Indoor Plants Mudah Dijaga
Okay, tak nak sedih tak nak membebel panjang cuma saja nak kongsikan indoor plants Fiza yang terkini. Pokok sirih gading atau dikenali dengan nama pothos tu indoor plants paling popular. Yang warna hijau tu memang dah membesar dengan jayanya. Sebelum ni daun dia tak banyak macam tu pun. Sekarang dah penuh satu balang dan rimbun. Bila menjalar panjang keluar tu, Fiza potong dan masukkan semula. Itu yang merimbun macam tu.
Satu lagi spesis pothos daun hijau kuning tu baru ambil kat kampung. Baru perasan mak ada spesis pothos yang lain. Potong sikit pokok mak dan potong kecil lagi dapat 4 batang. Tertarik dengan corak daun pothos mak ni. Kalau tak, hijau saja boring juga tengok kan. Tapi elok jugalah tengok pokok hijau setiap hari sebagai terapi mata. Udara pun lebih sihat ada tumbuhan hijau dalam rumah ni.
Sansevieria/Snake plant/pokok lidah mertua ni masih dalam proses propagate. Dah tumbuh akar nanti, plan nak pindahkan keluar jadi outdoor plant pula. Tapi tak semualah. Masih memerlukan indoor plants untuk segarkan dan bersihkan udara dalam rumah. Proses propagate ni ambil masa juga sebulan lebih jugalah nak tumbuh akar. Seronok juga memantau proses pertumbuhan indoor plants ni.
Sebelum ni letak air semata-mata dan jadikan water plant. Tak nak letak tanaman menggunakan tanah sebab takut kotor dalam rumah dan perlu penjagaan yang rapi seperti siraman air dan cahaya. Disebabkan dalam rumah pun cahaya semulajadi kurang masuk dalam rumah bertutup dan kurang masa nak menyiram. Jadi, water plant jadi pilihan. Tambah batu bagi nampak cantik dan cuma perlu tambah air bila air berkurangan. Mudah bukan? Buat dekorasi letak atas meja pun cantik. Letak kat dapur pun cantik. Silalah buat.
Psstt..Betul ke kalau sembang atau nyanyi untuk tumbuhan, tumbuhan akan hidup lagi sihat? Fakta ke auta tu? Ada juga tengok dalam cerita upin ipin tu. Haha, pengaruh kartun betul kan. Atau memang betul wujud petua tu. Suka letak dalam balang kaca ni bukan apa, suka tengok perkembangan akar keluar daripada batu-batu tu. Maknanya tumbuhan hidup sihat lah tu kan. Tak ada lah pertumbuhan terbantut. Kalau tanam dalam tanah, tak nampak. Alasan!
tak tau lah fakta ke auta Fiza. Yang penting cara penjagaan tu kena betul, InshaAllah pokok sihat walafiat hehe
ReplyDeleteair dan cahaya cukup inshaAllah hidup :)
DeleteCantik fiza pun suka jugak tanam tumbuhan dalam rumah ni.
ReplyDeletesedap mata memandang tumbuhan hidup dalam rumah ni
Deletepokok ni mmg senang hidup
ReplyDeletecaler pun hijau je
cantik
ye, memang sedap hidup. Letak biar dalam air pun hidup
Deleteada jugak pokok indoor ni...bru jer mntak dgn mak...nak bg udara segar
ReplyDeletewah..tak sabar nak tunggu besar tu. Ye, memang untuk menyegarkan dan membersihkan udara macam tu
Deletecantiknya tengok batu putih2 tu... apa yek nama batu-batu tuh, nak kene cari jugak nih... geram tengok pokok-pokok yang fizah tanam nih
ReplyDeletetak pasti apa namanya kak..boleh cari kat nursery bunga banyak jenis dan saiz batu ada.
DeleteSukanya tengok..segar mata ada pokok dlm rmh kan.
ReplyDeleteTgh minat sansevieria jugak, baru ada 2 jenis sbg indoor plant.
ye, betul tu. sansevieria mudah tanam dan jaga. okaylah tu, lama lama nanti mesti ada berjenis²
DeleteIalah Mrs. A pun kadang buntu tak tahu nak up-date hiks!
ReplyDeleteCantik, bersih dan kemas nampak bila guna batu-batu ni tanam in-door ya Mrs.A selalu jumpa yang guna jelly tu.
Pernah dengar jugak tu tapi pasangkan muzik pertumbuhan pokok akan jadi lebih cepat dan subur. Entah peria entah katak, entahkan ia entahkan tidak. Wallahualam.
itulah. ada gambar yang menarik adalah entrynya. hihi
Deleteye, memang nak nampak bersih dan kemas lagi gubahan bunga tu bila letak batu putih tu. Guna jelly macam leceh juga tu.
Itulah, tak pasti betul ke tidak petua tu. Mungkin boleh cuba :)
difficult time comes in life, our problem may be differ but i feel u sis, keep strong and if a voice in ur head whispers n tells u tht u cant do it, u scream back that u can..yoshh..eh feelin pulak utk diri sendiri jgk sebenarnya
ReplyDeleterajinnya sis tapi cantik..segar mata melihat
Thank you so much for your advise.
DeleteYes, sangat seronok melihat tumbuhan hijau dalam rumah :)
nak cuba cara fizah laa..suka dengan pokok hijau ni.. :-)
ReplyDeleteSilakan mencuba :)
DeleteCantik pokok itu kak apa jadi dekorasi di dalam rumah mantap
ReplyDeleteya, memang cantik untuk hiasan dalam rumah
Deletecantik, saya pun suka bunga hijau camni. tak susah jaga. sesekali bagi kena sinar matahari juga, istilah aku kat opis, bagi bunga makan 😁
ReplyDeleteye betul tak susah jaga. Memang letak di ruang yang ada cahaya baru hidup sihat :)
Deletelepas ni boleh buat mini garden dalam rumah. so kreatif..
ReplyDeletemini garden atau mini jungle pun boleh. hihi..tq
DeleteOKlah tu pakai batu instead of tanah. Lebih bersih. Nampak cantik jugak
ReplyDeleteYes, itulah motif dia :)
DeleteSlalu tgok org letak indoor plant palsu je buat hiasan.. Sbnrnye ad indoor plant yg bagus letal dlm rumah kan..hehe..suka sgt pokok pathos n sanseviria tu!! Huhu.. Nnt nk buat cm AZ jugaklah hehe
ReplyDeleteDapat letak yang real more better kan untuk udara dan teraphy. silakan cuba macam ni :)
Deletecantik jugakkan letak dalam balang macam tu letak batu. nnt nak buat jugak lah
ReplyDeleteYe kak cantik untuk hiasan dalam rumah
DeleteBercakap & menyanyi tu betul kut sebab selalu nampak gardener / orang yg suka jaga pokok bercakap dengan pokok. Tapi mungkin lah, tak pasti juga...
ReplyDeleteKann..mungkin juga ada betulnya tu
DeleteElok untuk terapi mata ni. Snake plant tu memang baik letak dalam rumah especially dalam bilik tidur untuk galakkan tidur yang lebih berkualiti :)
ReplyDeleteye, sebab ada baca juga tentang tu. Memang ada letak dalam bilik tidur juga
DeleteCantik pokok pokok hiasan tu..
ReplyDeletehidup sihat cantik jadinya :)
Deletebolehlah cuba kat rumah baru nnt ;-)
ReplyDeletesilakan deko lagi cantik dari yang ini okay :)
Deletedalam rumah snake plant tu akak tanam dengan tanah... yang pokok duit tu memang tanam dalam air, cepat membiak berbanding tanah kalau duduk dalam rumah
ReplyDeleteoh ye ke kak. kalau fiza, tanam dalam tanah letak kat luar rumah lagi cepat membesar.
DeleteRajin kak tanam pokok ya.
ReplyDeleteye, letak je dalam balang :)
DeleteNampak bersih sangat. Macamana nak tanam macam tu, letak pokok dalam pasu then masukkan batu je ke? :D
ReplyDeleteLetak je pokok dalam pasu, letak air dan batu. Rajin rajinlah tukar air dia untuk elakkan jentik jentik singgah dan sentiasa bersih.
Delete