Oden Spicy vs Oden Tomyam
Disebabkan Oden pernah viral suatu ketika dulu dan ramai juga yang mencuba buat resepi ala Oden Family Mart tu. Fiza pun tak ketinggalan mencuba juga buat Oden walaupun tak pernah rasa Oden Family Mart. Main buat je tapi entah sama entah tidak rasa dengan Family Mart punya tu tak tahulah. Sejak Family Mart Mart dah buka cawangan dekat Seremban ni hati girang bukan kepalang dengan harapan dapat rasa Oden original Family Mart.
Fuhhh, hari pertama buka of course lah sesak ramai orang. Okay puan Fiza sabar kejap! Sehari dua hari, seminggu membawa ke bulan dan hari semalam lah baru Fiza sempat jejak Family Mart buat kedua kalinya. First time masuk haritu nak beli Oden tapi belum siap. Rezeki dapat merasa aiskrim matcha je lah. Alhamdulillah. Suka bukan main rezeki dapat merasa Oden.
Macam biasalah, kalau pertama kali nak order tu memang blur. Macamana nak order ni? Mujur tak ada orang masa tu, tinggal kami orang je lah. Terkial-kial nak order pun tak ada orang nak bising. Kalau tengah beratur panjang, mahu bising orang belakang tunggu kamiorang order. Tak tahu nak order, rujuk je gambar yang dah disediakan depan kaunter order Oden tu. Pertama kali nak order memang slow sikitlah tak tahu nak pilih yang mana sebenarnya.
Mula-mula pilih set samada nak udon atau tak. Lepas tu barulah pilih isi nak letak dalam oden tu. Harga pun dah siap-siap letak. Senang lah kau orang nak bajet untuk semangkuk Oden. Rambang mata nak pilih mana satu. Kecur air liur satu hal!
Fiza pilih tomyam dan husband punya Fiza pilihkan spicy untuk set Udon. Isi dalam tu pilih yang sama je sebab nak cepat. Beza kuah dan udon je. Set Udon RM5 dan tanpa udon RM3. Lepas tu add on tu ikut harga setiap yang kau orang pilih.Total dua mangkuk ni RM18.60. Puas lah makan satu mangkuk sorang. Antara Oden spicy vs Oden Tomyam, kau orang pilih yang mana?
Fiza pilih spicy walaupun suka teruk dengan menu tomyam. Tapi tomyam Oden Family Mart ni kurang menepati citarasa tomyam Fiza. Kuah spicy dia lagi sedap weiiii. Padu betul rasanya. Pedas pedas ada sikit rasa manis juga. Baru padan rasanya untuk semangkuk Oden. Okay lepas ni order spicy je lah nampaknya. Boleh buat mengidam nak makan Oden ni. Tapi itulah, bila diminati ramai nak beratur panjang tu yang malas tu kan. Kena pergi masa yang tak ramai orang je baru tak jenuh menunggu.
mak ai..sedap tu..:)
ReplyDeleteSedap di makan kak Nor :)
Deleteterliur nengoknya aduhai... nampak kepekatan kuah oden tuh sedapnya fiza oi
ReplyDeletekuah dia memang menggoda sungguh kak. moga ada rezeki akak merasa nanti. Aaminn
Deleteall time favorite akak.. kuah tomyam, shabu, lobster ball, chicken ball, tofu apatah nama dia.. zedaps! ehh surprise jugak ye kat Seremban lambat buka outlet Family Mart. Kat KL ni mana ceruk je tak ada.. bersepah dah hehehe
ReplyDeleteitulah kak, KL memang bersepah FM. yang jauh je la tak merasa bersepah tu..itulah kak, baru je buka ni yg dekat dengan rumah. Jauh jauh pun lambatlah nak sampai. chicken ball dia sedap!
DeleteSamalah percubaan Mrs. A nak makan oden FM ni belum berjaya lagi hahahaa... dah beberapa kali pergi Q panjang tak koserlah nak Q.
ReplyDeleteMrs. A pun beli eskrem jer.. #penanganviral
memang tak koser kalau panjang. rela telan air liur dulu.hihi
DeleteDah lama tak makan oden padahal FM tu depan office je haa :)
ReplyDeletewahh untung dekat. boleh makan anytime tu
DeleteUishhh sedapnyaaa lahai...lama tak makan oden kat FM..terus rasa terliurrr
ReplyDeletetakpe nanti boleh terjah kak
Deletebaru lepas pekena udon set kelmarin, saya pilih tomyam memang padu kuah dia. Hirup hingga ke habis hehehe
ReplyDeleteramai peminat tomyam ni.
DeleteTak pernah lagi try oden Family mart. Tapi buat sndiri dah pernah yay hahaha. Apa2 je dgn tomyam semua sedap! hhehe
ReplyDeletesamalah kita. ini baru ada rezeki merasa. Betul! apa apa tomyam memang sedap!
DeletePernah makan sekali je oden ni. Itupun masak kat rumah hehe
ReplyDeleteokaylah tu, merasa jugalah ala oden :)
DeleteWah akhirnya dah cuba oden. Fiza kenalah pergi waktu tak ramai orang kalau nak lagi.
ReplyDeleteye, memang pergi waktu tak ramai orang je :)
Deleteakak pilih tomyam..sedap sikit
ReplyDeleteramai suka tomyam ni rupanya. xde geng spicy lagi ni
Deleteoden tu mcm makanan jepon jeew
ReplyDeleteye, betul. family mart memang dari jepun pun :)
Deletesedappp. syu klau g kl bru bleh mkn oden ni sbb kat sabah takde.
ReplyDeleteTp sejak buat sndri hari tu dgn kwn2, smpai skang x teringin sgt dah oden.
cuma teringin nk mkn ice cream matcha dia je. hihi
ye lah kan. dulu kat kl selangor memang bersepah. baru sekarang banyak branch negeri lain. oden tu craving dah lama. matcha dah cuba, sedap!
DeleteRasa teringin pula nak cuba
ReplyDeletenanti cubalah
Deletekita suka korean fish cake tu! sedapppp!
ReplyDeletekan..semua sedap!
Delete