Beli Water Plant Aquariuam Cambomba Aquatica Untuk Betta Fish
Tapi sayang pokok penggaga tu macam kurang sihat letak dalam tu. Tak sesuai rendam banyak air sangat kot. Semalam ajak husband pergi kedai nak beli betta fish seekor lagi untuk letak dalam balang kaca bulat sebab dalam balang tu besar sikit dan sesuai untuk mini aquarium. Asalnya balang tu Fiza letak pothos je tapi macam baru baru ni ada jejentik dan kerap tukar air, jenuh juga.
Itu yang plan nak beli betta fish untuk prevent jejentik hidup dalam tu. At least bila ada jejentik boleh buat makanan ikan kan. Lepas tu nampak water plant yang macam cantik je, macam nak beli je. Pantang nampak benda cantik sikit. Terus beli water plant tu namanya cambomba Aquatica. Water plant ni nampak sangat cantik letak dalam air dia akan mengembang macam dalam gambar.
Fiza beli 2 ikat water plant tu untuk 2 aquarium lah cadangnya. Tapi rupanya satu ikat tu dah banyak sangat. Seikat RM3 dah cukup dah. Hang pi beli sampai 2 ikat tu pasaipa Fiza oi! Haa itulah nampak seikat tu nampak sikit je kan. Bila letak dalam satu satu aquarium mini tu diri sendiri terasa lemas tengok betta fish tak selesa. Kalau ikan tu boleh bercakap mesti dia dah menjerit lemas lemas agaknya. Haha...
Inilah dia betta fish baru. Comel dan cantik warnanya. Disebabkan dia kecil lagi saiz dia dan duduk banglo besar sikit. Fiza sumbat banyak sikit water plant dalam balang mini aqurium ni. Nampak seronok dia main sorok-sorok celah water plant tu. Yeay! Water plant cambomba Aquatica ni kalau letak dalam aquarium besar sikit memang cantik tengok terendam dalam air tu.
Kalau ikutkan minat memang nak je ada aqurium besar dan letak oksigen gas tu. Tapi yelah, fikirkan mana nak letak dalam rumah tak berapa nak ada ruang kosong ni. Lupakan saja. Ada yang mini pun cukup dah. Lagipun lebih mudah nak uruskan. Ikut kemampuan mana yang boleh dan sesuai lah.
Kalau ikutkan minat memang nak je ada aqurium besar dan letak oksigen gas tu. Tapi yelah, fikirkan mana nak letak dalam rumah tak berapa nak ada ruang kosong ni. Lupakan saja. Ada yang mini pun cukup dah. Lagipun lebih mudah nak uruskan. Ikut kemampuan mana yang boleh dan sesuai lah.
Cantik beta fish tu. Suami ada jugak berhajat nak buat aquarium ikan bila rumah dah siap nanti. Tapi bila nampak mini aquarium fiza ni.. Macam comel je.
ReplyDeleteBetta Fish memang cantik. Rambang mata nak memilih. Boleh cuba kak fiza :)
Deletecantiknya ikan..
ReplyDeleteteringin jgk nk bela ikan tp xreti nk jg..
tkot ikan mati.. kesian kat ikan.. hihi
Betta Fish ni memang cantik. Boleh je jaga. kena tahu caranya. InshaAllah okay
Deletecantik betul pokok tu kan, lagi berseri-seri ikan yang duduk dalam tu...
ReplyDeleteYe kak. Pokok yang sesuai untuk aquarium.
Deletemenarik..makin rapat nak folo fizah ni..suka tengok pokok2 hijau tu :-)
ReplyDeleteTerima kasih kak..jom follow :)
DeleteCantik sangat colour ikan tu . Saya nie suka jugak tengok ikan-ikan comel macam tu , nak beli takut tak terjaga . hmmm
ReplyDeleteMemang cantik warna dia sebab pelbagai jenis warna ada. Betta fish antara ikan yang mudah nak bela
DeleteSekarang nie dah jadi trend ye bela Betta Fish nie... Office mate pun ada letak akuarium kecil nie kat office... ramai jugak la office mate yang buat macam tu...
ReplyDeleteTak tahu pulak trend. Mungkin Betta fish ni jadi pilihan ramai sebab mudah nak bela
DeleteAbah pun suka bela ikan dalam akuarium. Ni kalau dapat Betta Fish ni mau tak tengok akuarium je selalu 😊
ReplyDeleteKalau bela ikan memang suka tengok aquarium je. hihi
Deletecantik kan
ReplyDeleteYe cantik betta fish ni.
DeleteComelnya..ikan comel, akuarium comel, deko dalam akuarium pun comel..rasa macam nak beli ikan bela balik je lepas tengok gambar ni..
ReplyDeleteHihi..tergoda terus ye. Sila sila, pilih betta fish yang comel comel.
Deletekeluar kt majalah 3 rasanya... pertandingan ikan laga ni... br laa saya tau yg harganya boleh smpi ribuan RM seekor!
ReplyDeleteBetul. Kita beli murah murah je RM10 yang kecil tu. Yang besar tu dulu harganya RM15
Deletedulu kerap bela ikan laga ni sebab cantik tp masukkan pokok kiambang habis akar kena makan.. memang cantik
ReplyDeleteBetta Fish memang cantik dan mudah bela. Sebab tu beli ikan ni. Kadang pokok tu memang jadi makanan juga kan.
Deletecantik sgt water plant mesti ikan fiza berterima kasih pada fiza
ReplyDeleteHehe..harap ikan sukalah :)
Deleteawwww this is so beautiful
ReplyDeleteTq Ray
DeleteLawalah ikan tu.. Bila bubuh pokok tu jadi cantik pula.. Memang penyejuk mata nie..
ReplyDeleteikan laga memang comel kak..tambah pokok tu memang penambah seri akuarium :)
Delete