Header Ads

Pokok Lidah Mertua Dah Berakar

Entah hari keberapa entah sansevieria a.k.a pokok lidah mertua mula berakar lepas letak dalam air tu. Tahu-tahu dah berakar. Hari ni hari ke 25 sansevieria Golden Hahnii berakar banyak dah rupanya. Tapi Sansevieria Trifasciata Prain dan Sansevieria Trifasciata Bantel’s Sensation/ White Sansevieria masih masih berakar halus kecil lagi. Pertumbuhan akar tu macam lambat sikit kot.


Bila dah berakar ni, bolehlah pindah tanam dalam tanah pula. Tapi macam sayang nak pindahkan masuk pasu sebab lebih mudah nak monitor pertumbuhan pokok kalau letak dalam balang kaca macam ni. Lagipun letak dalam air tak perlu risau nak siram bagai ikut masa dan kalau tinggal rumah lama pun tak ada masalah.

Cadang nak pindahkan dalam balang lain lah. Nak letak batu putih kecil-kecil tu sebagai ganti kepada tanah dan cuma letak air sikit je nanti. Sesuai sangat untuk dekorasi dalam rumah sebab pokok ni memerlukan penjagaan yang minimum. Untuk dekorasi tu Fiza nak tiruvasi idea dalam video di bawah ni. Dok cari idea yang sesuai untuk pokok lidah mertua ni.


Biasa kalau kat kampung ni, aktiviti petang-petang tolong mak siram bunga. Takpun sapu sampah. Tak sabar nak balik kampung, nak ambil lagi pokok lidah mak mertua di rumah mak sendiri. Kat rumah mak pokok ni bersepah je hidup. Kita yang kat bandar ni nak beli sepasu pun boleh tahan juga harganya kan. Ikut hobi masing-masing. Ada orang suka bunga, ada orang suka makanan. Macam tu lah. Maisng-masing ada minat. Teruskan...

هناك 34 تعليقًا:

  1. Bunga ini cukup mudah dikembangbiakkan, Dari sehelai daunnya saja sudah bisa ditanam menjadi pokok yang baru

    ردحذف
  2. kita pun ada pokok lidah mertua ni.. ambik dekat rumah mak.. dah kluar 4 daun baru.. senang sangat nak jaga kann..

    ردحذف
  3. Yup. Masing-masing ada minat. Mak saya pun suka berkebun. Ada tanah di sini untuk tanam macam-macam pokok.

    ردحذف
  4. nanti nk cari jugak lah... akak kadang teringin nk letak pokok2 gini dalam toilet... mcm jadi lawo lak boh gitu... tak pun kt tepi dapur.. mcm gaya omputih tu hehehhe...

    ردحذف
  5. Mak CR suka menanam bunga, CR pulak tak minat sangat.. hehe

    ردحذف
  6. cantiknyaaa . . boleh letak dalam toilet , kat meja sudut . .

    ردحذف
  7. Ooo ini ke pokoknya. Selama ni nampak tapi tak tahu nama

    ردحذف
  8. Cantik juga letak dlm bekas kaca clear tu

    ردحذف
  9. Nak jaga juga lah..mcm kata sis nak letak kat dapur sesuai kan.. :)

    ردحذف
  10. CT fail bab bab jaga pokok ni. tapi suka tengook..
    tengok jele pokok bunga orang lain hehe..

    ردحذف

  11. Pertama kali dengar nama pokok lidah mertua. memang tataw sangat pasal pokok. hehe

    ردحذف
  12. senang nak dijaga ye.. just bubuh dalam air macam tu pun dia boleh berakar..

    ردحذف
  13. antara pokok hiasan yg paling senang nak jaga...

    ردحذف
  14. yaaa saya suka makanan, jadi saya cari makanan je lahhh...hahahahhahaha

    ردحذف
  15. thanks for tha share....tak tahu plak rietta boleh tanam dr keratan daun dia...

    ردحذف
  16. Kena rendam dalam air yer biar berakar . Hari tu try biakkan pokok ni melalui keratan daun tue .. Just terus cucuk ke dlm tanah . Malangnya pmbiakan xmenjadi

    ردحذف
  17. Salam Fiza, tq share video tu, ada cuba biak kan snake plant tu dgn cara tanam dalam tanah, harapnya tumbuh akarlah..lepas tgk video tu, terus buat yang letak dalam air, sebab banyak daun snake plant yang dah tua, ambik terus masuk dalam bekas isi air coway.Harapnya pun berhasil lah..aamin

    ردحذف
  18. aduhh cantiknya letak batu putih dalam balang kaca.. bolehlah mama cuba buat mcm fiza

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.