Sayur Pucuk Manis

Pernah makan sayur pucuk manis tak? Sayur pucuk manis antara lauk paling kerap di makan masa kecil-kecil dulu sebab mak tanam dekat sekitar rumah. Bila nak masak buat lauk petik je dah boleh buat lauk dah. Biasanya pucuk manis ni mak masak goreng pedas je. Kadang-kadang je masak lemak putih campur keledek. Pun sedap juga.

Agak lama juga mak tak tanam sayur pucuk manis ni. Tiba-tiba balik kampung haritu ternampak banyak pokok pucuk manis ni. Apa lagi, terus petik lah buat sayur untuk makan tengahari. Fiza ni pantang nampak apa yang ada kat rumah tu. Confirm nak petik buat lauk. Ada pucuk ubi, confirm buat ulam. Senang kalau duduk kampung ni, tak putus ulam dan sayur. Pendek kata, memang hidup sihat lah dengan ulam-ulaman bila duduk kampung.


Kalau kau orang tak pernah tengok pokok sayur pucuk manis ni. Inilah rupa dia. Ada nampak buah-buah rupa macam ni, inilah dia pokok pucuk manis atau mungkin ada nama lain. Tempat kau orang panggil nama apa? Inilah satu-satunya sayur yang Fiza rasa tak pahit dan manis. Sesuai lah untuk kau orang yang tak suka sayur pahit tu.

Tekstur daun dia agak rangup bila dimakan. Memang sedap dan rasa manis tu buat lagi sedap. Sebab tu lebih sedap digoreng pedas. Barulah terasa makan sayur yang sedap bila ada rasa pedas tu. Dapat makan sayur segar macam ni memang satu nikmat. Lagi-lagi bila sayur ni susah nak jumpa. Kalau ada mungkin boleh jumpa dijual di pasar tani. Pernah jumpa tak sayur pucuk manis ni?

38 comments:

  1. suka jugak sayur pucuk manis. Masak lemak putih.. tapi tak pernah masak pedas mcm mak Fiza masak tu. Betul la Fiza.. duduk kampung semua benda boleh petik dari sekeliling rumah.. fresh sangat ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali balik kampung dapat makan sayur fresh memang nikmat kak :)

      Delete
  2. Akak tak leh makan sayur ni sebab angin badan..pernah makan kat rumah kawan..balik tu terus kembung perut

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduh..ye ke kak? ni kira kategori satu berangin ye..kalau takleh makan kena pantang nampaknya tu

      Delete
  3. suka masak pucuk manis ni buat masak lemak atau tumis air je, sedap sebab ada rasa manis2 gitu... cuma akak paling tak suka kalau tengah petik pucuknya terjumpa ulat huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak air pun sedap kan kak..hee setakat ni belum pernah jumpa ulat lagi.

      Delete
  4. Replies
    1. ye kak.mungkin ada nama lain tapi tak pastilah nama lain tu..hihi

      Delete
  5. Di tempat saya sepertinya tidak ada Cik... jadi penasaran sama cita rasanya

    ReplyDelete
  6. dok kg senang cr maknan..xde sayur ptik jer tpi rumah..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpe kak nor. untung sangat kan berbudi pada tanah

      Delete
  7. kalau kat kmpung senang nak jumpa ni.. ada je jiran2 tanam..

    ReplyDelete
  8. family saya selalu buat masak lemak putih pucuk manis nie . sedap makan dengan nasi panas-panas . Tambah sikit ikan pekasam . Ya Allah , sedapnyaaaa .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh sedap tu makan dengan ikan pekasam..aduhh, terliur suda

      Delete
  9. sedap.. buat masak lemak dengan ubi keledek manis... kena dgn ikan masin...pergh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan..sedap juga tambah keledek. makan dengan ikan masin pulak tu kan..aduhaiii sedap!

      Delete
  10. pernah dgr tapi mcm xingat pernah makan ke x..haha..

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Ada yang kata boleh..boleh cuba google wak..lepas tu wak boleh try :)

      Delete
  12. Sedapnya sayur pucuk manis.. Cucuk kat pasu tak naik pula dia.. Sha suka tumis takpun buat masak lemak.. Lama tak makan.. Esok nak carilah.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak tak menjadi ke kak tanam kat pasu? biasa cucuk kat tanah mudah nak hidupnya. takpe, cucuk kat tanah lain pulak. harap ada rezeki akak nanti.

      Delete
  13. xpenah makan.. sayur memilih hahaha..
    yang jenis2 ulam2 ke daun2 ni mmg x makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh..janji boleh makan sayur daripada tak makan lansung :)

      Delete
  14. Wow bestnya Goreng pedasmakn pjla dgn Nasi panas woww

    ReplyDelete
  15. fav sy masak tumis telur..perghh sedapp yo

    ReplyDelete
  16. Macam tak pernah jumpa lagi daun ni. Selalu makan pucuk ulam raja aje. Rasa macam nak kena carilah anak pokoknya. Boleh tanam belakang rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jumpa nanti boleh cucuk je batang tu kat tanah. InshaAllah hidup

      Delete
  17. cantiknya gambar ...
    pucuk manis kak pip tak tahu, sayur manis jak kak pip tahu.
    ekekeke. sama eh sayur ni?

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.