Sayur Pucuk Manis
Agak lama juga mak tak tanam sayur pucuk manis ni. Tiba-tiba balik kampung haritu ternampak banyak pokok pucuk manis ni. Apa lagi, terus petik lah buat sayur untuk makan tengahari. Fiza ni pantang nampak apa yang ada kat rumah tu. Confirm nak petik buat lauk. Ada pucuk ubi, confirm buat ulam. Senang kalau duduk kampung ni, tak putus ulam dan sayur. Pendek kata, memang hidup sihat lah dengan ulam-ulaman bila duduk kampung.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZ0Kgr1Qq1vRvZii7NFoJweBHNQBW2HCdG3lUoLHiF6c7qgoIcRKREDOCn1At9Bv2mPVow_BKLiC-b6hMTtH2PpHqKscLcOKChKDFF42Y_Uue0G-mRI_-59LkW-FCL2TROwknvH9YFFTYM/s1600-rw/sayur-pucuk-manis.jpg)
Kalau kau orang tak pernah tengok pokok sayur pucuk manis ni. Inilah rupa dia. Ada nampak buah-buah rupa macam ni, inilah dia pokok pucuk manis atau mungkin ada nama lain. Tempat kau orang panggil nama apa? Inilah satu-satunya sayur yang Fiza rasa tak pahit dan manis. Sesuai lah untuk kau orang yang tak suka sayur pahit tu.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjlWFXTk5ajVq8Gbx_DnyEG3zPrkn42l1Z4IR3-grr5Tb0p-L_QfpfGZRxlbN8DEiSRoLczriPrTn43AhESKTUxAdqKCb3xQ3DI8xsk_-jy8-28YEDO47eYU-vfFZFEr2RGu8jA0nk_I6lU/s1600-rw/daun-sayur-pucuk-manis.jpg)
Tekstur daun dia agak rangup bila dimakan. Memang sedap dan rasa manis tu buat lagi sedap. Sebab tu lebih sedap digoreng pedas. Barulah terasa makan sayur yang sedap bila ada rasa pedas tu. Dapat makan sayur segar macam ni memang satu nikmat. Lagi-lagi bila sayur ni susah nak jumpa. Kalau ada mungkin boleh jumpa dijual di pasar tani. Pernah jumpa tak sayur pucuk manis ni?
suka jugak sayur pucuk manis. Masak lemak putih.. tapi tak pernah masak pedas mcm mak Fiza masak tu. Betul la Fiza.. duduk kampung semua benda boleh petik dari sekeliling rumah.. fresh sangat ;)
ردحذفsesekali balik kampung dapat makan sayur fresh memang nikmat kak :)
حذفAkak tak leh makan sayur ni sebab angin badan..pernah makan kat rumah kawan..balik tu terus kembung perut
ردحذفaduh..ye ke kak? ni kira kategori satu berangin ye..kalau takleh makan kena pantang nampaknya tu
حذفsuka masak pucuk manis ni buat masak lemak atau tumis air je, sedap sebab ada rasa manis2 gitu... cuma akak paling tak suka kalau tengah petik pucuknya terjumpa ulat huhuhu
ردحذفmasak air pun sedap kan kak..hee setakat ni belum pernah jumpa ulat lagi.
حذفMasak lemak labu sedapnyaaa
ردحذفmasak macam ni pun sedap :)
حذفni ke pucuk mani. baru tahu.
ردحذفye kak.mungkin ada nama lain tapi tak pastilah nama lain tu..hihi
حذفDi tempat saya sepertinya tidak ada Cik... jadi penasaran sama cita rasanya
ردحذفkalau datang Malaysia boleh cuba cari dan rasa ya
حذفdok kg senang cr maknan..xde sayur ptik jer tpi rumah..hihi
ردحذفtahu takpe kak nor. untung sangat kan berbudi pada tanah
حذفkalau kat kmpung senang nak jumpa ni.. ada je jiran2 tanam..
ردحذفpokok ni mudah tanam dan mudah hidup :)
حذفfamily saya selalu buat masak lemak putih pucuk manis nie . sedap makan dengan nasi panas-panas . Tambah sikit ikan pekasam . Ya Allah , sedapnyaaaa .
ردحذفwahh sedap tu makan dengan ikan pekasam..aduhh, terliur suda
حذفsedap.. buat masak lemak dengan ubi keledek manis... kena dgn ikan masin...pergh
ردحذفItulah kan..sedap juga tambah keledek. makan dengan ikan masin pulak tu kan..aduhaiii sedap!
حذفpernah dgr tapi mcm xingat pernah makan ke x..haha..
ردحذفHehe..jarang jumpa ni kadang jarang nak ingat :)
حذفDaunnya buat goreng tepung boleh tak
ردحذفAda yang kata boleh..boleh cuba google wak..lepas tu wak boleh try :)
حذفSedapnya sayur pucuk manis.. Cucuk kat pasu tak naik pula dia.. Sha suka tumis takpun buat masak lemak.. Lama tak makan.. Esok nak carilah.. hehehe..
ردحذفAlamak tak menjadi ke kak tanam kat pasu? biasa cucuk kat tanah mudah nak hidupnya. takpe, cucuk kat tanah lain pulak. harap ada rezeki akak nanti.
حذفxpenah makan.. sayur memilih hahaha..
ردحذفyang jenis2 ulam2 ke daun2 ni mmg x makan..
ohh..janji boleh makan sayur daripada tak makan lansung :)
حذفWow bestnya Goreng pedasmakn pjla dgn Nasi panas woww
ردحذفnikmat kalau dapat makan panas-panas.
حذفfav sy masak tumis telur..perghh sedapp yo
ردحذفtumis telur belum cuba lagi :)
حذفMacam tak pernah jumpa lagi daun ni. Selalu makan pucuk ulam raja aje. Rasa macam nak kena carilah anak pokoknya. Boleh tanam belakang rumah.
ردحذفkalau jumpa nanti boleh cucuk je batang tu kat tanah. InshaAllah hidup
حذفsedapnya !!!
ردحذفsedap dimakan masak apapun.
حذفcantiknya gambar ...
ردحذفpucuk manis kak pip tak tahu, sayur manis jak kak pip tahu.
ekekeke. sama eh sayur ni?
Terima kasih..mungkin sayur manis juga namanya kot.
حذف