Breakfast Nasi Goreng dan Kopi

Selamat pagi semua! Salam jumaat. Hari yang penuh berkat dan paling ditunggu sebab esok cuti kan. Pagi ni menu breakfast Fiza nasi goreng dan kopi panas. Masak nasi goreng dengan sayur campur je rencah dia. Tak tahu nak bagi nama apa nasi goreng ni. Nasi goreng ala-ala nasi goreng cina tapi pedas. Kalau nasi goreng tak pedas tak rasa nikmat makan nasi goreng tu. Jenis suka makan pedas memang wajib masak pedas.



Blend bawang putih (1 ulas), bawang merah kecil (3 biji), cili api dan ikan bilis. Fiza suka blend kasar je baru sedap macam guna lesung. Tumis bahan blend, dah garing sikit masukkan sayur campur tu. Agak agak dah masak sayur tu, masukkan nasi dan masukkan 1 sudu serbuk cukup rasa. Kacau rata dah siap. Senang bukan?

Kalau dah letak cukup rasa tu tak perlu letak garam lagi okay. Kang tak pasal terlebih masin pula. Nak sedap lagi lepas tumis tu letak lah udang sikit. Tapi kalau nak cepat Fiza buat cara macam ni je senang. Malas nak defrost udang walaupun udang cepat je nak defrost kan. Tapi nak cepat dan senang kerja, masukkan sayur sebagai rencah pun dah okay dah. Sedap pun sedap. Lagi sedap kalau bahan tumis tu garing sikit dan blend kasar.

Itu ikut taste Fiza lah. Taste masing-masing kan berbeza. Makan nasi goreng ni berat sikit tapi okaylah kurang mengantuk kalau nak dibandingkan dengan nasi lemak berlemak lagi buat cepat mengantuk. Dah ada nasi goreng, kenalah hidangkan dengan kopi panas, barulah ngam hidangan breakfast kan. Kau orang breakfast apa pagi ni?

39 comments:

  1. same !! saya pun suka makan pedas , bile dapat makanan yang tak rasa pedas nie memang kurang sikit selera makan tu . Nasi goreng simple macam nie pun still ramai yang malas nak buat . Untuk suri rumah boleh la buat nasi goreng macam nie kalau rushing nak siapkan breakfast atau lapar tengah-tengah malam . Heheheh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai geng suka pedas ni. kalau rushing ini je lah menunya

      Delete
  2. hihi style kite gak suka nasi goreng utk bekpes.. tp kite brunch terus slalunya.. cuma kalo cemtu kacang ijau tu letak tepi hahaha.. xmo =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang sekalikan terus sebab kadang terlambat breakfast juga :)
      haa ni kes xmakan sayur lah ni kan

      Delete
  3. kalau akak tumbuk kasar2 je, tapi tulah cili api kene bubuh jugak kalau tak rasa macam tak lengkap nasi goreng tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. malas nak menumbuk bila nak cepat. terpaksa blend. blend pun blend kasar juga. cili api tu wajib kak :)

      Delete
  4. nasi goreng ala2 mcm nasi goreng cina sodap tu

    ReplyDelete
  5. samalah dengan ammi..tak pedas tak sah. Kadang-kadang bila masak dan tak rasa pedas...ammi tabur je dengan chili flakes yg fine tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cili flakes kurang sikit ammi. kena cili api gak baru umphh

      Delete
  6. yummy...dah lunch time...tetap nampak sedap....

    ReplyDelete
  7. menu plg cepat. nasi goreng simple pon kalau kena cara lagi sedap dr nasi berlauk.

    ReplyDelete
  8. Bestnya.... relax bf sambil membaca.. duduk pulak dekat tepi pooll...bestnya.. hirup kopi panas kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh dah terbayang dah suasana macam tu. syoknya kalau real :)

      Delete
  9. i have a big problem. i don't really know what to eat for breakfast and mmg sgt jrg amik breakfast these days. can you help me suggest something good, healthy and simple for breakfast? plishhhh

    i am so out of ideas now. sobs

    ReplyDelete
  10. Lepas ni nk try buat nasi goreng mcm akak buat tu

    ReplyDelete
  11. breakfast orang bujang...coco crunch dengan susu. Hehe

    ReplyDelete
  12. Dah lama tak breakfast macam ni, rasa teringin pula :)
    https://typperlo.blogspot.com/2019/11/langkawi-short-vacay-3hari-2malam-part-1.html
    dah follow blog sekali, jemput datang blog juga ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba masak sendiri kalau nak rasa :)
      Terima kasih singgah, will follow later

      Delete
  13. sedapnye ns goreng.. sy krng mkn pedas..
    mkn ngn telo mata sedap ni..

    ReplyDelete
  14. Kalau malas, perencah nasi goreng segera pun dah ada

    ReplyDelete
  15. Kat rumah sha tak boleh masak pedas.. nanti yang berdua tu tak nak makan.. selalu buat nasi goreng cina jelah.. sesekali je baru buat pedas.. kopi tu memang wajib adalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. faham tu kak..sesekali je dapat masak ikut taste kita :)

      Delete
  16. waaa sedapnya combination nasi goreng dgn kopi.. mmg power

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.