Breakfast Ringkas Roti Coklat

Seawal pukul 5 pagi dah bangun siapkan breakfast dan bekalan untuk suami. Bangun pula dengar hujan kat luar tu. Hujan-hujan pun jangan haraplah nak sambung tidur ye. Hari ni menu nasi goreng je la paling cepat siap. Sekali dengan bekal je senang. Syukur suami bukan jenis cerewet bab makanan, janji isteri dia masak. Haa sebab tu lah kena rajin masak. Pandai tak pandai belakang kiralah ye. Ngam je siap masak, dah masuk subuh. Sekarang waktu solat pun dah makin cepat. Terus mandi dan boleh solat awal.

Kau orang biasa breakfast awal tak? Jenis Fiza, perut tak boleh nak terima makan berat awal waktu. Breakfast berat-berat selepas pukul 9 pagi tu kira waktu yang sesuai untuk seorang yang bernama Fiza ni. Kalau awal sangat, mulalah perut meragam mohon ke toilet. Kalau nak berjalan jauh tu memang tak akan makan awal sebab risau dalam perjalanan tu susah kalau perut buat hal. Dahlah bukan jenis yang suka guna toilet awam. Faham-fahamlah toilet awam macamana kan. Kecuali R&R je lah yang macam okay sikit.


Untuk tak membiarkan perut kosong, alas perut dengan roti sementara nak tunggu breakfast berat. Bekalan roti pun wajib ada kat rumah. Bila lapar anytime boleh makan cicah dengan air panas. Paling suka roti gardenia yang baru ni ada inti perisa coklat, jagung dan kacang merah. 

Yang jenis pek 6 buku roti tu. Rasanya beli yang tu lagi jimat daripada beli roti yang panjang satu-satu tu. Bagus juga kan gardenia keluarkan roti macam ni. Selain pelbagai pilihan inti, roti gardenia memang lebih lembut daripada roti biasa. Rasa roti pun sedap. Memang tak cari roti lain dan tak pilih jenama lain dah. 

31 comments:

  1. suka layan roti gardenia semua jenis, kalau yg roti coklat berinti ni akak suka cicah dengan kopi o kosong... kopi pahit lawankan dengan coklat manis sedap...

    ReplyDelete
  2. sakit perut kalau berada kat tempat yg tak ada toilet lagi bahaya kan Fiza hahahaha

    ReplyDelete
  3. sy mkn roti jg...gardenia butterscotch je

    ReplyDelete
    Replies
    1. gardenia butterscotch tu sedap! Cicah dengan air kopi panas.

      Delete
  4. Ingat Fiza nk share resepi roti coklat tadi. Salam jumaat. Saya breakfast capati. Tapi belilah. X rajin nak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pandai lagi nak buat roti...hihi nak menguli tu rasa tak berapa nak rajin..samalah kita x rajin nak buat

      Delete
  5. Roti kat rumah tak boleh putus. Anak2 suka butterscotch lagi. Yang putih kitalah kena makan. Satu jem, butter atau kaya. Toast. Dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bekalan tak putus ni. yang putih tu macam-macam boleh buat :)

      Delete
  6. Sha pun suka yang 6 ketul ini.. selalu beli coklat dan kacang merah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa jumpa coklat. Kacang merah macam cepat habis je pulak

      Delete
    2. kalau kat sini susah nak jumpa coklat.. hehehe.. yang banyak kacang merah dengan jagung..

      Delete
  7. Roti coklat gardenia tak pernah try lagi . Biasa nak cepat main ambil je roti 6 buku nie , cume tengok perisa dan expired date je .

    ReplyDelete
  8. yes kami pun suka roti yg 6 ketul tu. kalau tak jaga mulut ni, kang 6 ketul tu pun boleh habis sorang makan. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..kalau laju masuk mulut, cepat habis 6 buku roti tu :p

      Delete
  9. Lama dah tak breakfast biskut jacob segi empat tu, dan di cicah dengan air kopi panas... pergghhhh... nostalgianya...

    Rajinnya awak bangun awal pagi siapkan bekal untuk suami... terbaik laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah kan.lama juga tak makan biskut empatsegi tu..orang johor panggil biskut lebor. kena rajin masak untuk suami. kalau malas, diri sendiri pun tak makan nanti. Siapa nak masak lagi kan kalau bukan diri sendiri.hihi

      Delete
  10. Rumah kitorang pun akan selalu Ada stok roti Gardenia.

    ReplyDelete
  11. Saya lebih fokus teknik fotonya... keren mba, layaknya seorang fotografer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ye. sedang dipelajari lagi, belum layak untuk seorang photographer.

      Delete
  12. roti yg jual satu satu tu dah makin mahal plak rasanya kan

    ReplyDelete
  13. Untung dapat isteri rajin ....Tu yg suami tambah sayang tu
    Hakak jenis makan tak kisah time Fiza....Subuh Sapie kalau dihidang makanan pun habis hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..janji ada rezeki makanan untuk dimakan :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.