedap kalau dapat bahulu yang kena dengan taste kita. cara tradisional biasanya mak mak kita je rajin buat. kalau jualan mungkin susah nak jumpa
Deleteanak wedok wak tgh matrikulasi kat kolo pilah., nnti leh la wak singgah nak mamam baulu yg sedap nihh., hehehe
ReplyDeleteboleh kirim tu..banyak kedai dan banyak rasa juga tu. harap dapat yg sedap lah
DeleteDulu masa raya ada satu rumah di Kg Baru dia hidang satu bahulu besar bentuk ikan Kat tengah meja makan. Saya budak-budak masa tu kagum. Haha nak cubit sayang. But tayangan kut?
ReplyDeletebahulu besar tu rasa dia lain sikit. tapi sedap juga. nak makan memang kena potong :)
Deletesaya memang peminat bahulu..
ReplyDeleteselain rasa yang empuk dan manis..
memang bikin air liur boleh terleleh tanpa disedari
hehe..sampai macam tu ye.
Deletemengancam gambor nya. Bahulu yang masak cara tradisional jugak yang sedap. lembut dan gebusss.
ReplyDelete10 tahun lepas pernah beli bahulu masak cara tradisonal masa balik kampung di Terengganu. Tapi dah tak ingat kat kampung mana. memang sedappp sangatttt.
terima kasih. ye, betul tu kak.masak cara tradisional memang super sedap!
Deletesedap kuih baulu! sy sukeeeeee..
ReplyDeletesaya pun suka! :)
Deletedulu nenek rajin buat sbb jual ntk raya. pastu panas lg ena makan. pehhh memang sedap makan panas2 dri sejuk taw. skrang da banyak org jual siap apa perisa kt dalam kan.
ReplyDeletemakan fresh from oven mmg lagi sedap. entah bila dapat nak makan macam tu entahlah. kena buat sendiri kot. Ye, betul sekarang dah macam-macam flava ada
DeleteTeringat kenangan mak buat bahulu masa kecik2 dulu, leceh..sekarang beli je kalau nak makan.
ReplyDeletememang sangat leceh. tapi hasilnya memang sedap. sekarang ni memang banyak membeli je la
Deletemama sy dulu selalu terima termpaahan buat baulu ni. hari2 dok tolong jemur tepung. paling sy suka bla mkn panas2 pastu cicah kopi perghhhhhh nikmat betul
ReplyDeletewah bestnya ada buat dan berniaga sendiri. memang nikmat makan panas panas tu
DeleteTeringat masa buat kuih bahulu ngan arwah nenek dulu..seronok sebab guna cara traditional..
ReplyDeleteye kak.pengalaman tolong buat cara tradisional ni memang best. rindu betul kenangan tu
DeleteKuih wajib sambut raya
ReplyDeleteye betul tu wak
DeleteBaulu warisan kat tesco Shah alm dh Naik tapi sebab sedap MMA Beli lah juga hihi
ReplyDeletesekarang memang dah naik harga kan. dulu RM10 je sebekas..sekarang dah berbelas harganya
DeleteSekarang nie macam-macam rasa dah bahulu ini..
ReplyDeleteTapi yang tradisi juga sedap dan memikat..
itulah dah bermacam perisa baru ada. yg tradisi juga tersedap
Delete