Misi Mencari Fresh Flower Murah Petaling Street

Meriah musim konvokesyen IPTA dan IPTS seluruh Malaysia sekarang ni. Social media penuh gambar konvo je lah. Musim konvo kali ni sorang lagi anak buah Fiza konvo. Awal-awal dah inform tarikh konvo dan Fiza pun get ready lah nak men 'D.I.Y' flower bouquet untuk dia. Macam biasa Fiza akan menjalankan misi mencari fresh flower Petaling Street semata-mata nak beli fresh flower cut yang banyak pilihan dan harga lebih murah of course!

Dah plan dah nak beli bunga apa dan kat mana. Mula-mula Fiza masuk kedai Weng Hoa Flower Boutique sebab kat kedai ni ada banyak bunga baby breath murah pelbagai warna. 1 bundle RM15 je! Tapi bila masuk dalam kedai, rasa hampa sebab yang ada cuma warna putih sahaja dan bunga pun tak berapa nak kembang. Sampai dah petang memang bunga banyak habis pun. So Fiza beli satu bundle je baby breath putih tu. 



Lepas tu pergi kedai bunga lagi satu yang pernah Fiza pergi, Lee Wah Florist. Bunga baby breath banyak pilihan warna RM33/bundle dan satu bundle macam banyak pula. Nak beli separuh memang tak boleh. Kat sini Fiza beli baby breath putih lagi sebab yang Fiza dah beli tu macam kurang menarik. Baby breath putih RM20/bundle. Mahal RM5 daripada kedai first Fiza pergi tu tapi lebih berbaloi sebab baby breath dia lagi menarik. Dah terbeli pula awal-awal tadi. Aduhaiii..rugi betul!

Eucalyptus 1 bundle kecil cuma RM8, lebih kurang ada 6 tangkai macam tu. Okaylah untuk dijadikan filler flower bouquet. Kedai Weng Hoa jual 1 bundle besar, RM22 memang banyak lah. Nak beli banyak-banyak buat apa kan. So beli sikit je lah dan harga pun murah. Eucalyptus ni gunakan untuk tujuan kesihatan pun bagus kalau nak tahu. Nanti lah Fiza cerita lah dalam entri lain ye. Bau dia memang Fiza suka. Lebih buat filler Fiza akan letak dalam air bekas kaca macam biasa.

Fiza beli juga bunga kering untuk dijadikan props photography. Dried bunny tail tu RM12/bundle dan cotton flower RM15/bundle kalau tak silap. Lebihan baby breath dan eucalyptus tu pun akan digunakan untuk tujuan photography dan dekorasi rumah. That's why lah gigih juga nak beli fresh flower. Berbaloi beli untuk diri sendiri dan juga buat flower bouquet lebih murah berbanding beli dah siap macam tu. Lagipun baby breath tu memang tahan lama dan kalau kering pun masih cantik dan boleh guna sebagai props. Fiza beli tahun lepas pun masih elok walaupun kering.

Masuk Lee Wah Florist rasa lebih rambang mata okay! Sumpah rasa macam nak beli semua kalau ikut nafsu. Tapi banyak-banyak nak buat apa kan. Beli mana yang nak guna je lah. Saja share untuk  tatapan kau orang kalau ada berminat nak beli fresh flower murah. Memang murah. Nak je Fiza beli hydragae RM15/stalk tapi lepas fikir fikir, macam lain kali je lah.


Fiza rasa lebih berbaloi beli baby breath dekat Lee Wah Florist sebab lebih kembang dan lebih banyak walaupun harga dia mahal sikit. Lebih berkualiti dan lebih segar. Value for money lah kiranya. Dahlah banyak pilihan pula tu.


Bermacam-macam jenis bouquet filler Ada. Haih, mana satu nak pilih ni kakak? Hati mahu tapi otak kata tak payah. Ahh, dalam dilema nak memilih yang mana satu.


Bunga ros bermacam-macam jenis dan harga ada. Tapi Fiza memang tak nak beli ros sebab cepat layu. Tapi bunga ros ada simbolik dia tersendiri dan antara bunga yang menjadi pilihan utama untuk flower bouquet. Ada yang suka sebab bau rose wangi.


Rasa kecewa sebab baby breath pink tak ada. Lain kali nak beli kena datang pagi barulah lebih banyak pilihan fresh flower. Susahnya nak cari fresh flower murah kat Seremban ni. Nak tak nak kena pergi Petaling Street juga. Kalau ada pun RM45/bundle baby breath. Siapa tahu kedai fresh flower murah seremban? Mohon komen ye. Senang nak time tak payah pergi jauh lagi. Next misi 'DIY Flower Bouquet Convocation".

14 comments:

  1. Wah, cantiknya. Harga pun menarik 👍

    ReplyDelete
  2. wAH..WAH...untungnya jadi anak buah Fiza...dapat bunga tu ha...lagi best DIY sendiri..nak letak apa pun boleh..nanti share ye..kejadian bunga tu...

    ReplyDelete
  3. ammi pun tak ingat bila last ammi masuk kedai bunga.. memang hati tu tak minat langsung ke bunga.

    ReplyDelete
  4. dlu ada kwn beli fresh flower kt petaling street la..sbb die buat bunga tgn utk pengantin

    ReplyDelete
  5. seremban ke kl pegi balik dh rm50 toll minyak.. huh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul. kalau RM50 dapat 1-2 bunga kat seremban. Hihi..kira-kira bajet lebih kurang dan lebih berbaloi beli sini. Banyak pilihan :)

      Delete
  6. suka masuk kedai bunga. memang rasa tak nak keluar tapi tulah sejuk. Tak sabar nak tengok bouquet bunga Fiza yang dah siap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka jugak. terapi mata macam tu. DIY bouquet dah update :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.