Buah Tangan Dari Tanah Suci

Alhamdulillah ahli keluarga yang mengerjakan umrah selamat sampai di bumi Malaysia awal pagi semalam. Flight landed tepat jam 2:35 macam tu ikut masa flight tracker. Fiza dengan husband sampai tepat masa landed tu terus parking kereta. Tapi macam biasalah nak menunggu urusan pelepasan dan ambil luggage lagi ambil masa.

Dalam sejam lebih jugalah menunggu. Takpe, janji semuanya selamat sampai dengan selamat. Biasanya kalau orang balik umrah mesti dapat buah tangan macam ni. Kurma tu wajiblah ada. Fiza suka kalau dapat kacang gajus dan pistachio ni. Kalau makan tak reti nak berhenti makan. Sedap kot makan kekacang ni. Memang masing-masing beli kacang ni je lah kalau balik umrah atau haji. 


Cuma ada satu yang rare tak pernah makan, iaitu butir biji jagung disalut tepung perisa kari kot. Rasa dia sedap macam makan kacang rangup salut tepung tu. Selain tu ada dapat coklat, kek, jajan dan air zam zam. Belum ada rezeki nak sampai sana. Dapat merasa buah tangan dari tanah suci kira bersyukur juga.

27 comments:

  1. masa minum air zam-zam ..berniatlah untuk ke Tanab Suci.

    in shaa Allah dapatlah nanti.

    kalau bab kacang saya pun macam tu..

    susah nak berhenti selagi belum habis

    ReplyDelete
  2. butir biji jagung tu Sha tak pernah nampak.. Kalau kekacang, kurma tu biasa nampak ornag bawa balik sebagai buah tangan..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah selamat sampai mereka
    kacang memang sedap buat kudapan

    ReplyDelete
  4. semua sedap2 kacang tu. mmg susah nak berenti if dah stat mengunyah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kacang sedap tapi kat malaysia harganya agak mahal sikit kan. memang susah nak stop bila makan. hihi

      Delete
  5. gambar cantik !!! jeles tol la orang pandai amek gambar ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..kita pun masih belajar nak ambil gambar cantik :)

      Delete
  6. Murah rezeki fiza. Mama suka buah zaitun makan dgn kekacang sedap

    ReplyDelete
  7. Bila dapat buah tangan dari orang yang pergi ke Tanah Suci ni memang rasa bersyukur sangat. Teringin juga nak jejak ke sana suatu hari nanti. Semoga Allah s.w.t makbulkan doa kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul tu. Bersyukur sangat. Aaminn..mudah-mudahan Allah makbulkan doa kita.

      Delete
  8. Sedap! juju suka tau kekacang dari tanah suci ni, sedap ranggup dan fresh!

    ReplyDelete
  9. Tak pernah rasa lagi biji jagung disalut tepung tu. Nantilah kalau ada merasa juga kita nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time juga rasa ni. Moga ada rezeki merasa juga nanti.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.