Header Ads

Indoor Plants Mudah Dijaga

Dari pagi entah apa nak update untuk harini. Sejak semalam buntu nak update apa pun tak tahu. Hari demi hari terasa banyak betul benda nak fikir dan makin banyak beban nak ditanggung. Lumrah hidup ada banyak masalah nak difikirkan dan biarlah masalah tu difikirkan sendiri dan moga Allah permudahkan segala urusan setiap hambaNya. Aaminn...

Okay, tak nak sedih tak nak membebel panjang cuma saja nak kongsikan indoor plants Fiza yang terkini. Pokok sirih gading atau dikenali dengan nama pothos  tu indoor plants paling popular. Yang warna hijau tu memang dah membesar dengan jayanya. Sebelum ni daun dia tak banyak macam tu pun. Sekarang dah penuh satu balang dan rimbun. Bila menjalar panjang keluar tu, Fiza potong dan masukkan semula. Itu yang merimbun macam tu.


Satu lagi spesis pothos daun hijau kuning tu baru ambil kat kampung. Baru perasan mak ada spesis pothos yang lain. Potong sikit pokok mak dan potong kecil lagi dapat 4 batang. Tertarik dengan corak daun pothos mak ni. Kalau tak, hijau saja boring juga tengok kan. Tapi elok jugalah tengok pokok hijau setiap hari sebagai terapi mata. Udara pun lebih sihat ada tumbuhan hijau dalam rumah ni.

Sansevieria/Snake plant/pokok lidah mertua ni masih dalam proses propagate. Dah tumbuh akar nanti, plan nak pindahkan keluar jadi outdoor plant pula. Tapi tak semualah. Masih memerlukan indoor plants untuk segarkan dan bersihkan udara dalam rumah. Proses propagate ni ambil masa juga sebulan lebih jugalah nak tumbuh akar. Seronok juga memantau proses pertumbuhan indoor plants ni. 


Sebelum ni letak air semata-mata dan jadikan water plant. Tak nak letak tanaman menggunakan tanah sebab takut kotor dalam rumah dan perlu penjagaan yang rapi seperti siraman air dan cahaya. Disebabkan dalam rumah pun cahaya semulajadi kurang masuk dalam rumah bertutup dan kurang masa nak menyiram. Jadi, water plant jadi pilihan. Tambah batu bagi nampak cantik dan cuma perlu tambah air bila air berkurangan. Mudah bukan? Buat dekorasi letak atas meja pun cantik. Letak kat dapur pun cantik. Silalah buat. 

Psstt..Betul ke kalau sembang atau nyanyi untuk tumbuhan, tumbuhan akan hidup lagi sihat? Fakta ke auta tu? Ada juga tengok dalam cerita upin ipin tu. Haha, pengaruh kartun betul kan. Atau memang betul wujud petua tu. Suka letak dalam balang kaca ni bukan apa, suka tengok perkembangan akar keluar daripada batu-batu tu. Maknanya tumbuhan hidup sihat lah tu kan. Tak ada lah pertumbuhan terbantut. Kalau tanam dalam tanah, tak nampak. Alasan!

هناك 44 تعليقًا:

  1. tak tau lah fakta ke auta Fiza. Yang penting cara penjagaan tu kena betul, InshaAllah pokok sihat walafiat hehe

    ردحذف
  2. Cantik fiza pun suka jugak tanam tumbuhan dalam rumah ni.

    ردحذف
  3. ada jugak pokok indoor ni...bru jer mntak dgn mak...nak bg udara segar

    ردحذف
    الردود
    1. wah..tak sabar nak tunggu besar tu. Ye, memang untuk menyegarkan dan membersihkan udara macam tu

      حذف
  4. cantiknya tengok batu putih2 tu... apa yek nama batu-batu tuh, nak kene cari jugak nih... geram tengok pokok-pokok yang fizah tanam nih

    ردحذف
    الردود
    1. tak pasti apa namanya kak..boleh cari kat nursery bunga banyak jenis dan saiz batu ada.

      حذف
  5. Sukanya tengok..segar mata ada pokok dlm rmh kan.

    Tgh minat sansevieria jugak, baru ada 2 jenis sbg indoor plant.

    ردحذف
    الردود
    1. ye, betul tu. sansevieria mudah tanam dan jaga. okaylah tu, lama lama nanti mesti ada berjenis²

      حذف
  6. Ialah Mrs. A pun kadang buntu tak tahu nak up-date hiks!

    Cantik, bersih dan kemas nampak bila guna batu-batu ni tanam in-door ya Mrs.A selalu jumpa yang guna jelly tu.

    Pernah dengar jugak tu tapi pasangkan muzik pertumbuhan pokok akan jadi lebih cepat dan subur. Entah peria entah katak, entahkan ia entahkan tidak. Wallahualam.

    ردحذف
    الردود
    1. itulah. ada gambar yang menarik adalah entrynya. hihi

      ye, memang nak nampak bersih dan kemas lagi gubahan bunga tu bila letak batu putih tu. Guna jelly macam leceh juga tu.

      Itulah, tak pasti betul ke tidak petua tu. Mungkin boleh cuba :)

      حذف
  7. difficult time comes in life, our problem may be differ but i feel u sis, keep strong and if a voice in ur head whispers n tells u tht u cant do it, u scream back that u can..yoshh..eh feelin pulak utk diri sendiri jgk sebenarnya

    rajinnya sis tapi cantik..segar mata melihat

    ردحذف
    الردود
    1. Thank you so much for your advise.

      Yes, sangat seronok melihat tumbuhan hijau dalam rumah :)

      حذف
  8. nak cuba cara fizah laa..suka dengan pokok hijau ni.. :-)

    ردحذف
  9. Cantik pokok itu kak apa jadi dekorasi di dalam rumah mantap

    ردحذف
  10. cantik, saya pun suka bunga hijau camni. tak susah jaga. sesekali bagi kena sinar matahari juga, istilah aku kat opis, bagi bunga makan 😁

    ردحذف
    الردود
    1. ye betul tak susah jaga. Memang letak di ruang yang ada cahaya baru hidup sihat :)

      حذف
  11. lepas ni boleh buat mini garden dalam rumah. so kreatif..

    ردحذف
  12. OKlah tu pakai batu instead of tanah. Lebih bersih. Nampak cantik jugak

    ردحذف
  13. Slalu tgok org letak indoor plant palsu je buat hiasan.. Sbnrnye ad indoor plant yg bagus letal dlm rumah kan..hehe..suka sgt pokok pathos n sanseviria tu!! Huhu.. Nnt nk buat cm AZ jugaklah hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Dapat letak yang real more better kan untuk udara dan teraphy. silakan cuba macam ni :)

      حذف
  14. cantik jugakkan letak dalam balang macam tu letak batu. nnt nak buat jugak lah

    ردحذف
  15. Bercakap & menyanyi tu betul kut sebab selalu nampak gardener / orang yg suka jaga pokok bercakap dengan pokok. Tapi mungkin lah, tak pasti juga...

    ردحذف
  16. Elok untuk terapi mata ni. Snake plant tu memang baik letak dalam rumah especially dalam bilik tidur untuk galakkan tidur yang lebih berkualiti :)

    ردحذف
    الردود
    1. ye, sebab ada baca juga tentang tu. Memang ada letak dalam bilik tidur juga

      حذف
  17. dalam rumah snake plant tu akak tanam dengan tanah... yang pokok duit tu memang tanam dalam air, cepat membiak berbanding tanah kalau duduk dalam rumah

    ردحذف
    الردود
    1. oh ye ke kak. kalau fiza, tanam dalam tanah letak kat luar rumah lagi cepat membesar.

      حذف
  18. Nampak bersih sangat. Macamana nak tanam macam tu, letak pokok dalam pasu then masukkan batu je ke? :D

    ردحذف
    الردود
    1. Letak je pokok dalam pasu, letak air dan batu. Rajin rajinlah tukar air dia untuk elakkan jentik jentik singgah dan sentiasa bersih.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.