Cuba DIY Macrame Feather. Mudah Je Rupanya Nak buat!
Rasa macam nampak mudah je nak buatnya, jadi kena teruskan lah buat sementara kerajinan masih ada. Rupa dia elok ke tidak belakang cerita lah. Yang penting cuba dan belajar buat dulu. Hasil dari berkat kerajinan yang sementara cuma tu, siap jugalah macrame feather buatan tangan Fiza. Yang guna tali jut putih tu kira okay lagilah kalau sekali pandang. Tapi yang guna tali guna warna coklat tu agak serabut tengok. Jenis tali tak sesuai kot buat macrame feather ni.
Nak lagi cantik elok kena guna cotton jute rope katanya. Kat mana nak beli tali tu ye. Ada sesiapa tahu? Kena cari tali yang sesuai barulah cantik juga kejadian hasilnya. Tak mengapa, yang dah siap ni boleh buat hiasan juga lah kan. Nampak menjadi cuma rupa dia kurang cantiklah kan.
Fiza plan nak buat macam ni sebenarnya. Kena buat besar untuk hiasan gantung dinding dalam rumah. Fuhhh, jenuh nak buat banyak macam ni. Tapi kalau kena dengan tali yang cantik, dah siap memang nampak lawa. Suka lah tengok hiasan rumah ala boho (bohemian) style ni. Berambu ramba gitu. Ada juga yang buat gunakan tali yang berwarna warni lagilah cantik.
credit : google |
Selain dibuat untuk hiasan gantung di dinding boleh dibuat keychain, anting-anting, dream catcher, hiasan dalam frame dan bermacam-macam lagi lah. Google je macrame feather, bermacam-macam jenis dan style ada. Ini antara tutorial mudah untuk dibuat. Fiza ikut style ni je. Dah mahir sikit baru kita level up sikit belajar macrame knots yang lain. Tengok je kat youtube, bermacam-macam jenis tutorial macrame knots ada.
Credit : google |
Mulanya tu nampak macam serabut je dan nampak susah je nak buatnya. Tapi mudah je rupanya nak buat kalau biasa dengan ikatan asas mudah ni. Cuba dulu baru tahu senang ke susah. Tak cuba tak tahu kan. Bila dah terpengaruh ni, rasa rajin nak cuba buat lagi sampai perfect. Tapi itulah, bahan utama cotton jute rope tu kena cari dulu.
cantikkk..
ReplyDeletetp kalo sy mmg xakn jd.. sbb xkreatif + malas.. haha..
tak cuba lagi tu..cuba try buat slow slow confirm jadi :)
Deletecantek la.. sekarang ramai orang start buat benda ni.. lawa pun lawa.. cuma tu la kadang2 nak cari tali dia tu payah sikit nak jumpa kedai2 yang jualnya
ReplyDeletebab nak mencari bahannya yang payah dan rasa malas kalau tak lengkap bahannya kan
Deletelooo... buat hiasan rupanya... ingatkan untuk sapu habuk... :d
ReplyDeleteHahah..kalau pengumpul habuk boleh jadi juga sebab digantung je kan..kena rajin bersihkan kalau buat deco :)
DeleteTak silap akak macam pernah tengok cotton jute rope tu kat kedai DIY Fiza.😊
ReplyDeleteOhh ada ye? xperasan pulak jenis cotton..nampak jenis keras tu je..okay akak, nanti nak pg explore cari. Terima kasih
DeleteEh , cantiknyaa bile dah siap . Boleh try buat nie alang2 adik beradik jenis tali tu ada kat rumah . Nak buat letak kat kereta , macam cantik pulak .
ReplyDeleteguna tali yang sesuai mesti lagi cantik hasilnya. Untuk first time ni tak perfect lagi. gantung kat kereta ala ala dreamcatcher pun lawa tu. Selamat mencuba
Deletesinggah isnin ya
ReplyDeletebz day
Tq
Deletekalu tangan blogger farrah MF mmg boleh jd seni kraf ni hehehe
ReplyDeleteBlogger Farrah MF tu memang kreatif yang amat. Kagum dengan kelebihan dia :)
DeleteKalau minat & ada bakat cantik je hasilnya walaupun DIY je kan... Good job!
ReplyDeleteDengan izin Allah..terima kasih :)
DeleteNampak gak ada orang share kat IG 5 minute craft. Tapi kan kena rajin sapu habuk la..lawa..lawa...rasa boleh beli bahan2 kat Kaison.
ReplyDeleteyang tu tak pernah tengok lagi..boleh cari jap lagi tengok. itulah, kalau decoration ni kena rajin mengemas sapu habuk. kalau tak memang kumpul habuk je lah situ. ohh ada kat kaison ye. terima kasih kak
DeleteOh bahannya ada di kaison ke? Tak pernah perasan.. boleh la pergi tengok nanti ni
Deletenice Fiza buat macrame ni. ^^ Selalu tengok kat pinterest. Nak buat, belom ada kerajinan lagi. haha
ReplyDeleteKat pinterest lawa-lawa. geram tengok..ada cukup bahan ni boleh tiruvasi. kena cari bahan dulu baru boleh cuba lagi.
DeleteOrang-orang rajin saja yang boleh buat ni...
ReplyDeletesaya pula jenis yang susah nak masuk bab creative macam ni. paling risau bila dah berhabuk nanti heheh...
ada tips tak nak handle habuk yang bakal lekat tu
Tak kreatif kalau cuba inshaAllah jadi ikut steps yang disediakan. Tips dia mudah je. Kena rajin sapu habuk hari hari atau 2 hari sekali camtu :)
Deletecantik..nak tengok yg warna-warni..kalau dah femes, mesti ada kedai yg jual cotton jute rope..kaison ada kot..
ReplyDeletememang cantik kalau dah siap. Itulah kan. kena viral dulu baru ada yang banyak menjual
Deletecantik!
ReplyDeletesangat cantik :)
DeleteCantiknya.. Rajin Fizah buat..
ReplyDeleterajin tak rajin juga kak. Mengisi masa :)
Deletecantik..silap² klau buat terbelit jari...hehehehe
ReplyDeletehehe..tak sampai belit jari kak..ni antara macrame basic knot je
DeleteCantik & kemas nampak. Saiz dia besar mana fiza?
ReplyDeletebesar tapak tangan je :)
Deletecantik pula bila dihias begitu.. mudah juga caranya
ReplyDeletemudah. cubalah :)
DeleteTali jute tu yang perang tu kan.. keras juga tu tak jatuh ke bawah.. tapi yang putih tu nice! Cantik!!
ReplyDelete