The 5 Most Delicious Malaysian Foods: Have You Tried Them?

Malaysia memang kaya dengan pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap. Tambah lagi Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, bangsa, agama dan budaya. Memang beraneka lah segala hidangan menu di Malaysia ni. Ada masakan tradisional melayu, masakan Cina, masakan india dan beberapa lagi suku kaum di Malaysia. 

Walaupun tinggal di Malaysia, tak semua jenis makanan dapat dicuba dan dirasa. Kita semua tahu yang setiap negeri ada hidangan tradisi masing-masing. Dalam banyak-banyak makanan di Malaysia, makanan apa yang paling sedap? Fiza nak kongsikan The 5 Most Delicious Malaysian Foods: Have You Tried Them?

1. Nasi Lemak 

Nasi lemak adalah makanan paling popular dan dikenali sebagai signature dish Malaysia. Nasi lemak juga kegemaran rakyat Malaysia tidak kira usia dan kaum. Semua sukakan nasi lemak. Kebiasaannya nasi lemak dihidangkan untuk waktu sarapan pagi je. Tapi sekarang, nasi lemak dihidangkan pada bila-bila masa je. Pagi petang siang malam mudah je nak dapat makan nasi lemak.


Hidangan nasi lemak terdiri daripada nasi yang dimasak dengan santan menjadikan rasa nasi lebih berlemak. Sebab itu dinamakan nasi lemak. Tak lengkap hanya sekadar nasi, dihidangkan Bersama sambal, ikan bilis goreng, kacang goreng, telur goreng atau telur rebus dan hirisan timun. Lagi sedap jika nasi lemak dibungkus dengan daun pisang. Bila aroma daun pisang dan nasi lemak panas bergabung, rasa nasi lemak bertambah sedap dibuatnya. Aduh, terasa kat tekak ni bila cakap pasal nasi lemak daun pisang.

Nasi lemak juga melalui fasa perubahan selari dengan perubahan zaman. Banyak hidangan nasi lemak telah dipelbagaikan dengan lauk pauk dan nasi juga dipelbagaikan dengan warna-warna yang menarik. Nasi lemak pandan lah, nasi lemak strawberry lah. Macam-macam lah menu nasi lemak yang menjadi viral sekarang ni. Tapi yang tradisional juga yang sedap. Betul tak? Mana satu yang menjadi pilihan?

2. Nasi Kandar 

Peminat nasi kandar sila angkat tangan! Fiza yakin, majoriti rakyat Malaysia memang suka dengan nasi kandar. Nasi kandar adalah hidangan tradisi orang utara yang berasal dari Penang. Datang ke Penang, wajib cuba makan nasi kandar. Merata-rata kedai jual nasi kandar dan memang mudah untuk didapati. Biasanya yang popular tu lah yang paling sedap orang kata. Yang popular tu kau orang boleh google sendiri ye. 


Nasi kandar ni dimasak dengan rempah ratus sebab tu rasa dia sedap. Kemudian dihidangkan dengan pelbagai jenis kuah kari dan gulai. Segala kuah tu dicampur dalam satu pinggan sampai banjir. Selain lauk berkuah bergulai, ada juga lauk yang digoreng. Kemudian ditambah dengan ulam-ulaman seperti bendi , timun, cili hijau dan macam-macam lagi. 

Orang Penang biasa sangat dah makan nasi kandar ni. Pagi-pagi lagi dah breakfast dengan nasi kandar. Nasi kandar Penang memang padu bak hang! Eh, rasa macam teringin pula makan nasi kandar. Makan dengan kuah kari banjir pekat likat tu memang tak pandang kiri kanan dah. Kenyang dia boleh bawa sampai ke petang!

3. Nasi Dagang 

Selain dua hidangan nasi di atas tu, nasi dagang salah satu makanan paling sedap di Malaysia yang asalnya dari negeri Terengganu. Nasi dagang juga merupakan makanan Malaysia yang popular di sekitar pantai Timur dan terdapat pelbagai versi sebenarnya. Nasi dagang di masak dengan cara kukus dengan menggunakan beras yang istimewa.


Rasa nasi dagang seperti pulut dan kebiasaannya dihidangkan dengan lauk gulai ikan tongkol. Rasa ikan tongkol yang lembut tu memang sesuai dengan rasa nasi dagang tu. Tak lengkap lah kalau tak ada menu sampingan. Antaranya telur rebus, timun, sambal kelapa dan juga jelatah timun. Kecur air liur dibuatnya sebab agak lama juga tak pekena nasi dagang ni. Susah nak dapat dan boleh cakap ianya sejenis makanan rare yang senang nak dapat kat negeri pantai timur je.

4. Banana Leaf

Pernah makan makanan yang dihidangkan atas daun pisang tak? Of course lah pernah sebab nasi lemak juga dibungkus/di alas dengan daun pisang. Banana leaf pula adalah sejenis hidangan nasi dan lauk pauk yang diletakkan di atas daun pisang pengganti kepada pinggan. Nama pun banana leaf kan. 


Tradisi makan atas daun pisang ni adalah tradisi orang india yang dibawa daripada India Selatan dan semakin popular di Malaysia. Makan makanan yang diletakkan atas daun pisang ni akan membangkitkan aroma yang sedap dan membuatkan lebih berselera nak makan. Lagi-lagi bila letak nasi dan lauk panas-panas.

Sedap dia jangan cakaplah. Memang sedap sungguh! Disebabkan banana leaf ni India style, jadi lauk pauk dia ala india lah macam kari, gulai, keropok papadom dan bermacam menu lagilah. Siapa biasa makan kat kedai mamak, itulah menu yang ada Cuma bezanya dihidangkan atas daun pisang. 

5. Satay

Jemu dengan menu berasaskan nasi? Jangan risau lah, satay kan ada! Orang Korea kalau datang Malaysia memang suka makan satay sebab mereka jenis suka makan daging yang dibakar. Satay di Malaysia ni ada bermacam-macam jenis satay dan wajib ada kuah kacang sebagai pelengkap hidangan. Tak ada kuah kacang, tak satay lah kan. Dulu-dulu kalau beli satay, harga siap sekali dengan timun, bawang dan nasi impit. 


Sekarang nak timun, bawang dan nasi impit tu kena bayar okay. Hidangan sampingan tu wajib ada barulah rasa makan satay tu lebih nikmat terasa. Satay ayam dan daging antara satay yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Kalau Fiza, satay ayam lah menjadi pilihan. Satay daging ni kurang sikit sebab kurang makan daging. Kalau dapat satay sedap dan kuah kacang pun sedap, 10 cucuk satay laju je makan. Terbayang bayang pula satay di saat kelaparan ni.

Sekarang semua makanan sedap di Malaysia di dah boleh dapat dimana je. Kalau belum cuba semua menu di atas ni, Kau orang boleh je ORDER FOOD dimana mana saja dan pada bila bila masa pun. Cakap je nak makan apa, terus order kat Foodpanda dan makanan dihantar terus depan pintu rumah kau orang. Mudah dah zaman sekarang ni. Tak payah nak berlapar atau mengidam tu. Order je dapat, order je sampai. Mudah bukan? Sediakan duit je lah, itu yang paling penting.

60 comments:

  1. Semua dah pernah makan kecuali banana leaf tu belum pernah singgah kedai jenis macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banana leaf tu mostly kedai india muslim atau mamak style :)

      Delete
  2. kalau tak pernah try 5 makanan ni memang bukan orang malaysia lah hehehhe...

    geram nengok ayam goreng kt nasi kandaq tuh... ratah gitu je pun best tuh
    semua makanan di atas adalah peberet

    ReplyDelete
  3. Banana leaf tu kedai biasa ada ke selain mamak? Itu je lagi la tak pernah makan. Kalau amek kira makan nasi lemak berdaun pisang tu boleh? Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga yang ada. kena google, kalau nak cuba guna foodpanda je boleh dah :)
      pun boleh kalau nasi lemak...hihi

      Delete
  4. Nasi kandar hat sedap Line Clear Penang
    Nasi lemak sedap dah lama tak jumpa yang pakai santan sepenuhnya
    Nasi dagang sedap kat Masjid Ehsan Bandar Kinrara
    Satay sedap kat Satay Famili Meru Kelang
    Banana leaf sedap kat sebelah Hotel Istana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuuu dia akak punya list. Terima kasih kak. Bolehlah orang lain cuba juga nanti.

      Delete
  5. Banana leaf tu tak pernah try lagi . Yang lain alhamdulillah semua dah pernah cuba . Lapar la tengok ayam goreng nasi kandar tu . Sorry geng upin ipin suka ayam . heheh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..tengok makanan lapar teruss..Hi geng ayam guring upin ipin!

      Delete
  6. oh yes definitely. but too bad i am not a big nasi dagang lover even until now.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..maybe tak kena dengan citarasa ray. takpe, banyak pilihan makanan yang lain

      Delete
    2. itu la. until now ray x makan. but yg lain ray makan hehe.

      Delete
  7. kami minat semua kecuali nasi kandar. tak bape minat nasi kandar, suami siap rasa kami pelik sbb tak suka nasi kandar. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada orang tak minat..setiap orang citarasa berbeza kan :)

      Delete
  8. Adoiii yaiii.. tetiba dah memalam jadi lapar ni haahhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..kalau tengok gambar makanan malam malam memang mengundang lapar..apa lagi, order online lah :)

      Delete
  9. semua makanan ni memang kesukaan majoriti rakyat malaysia, kat sebelah opis ni ada nasi lemak royal, mmm memang nallerekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul majoriti suka semua menu ni. memang terbaiklah! Makan sekali pasti nak lagi

      Delete
  10. Sedap tu kak ,walafun bukan orang Malaysia saya jadi tau makanan sedap Malaysia :D.
    Yang good lagi daun pisang tidak terlupakan sabagai alas makanannya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. Malaysia-Indonesia makanannya tak jauh beza kan :)

      Delete
  11. Nasi lemak memang lagend. Mesti beli punya. 😊

    ReplyDelete
  12. Hhmm yumm yumm semua pun favourite..

    ReplyDelete
  13. selalu gak makan semua makanan di atas ni...hehehe..sedap..

    ReplyDelete
  14. paling suka ns lemak la! ns dagang pon sedap..
    sume sedap laaaaa.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi lemak semua orang suka 😊. Nasi Dagang sedap, nasi kandq sedap..ehhh..memang semua sedaplah!

      Delete
  15. Semuanya Fav. Mesti hunter kalau ada baca atau dengar kat mana-mana orang cakap sedap! Walaupun tepi jalan.. mesti nak try rasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya kalau yang viral tu mesti nak cuba rasa kan :)

      Delete
  16. kalau dah nama org malaysia op kos mesti biasa makan 5 makanan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak biasa tak tahu lah kan..tapi ada juga orang yang tak makan makanan² ni. Ikut selera masing-masing 😊

      Delete
  17. dah try dah semua,
    masalahnya tempat kak pip susah nak cari yang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak cari yang sedap tu memang susah. Kena trylah 2-3 kedai nak cari yang sedap di tekak kita kan 😊

      Delete
  18. Jarang sangat makan Nasi Kandar.... pernahlah dulu sekali masa pi Penang Itulah last makan... Satay pun lama tak makan....teringat ingat satay Muo walaupun sataynya kecik tapi sedap, manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau orang utagha mungkin dah biasa..orang selatan ni macam kurang sikit sbb jarang jumpa kan. sesekali je makan. Satay tu kalau teringin baru makan 😊

      Delete
  19. no 1 favvourite Ummi.pernah haritu demam sampai 3 hari berturut makan nasi lemak..selera tu je.. hari ke empat da puas xlalu tgk nasi lemak..haha.tapi masa demam tu cepat sihat sb kuat makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. no.1 memang favourite. Kalau teringin nak makan tu, tu je lah. Syukur bila sakit ada selera makan. Kalau tak lagi tak sihat jadinya. Hehe..dah hari hari makan memang jemu dibuatnya

      Delete
  20. semuanya abe kie suka makan cuma nasi kandar tu jrg2 la sbb berlemak n tinggi kalorinya.

    ReplyDelete
  21. Amboii menggoda semua makanan dia tu..tgh lapar ni tau haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..ampun! Saja share makanan sedap. Boleh order online tu kalau teringin makan.

      Delete
  22. semua suka semua dah mkn cuma nk cari yg paling sedap mmg tak jumpa lg hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan. kalau dapat jumpa yang sedap memang kat situlah je makannya 😊

      Delete
  23. mcm sekarang jugak mau makan semua ehh hahaha

    ReplyDelete
  24. Semua tu Mrs. A dah pernah makan kecuali nasi daun pisang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best dah cuba semua. Moga ada rezeki cuba nasi daun pisang pulak nanti

      Delete
  25. Nasi lemak saya suka sebab sambal dia. Nasi kandaq tak berapa minat unless kuah asing. Sebab tak leh banjir kuahnya yang pelbagai perisa. HAHAH~~ tapi kalau dah asing bukan kandaq la pulak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah tak suka jenis kuah banjir tapi kadang tu dah tercampur terpaksa makan jugalah.

      Delete
  26. Semua dah try. Yeyyyyy.
    Nasi daun pisang kat PJ ada yang sedap, cuma lupa kat mana 😅

    ReplyDelete
  27. Nasi kandar tu dah lama tak makan... Satay kurang minat tapi kkay je nak makan.. Nasi lemak dengan nasi dagang tu memang kesukaan lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi kandar akan di makan kalau ke utagha je lah kan..dok selatan ni mmg tak makan..hihi

      Delete
  28. Sedap2 kali makanannya, berharap bisa liburan ke malaysia biar bisa makan2 enak ni :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.