Jus Mulberry Sedap

Buah mulberry selain dimakan begitu saja, paling sedap dibuat jus katanya. So Fiza pun macam excited lah nak cuba buat jus mulberry. Disebabkan buah dia masam manis macam tu Fiza suka, so berharap jugalah air buah mulberry ni sedap juga. Dengan berbekalkan kerajinan, gigih jugalah menyiapkan pati jus mulberry.

HOMEMADE PATI JUS MULBERRY CARA FIZA

Dengan buah mulberry yang tak berapa nak banyak tu, Fiza cuba jugalah buat sebab nak rasa punya pasal. Panaskan air secukupnya, tambah gula dan masukkan buah mulberry. Masak sampailah air bertukar menjadi warna merah. Sukatan gula dan air tu pandai-pandai adjust ikut rasa nak manis atau kurang manis.

Dah masak semua bahan, tunggu sejuk kemudian baru blend okay. Ada orang lepas blend tu dia tapis. Tapi Fiza tak tapislah, sebab suka serat-serat tu sekali dalam pati. Lebih bagus kot dicampurkan dengan serat buah mulberry tu sekali. Gigit-gigit rasa macam letak selasih pula. Rasa air buah mulberry sedap seakan-akan jus roselle macam tu.


Minuman jus buah lagi sedap diminum sejuk. Buah mulberry ni banyak khasiatnya. Lebih elok kalau tak ditambah gula. Nanti nak cuba buat jus buah mulberry guna buah mulberry yang hitam manis je tanpa gula. Barulah betul-betul berkhasiat. Bila dah campur gula ni memang tak sihatlah jadinya. Cuma rasa sedap je lah.

Tahu tak yang sebatang pokok buah mulberry ni mempunyai khasiat tersendiri dari hujung akar sehingga ke daun mulberry. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, vitamin C dan gula. Daun mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji mulberry juga mengandungi ureas dan akar pokok memiliki beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

Ada sesetengah orang jadikan daun mulberry sebagai ulam dan ada juga jadikan daun mulberry sebagai teh mulberry. Nampak menarik bukan? Daun mulberry juga boleh dimasak lemak cili api. Apa rasa dia? Okay, macam rasa nak cuba. Tapi kena tunggu balik kampung ambil stok. Banyak betul yang nak dicuba dengan pokok buah mulberry ni. Ada yang pernah rasa daun mulberry tak? Buat ulam ke, masak lemak ke. Ada?

49 comments:

  1. Wsalam Fizah.. LZ pernah makan roti dengan jem mulberry, jus masih belum pernah cuba..
    Tak sangka buah mulberry kecil tapi banyak juga khasiatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu buuat jem. Kena ada stok banyak sikit baru leh buat jem. Yang ada ni try buat air je dulu. memang banyak khasiatnya. Baru tahu juga :)

      Delete
  2. mulberi rumah akak tak banyak lagi, aritu ada pun sebijik2 je, ada aritu 4 biji tp sempat rasa sebijik yang lagi 3 hilang entah ke mana heheh... maklum baru belajar nk berbuah... kalau kat kampung memang lebat, adik2 akak tak pandang pun... tapi mak akak suka masakk pucuknya bagus dah banyak khasiat

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok ada pokok sendiri kat rumah. takpe kak, tunggu banyak nanti macam-macam boleh buat :)

      Delete
  3. nnti leh review buah tunjuk langit yg ohsem tu erkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. err..buah tunjuk langit? tak pernah tahu lak..salah tajuk ke wak?

      Delete
  4. Tiba-tiba rasa macam nak nyanyi lagi didi and friend yang pokok mulberry tu . Hihikss . .

    ReplyDelete
  5. pernah merasa buah mullbery..

    tengok rupa macam sedap sahaja

    ReplyDelete
  6. Makan buah begitu sahaja. Hehe tak rajin nak blend.

    ReplyDelete
  7. Saya belum pernah buat jus lagi sebab buah tak banyak, petik yang ranum hitam saja. Kalau yang merah-merah tu ya ampun masam. Biasa buat sayur lemak atau masuk dalam sup daun yang tua sikit. Paling kerap buat celup tepung, guna tepung bestari. Kalau nak buat ulam, pucuk kena celur dulu sebab jenis bergetah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg merah tu mmg agak masak rasa dia. masak sayur lemak belum cuba lagi. nanti boleh cuba. baik, terima kasih untuk tips tu :)

      Delete
  8. Owh menarik Fiza tentang pokok mulbery ni... dari akar hinggar ke pucuknya... semua penuh dengan khasiat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, baru tahu juga. kalau tak, lansung tak tahu ada khasiat semuanya

      Delete
  9. Di rumah nenek saya banyak pohon murberry. Kami di Indonesia menyebutnya buat murbei. Rasanya asam-asam manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebutannya seakan-akan juga. Betul! Rasanya masam masam manis macam tu.

      Delete
  10. Menarik. Jarang ada restoran yg jual air mulberry. Tapi bila dpt buat sendiri.. Mcm2 kaedah boleh adjust kan Fiza 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah jumpa lak kedai ada jual jus mulberry. susah nak jumpa kot kak. itulah ada buah boleh dipelbagaikan boleh lah cuba buat macam²

      Delete
  11. Cantilah gambo tu ...
    Kena rebus dulu yehh.... kalau kita terus blend tak boleh ke Fiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..kalau nak buat pati kena rebus..kalau nak minum fresh terus blend je :)

      Delete
  12. wah baru tau ni. esok nak kumpul daun dia keringkan try buat teh mulberry. pokok dia baru berbunga tu. yg daun tu slalu nak try deep fry dgn tepung tapi tak juga buat2 😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..tak sabar juga nak balik kampung kutip hasil pokok mulberry :)
      nanti share ye

      Delete
  13. Nampak macam sedap ja, teringin nak rasa hehe. Gambar yang ditangkap tu main peranan juga sebenarnya. Cantik! btw first time singgah blog ni hehe memang awesome. Jemputlah bertandang ke blog usang saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Terima kasih juga sudi singgah. Nanti kita terjah sana okay :)

      Delete
  14. Sedapnya Fiza...bagai terasa- terasa di tekak ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kak..ada rezeki inshaAllah dapat merasa nanti kak

      Delete
  15. sedapnya.. masam2 manis. masa kecik pernah rasa buah ni ms kat kampung

    ReplyDelete
  16. cantik gambar..mmg nmpk sedap air tu..kalau orang tu tolong buat lagi sedap kot..hehe =p

    ReplyDelete
  17. Tak pernah lagi berjaya buat jus dari buah mulberry ini.. Sebab terus ngap je masuk dalam mulut lepas petik.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.makan fresh gitu lagi sedap kan kak. ni saja nak pelbagai menu dan cuba rasa air dia

      Delete
  18. Wahhh.. Sedapnya.. Ada tanam ke pokok dia? Bestnya ada pokok macam ni di rumah. Gambar-gambar dalam blog Fizah ni semuanya cantik-cantik. Suka tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pokoknya belakang rumah. Tak pasti mak atau kakak yang tanam. Terima kasih :)

      Delete
  19. Hehe.. tak sempat nak blend dah habis dah hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yang hitam tu memang habis ngap masuk mulut lah..yang blend ni yang kurang manis sikit..tu yang tambah gula buat pati.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.