Air Sirap Lemon Di Musim Hujan

Tu dia nama menu air inspired di kala musim hujan ni. Musim hujan patut minum air panas. Ni minum air sejuk pula dia. Tiba-tiba rasa  nak minum air sirap lemon. Biasa air sirap limau. Limau tak ada, gantikan dengan lemon. Lagipun stok lemon ni sentiasa ada buat masa ni sebab husband kadang tu request teh o ais lemon favourite dia. Kalau dah minta, tak sampai hati pula tak buatkan air favourite.

Tapi lebih suka sirap lemon daripada teh o ais lemon. Nak buat sirap lemon pun lagi senang daripada nak teh o ais. Nak kena masak air, tungguh teh kembang, masuk air, masuk lemon  lagi. Banyak kerja nak buat. Kalau buat air sirap lemon ni mudah ya amat! Tuang kordial sirap, masuk air sejuk dan masukkan hirisan lemon. Letak ais sikit. Dah siap! Dapat minum masa cuaca panas memang sedap lah.


Siapa yang tak suka air sirap kan. Air manis tradisional dulu-dulu. Orang kata air murah tapi not for me. Murah tak murah pun tetap sedap sampai teringin minum sebab dah lama tak minum. Oh ya, masih ada gula tersembunyi. Tak boleh minum selalu. Kalau teringin baru buat dan kalau buat tak manis sangat. Letak lemon tu ada rasa masam sikit lagi sedap. Kuranglah sikit rasa manis tu. 

Kalau teringin je minum sebab lebih suka minum air panas daripada air sejuk sebenarnya. Ada orang suka minum air sejuk daripada air masak. Bila tekak terasa teringin tu, selagi tak dapat selagi tu lah ligat terasa rasa  kat tekak tu ha. Seksa tau! Mujur bukan mengidam bersebab. Tapi kalau betul betul mengidam agaknya lagi dasyat kot. Siapa suka air sirap lemon? Haa pergi buat cepat.

Opsss..short entry suka suka untuk petang ni. Teruk betul idea update blog sekarang ni. Guna gambar yang ada dalam handphone je ni untuk dijadikan cerita dalam blog. Ada gambar, ada lah cerita. Boleh?


43 comments:

  1. Sedapnya air, terliur akk. Akk pn ada Ms short entry blog. Hihi

    ReplyDelete
  2. alahai apesal nampak sedap sgt ni huhu tingin plak mama

    ReplyDelete
  3. menarik juga cerita awak psl air ni.oklah walaupun guna gambar dalam hndphone saja tapi sekurang kurangnya awak ada entri baru kat blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Bila tak ada idea, ini sajalah ceritanya. Betul! At least ada entri baru :)

      Delete
  4. Lawa giler gambar dia walau sekadar sirap lemon. ^^

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. memang sedap minum air sejuk tapi kena beringat juga minum tu :)

      Delete
  6. Kadang-kadang tekak nie tak kira musim panas ke musim hujan ke, kalu dah rasa nak minum ais nie memang takleh tahan... kan..

    ReplyDelete
  7. macam sedap pulak. mau buat tapi lemon ada sirapnya yang takda hehe

    ReplyDelete
  8. Ummi kalau dahaga sangat sedap air masak.. kalau teringin baru minum air manis.. Ummi pn suke air panas dari sejuk ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bersenam tu wajib minum air masak. tapi sesekali tekak nak air sejuk layankan je

      Delete
  9. air sirap tetap sedap kerana rasa manis.

    boleh dimimum tetapi jangan selalu dan kurangkan sahaja rasa manis gula tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa memang kurangkan rasa manis tu. suka manis masam campur lemon. Tak selalu cuma kalau teringin je minum

      Delete
  10. Terliurnya tengok air tu. Biasa buat air sirap limau nipis je. Kena try pakai lemon pulak nanti heheh :p

    ReplyDelete
  11. air sirap sy xblh minum sgt..
    nt sakit badan sbb angin..
    memang sedap air sirap nk2 lg campor lemon..
    segarr
    tp minum sekali sekala ok kot.. hihi

    ReplyDelete
  12. amboi gmbr die..deboom sgt...suka air sirap je hehe

    ReplyDelete
  13. menambat hati betul air sirap dia. btw, kami suka sirap selasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..tergoda kan tengok air sirap tu. Sirap selasih pun win juga. Teringat bulan puasa pulak bila baca silap selasih tu

      Delete
  14. Air paling sedap kalau pergi kenduri.. Sirap ais.. tambah lemon tu dia jadi air mewah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul tu kak. tambah lemon macam air mahal sikit ye tak? Hihi

      Delete
  15. Air sirap memang evergreen dia punya syok.. hee

    ReplyDelete
  16. air sirap ni memang dulu kini dan selamanya, air peberet akak...

    ReplyDelete
  17. Macam selalu , gambar2 dalam setiap entry sis tetap menarik hati . Sirap pun sedap kalau pandai pelbagaikan rasa , cuma rajin atau malas je .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ye. Ye, dengan air sirap boleh hasilkan minuman yang lain.

      Delete
  18. Sedapnyaaaa...dah lama akak x minum ais....

    ReplyDelete
  19. Hihi.... air sirap ni mmg legend kan... teringat dulu masa kecik kecik, kalau pergi beraya mesti diaorg bagi sirap panas...Tak suka tau!!!
    Yelah...tekak kalau teringin mmg cenggitu, selagi tak dpt selagi tulah duk terbayang bayanng hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sirap panas memang tak layan lah..lagilah beraya tu panas-panas kan..dpat air sejuk sedap juga :)

      Delete
  20. ingtkn tutorial tadi., camne nk buat black backdrop camtu? guna prop ke atau ada apps dlm iphone?

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.