Nougat Candy Sedap Tapi...
Susu unta pun belum pernah rasa. Jadi, tak tahu lah rasa dia macamana kan? Yes, finally dapat juga rasa nougat candy ni. Nougat ni sejenis manisan arab. Kalau kat Malaysia, di kedai kedai arab banyaklah dijual. Boleh juga dapatkan di shopee kalau tak silap Fiza pernah baca entri blogger yang beli nougat ni dari shopee je.
Pertama kali rasa nougat ni macam rasa lain macam. Susu unta tu macam susah nak diterima oleh tekak. Rasa lemak susu unta tu lain sikit daripada susu lembu biasa. Selain tu ada rasa macam mint sikit. Rasa kacang tu okaylah sebab dah memang suka rasa kacang tu. Nougat candy sedap jugalah tak manis sangat tapi...lagi sedap kot kalau diperbuat daripada susu lembu sebab dah biasa dengan rasa susu lembu kan.
Nougat candy ni kalau teringin makan boleh je buat sendiri sebab Fiza google pun ada bermacam-macam resepi nougat. Kena datang mood rajinlah baru boleh cuba buat. Lagi satu, kalau resepi mudah dan bahan senang nak dapat boleh jadi rajin nak cuba. Tapi kalau jenis bahan pun susah nak cari dan leceh nak buat memang lebih prefer beli terus je senang.
kalo tgk dr segi rupa rs mcm dh pernah mkn..
ردحذفKadang pernah makan tapi tak tahu namanya kan :)
حذفAkak dah makan masa boss bawak balik dari outstation..dia ada pelbagai perisa dan nougat jenis ni akak makan kacang je..hahahaha...x berapa suka
ردحذفA ah kak. ada pelbagai rasa dan kacang tu. Mujur juga ada kacang tu kak, kalau tak lansung tak boleh terima. Huhu
حذفbau di cemana? heheheh akak pernah la makan nouget candy tapi idok la pernah yang dari susu unta hehehe...
ردحذفDia macam xde bau kuat pun. tu yang masih boleh terima lagi lah.
حذفSedapnyaaa... antara manisan arab yang jadi feveret kita. ^^
ردحذفwahh fav aien ye..mesti suka kalau dapat ni kan
حذفpernah makan.. tak kena dengan tekak.. hahaha..
ردحذفsamalah kak..tak kena dengan tekak ni ha
حذفBelum pernah rasa lagi susu unta.
ردحذفkalau jumpa produk susu unta nanti cuba rasa tau :)
حذفrupanya menarik hehehe
ردحذفMenarik kalau rasanya sedap selari dengan citarasa :)
حذفbelum pernah rasa , tapi nampak candy tu macam menarik . Office saya dekat dengan kedai yang jual-jual makanan sunnah dan berasal dari mekah , madinah . Last week saya try beli manisan arab *tak ingat nama apa* sebab nampak menarik sangat design dan coraknya . Sekali try makan memang buang balik , tekak tak boleh terima . Membazir je beli . 4 ketul kecil besar kuih koci tu dah 6 ringgit .
ردحذفPernah juga rasa beberapa manisan arab daripada kawan husband.Mostly tak kena dengan rasa orang Malaysia. Harga boleh tahan juga kan. Kalau nak beli kena beli sikit sikit atau rasa dulu
حذفdah pernah cuba pelbagai manisan termasuk yang ini.. hemmm, sayangnya saya tak pandai menikmatinya.. tak boleh.. tak boleh.. haha
ردحذفkan..sayang betul tak boleh nak menikmatinya. mujur satu je. Kalau tak jenuh nak habiskan.
حذفammi suka..1st try masa kat Madinah dulu. Pastu siap beli banyak bawak balik
ردحذفKalau suka memang rugi kalau tak beli banyak kan :)
حذفSaya samapai gagal fokus sama gambarnya ,saya kira itu tempe :D.
ردحذفSUSU unta kayak gimana tuh rasanya blm pernah ngerasain hehe
Kelihatan kayak tempe ya? gimana rasanya kena cuba rasa.
حذفpernh mkn tp bkn yg dr arab yg kata susu unta..tp xbrp suka sbb keras2 gtu hehe..tkperlu ltk dlm peti ais sbb lg makin keras
ردحذفada banyak jenis nougat ni..kalau dapat yang bukan susu unta mungkin sedap rasanya kot sebab susu unta ni xbiasa rasa kan. Memang simpan luar je tapi so far makan tak keras sangat. lembut je
حذفSy suka nougat ni...tp xleh makan slalu @ banyak, sbb klu utk saya, kategori manis dah ni.... Hahaha...
ردحذفyang ni mungkin tak manis sangat kot. rasa macam tak manis lansung cuma rasa lemak susu dan kacang je :)
حذفfirst time dengar dan nampak nougat ni..
ردحذفrasanya tekak sy pun x bole terima ni hehe
Hihi..kena cuba baru tahu rasanya :)
حذفbuat dari susu unta kan.. susu lembu pun jarang minum hehehe
حذفtak kena dengan tekak walaupun suka makan kacang hehehe
ردحذفKan..samalah :)
حذفPernah makan Mrs. A suka jer... hikS!
ردحذفwahh untung kalau kena dengan tekak :)
حذفsuka makan ni especialy yang kacang pistachio tu. sedap lemak2 manis
ردحذفkacang pistachio memang sedap rasanya. tapi nougat ni kurang sikit lah
حذفI like it! :)
ردحذفDon't forget to visit my blog: fhrpermanentnotes.blogspot.com
okay,nanti akan singgah ye.
حذفrasa macam pernah makan kalau tengok dari bentuk haha lupa pulak kat mana :3
ردحذفHehe..adalah tu kot cuma tak tahu nama je kot.
حذفsusu unta? haha xleh nak bayang rasa dia mcm mana. selalu minum susu lembu atau kambing je. boleh cuba kot terjumpa kat kedai2 arab kan.
ردحذفhaa itulah..pelik kan tapi orang sana biasa dah..kita je yang luar biasa..hihi
حذفManis sangat! Macam salah satu manisan dari Turki..
ردحذفyang ni tak terlalu manis. ya, di turki pun ada juga :)
حذفray selau beli yg kat famous amos tu je.
ردحذفPernah rasa manisan arab ni. Ada yang boleh lalu tekak, ada yg too sweet. Ada juga yg tak ok kat tekak.
ردحذفbetul. yang tak boleh terima tu memang takleh masuk tekak lansung. huhu
حذفsedapnya.. tak penah lagi buat sendiri
ردحذفboleh cuba kak kalau nak rasa. hihi
حذفnougat candy selalu mesti manis,
ردحذفso memang dah tak makan yang nougat nougat ni.
yang ni macam kurang manis je. cuma rasa susu unta dia je lain macam kot.
حذف