Sepinggan Mee Goreng Dan Secawan Teh O Panas
Kalau beli mee mesti beli NuMee gardenia tu sebab lebih sedap tak rasa kapur dan telah dipasteur. Memang tak beli brand lain dah. Masak mee goreng pun tak perlu letak garam dah sebab dah tambah sos cili, sos tiram, kicap pekat dan kicap lemak manis untuk pelengkap rasa. Lagipun memang suka masak kurang garam.
Bahan pun letak apa yang ada je. Udang pun nampak seketul je muncul. Yang lain udang disebalik mee. Oh ya, lagi satu wajib tumis dengan cili padi untuk tambah rasa pedas sebab cili kisar tu guna cili kering yang tak berapa nak pedas. Melayan tekak orang johor dan nismilan ni memang wajib ada rasa pedas tu.
Pagi ni tak mengopi. Kita mengeteh O lah pula. Satu jug Teh O buat guna 2 sudu gula sahaja ye dan seuncang teh boh. Kena kurangkan manis juga dalam minuman tapi kena lebihkan manis dalam senyuman. Cewahhh..Teh O yang tak habis tu hiriskan lemon dan masukkan dalam peti ais. Dah sejuk nanti boleh minum teh o ais lemon pula kan. Bagus tak idea ni?
Awak awak semua breakfast apa pagi ni? Seronok lah dah jumaat, esok dah cuti dah. Esok plan nak balik kampung. Tak sabar! Tapi bab packing tu yang malas tu. Okay short entry je pagi ni. Eh..tak berapa nak short sangat pun. Nak sambung buat design dan ada masa baru sambung blogwaking okay.
Awak awak semua breakfast apa pagi ni? Seronok lah dah jumaat, esok dah cuti dah. Esok plan nak balik kampung. Tak sabar! Tapi bab packing tu yang malas tu. Okay short entry je pagi ni. Eh..tak berapa nak short sangat pun. Nak sambung buat design dan ada masa baru sambung blogwaking okay.
First things akak suka gambar yang Fiza post. Cantik. Boleh akak tanya, fiza guna phone ke atau camera?
ReplyDeleteThen, pagi ni akak breakfast mee kuah dan horlick je. Betul tu... Kena kurangkan manis dan masin. Tak baik untuk kesihatan. Hehe...
Terima kasih kak Fiza. Guna handphone je.
DeleteSedap tu pagi pagi dan menjamu mee kuah. Lama tak minum horlick sejak terjebak dengan kopi.
Akak pun suka kopi teh... Tapi hb low time mengandung. Nak tak nak kena stop dulu minum 😰
Deletememang kena stop tu kak.
DeleteSalam Jumaat..cantik food presentation..suka2..
ReplyDeleteMee goreng homemade, sedap..ikut citarasa sendiri..iced lemon tea, hmm..nikmatnya..
Terima kasih.
DeleteBetul tu mee goreng masak sendiri boleh masak ikut taste kita.
Iced lemon diminum sejuk pasti sedap :)
suka angle akak ambik gamba..nmpk menarik je gamabr..meh la share sikit ilmu hehehe..psssttt lapa la tgk mee..
ReplyDeleteTerima kasih. angle tu kena snap dari pelbagai angle. Then pilihlah mana gambar yang angle dia nampak menarik. Kena try and error juga tu.
DeleteHehe.nanti masak tau!
Salam jumaat...akak sarapan bihun telur mata+ sambal paru akibat kelaparan..last makan semalam pukul 6pm..
ReplyDeleteSedap tu makan bihun ada sambal sekali. Laju sikit nak makan. Ni kena makan nasi ni kak..lapar lama sangat tu..Makan bihun kejap je lapar semula nanti.
Deletenampak sedap
ReplyDeleteAlhamdulillah kena dengan citarasa.
Deletelooks yummy....dah lama xmakan mee goreng....
ReplyDeleteTandanya kena masak tu :p
Deletefizah ni mesti geng aiyan, geng tak makan toge hehehe...
ReplyDeletenampak sedap mee goreng tuh... makan lak pagi2
Taugeh tu favourite Fiza kak. Cuma tak ada stok taugeh je. Tu yang tak ada tu.
DeleteRasa sedap bila dah lama tak masak mee goreng. Makan selalu nanti jemu dan mulalah rasa tak sedap.. hihi
Sejak ada NuMee Gardenia memang suka beli yang itu je.
ReplyDeleteMrs. A suka mee goreng basah hiks!
Pagi ni breakfast pulut kunig rendang ayam dan kuih apam kampung.
Alhamdulillah rezeki Jumaat officemate belanja.
Samalah. Sejak ada NuMee beli tu je. Mee goreng basah pun sodap kak!
DeleteWah lagi sedap tu makan pulut kuning rendang ayam. Lama tak makan. Alhamdulillah rezeki untuk hari ni :)
sedapppp ! saye pun kadang dah jemu bawak bekal nasi mesti buat mee goreng . Benda yang mudah dan cepat untuk masak pagi-pagi . Numee tu tak pernah try , mee baru kan ? Biasa nampak kat pasaraya , packing dia tak segemok mee yang lain . Banyak gak baca feedback orang cakap sedap .
ReplyDeleteBekal kalau hari hari jemu jugak kan. Kena pelbagaikan menu baru tak bosan. Mee menu paling mudah nak siapkan. Nanti boleh cuba masak guna NuMee tu ye.
Deletenampak sedap.. mee kami buat nampak pucat je warna nya...
ReplyDeleteKena tambah kicap pekat dan kicap biasa. Baru warnanya gelap sikit :)
Deletesaya breakfast hari ni sama 'nasi kuning'
ReplyDelete:D
awak tau nasi kuning??
Nasi kuning tu pulut ke?
Deletecantik sangat angle gambar ni. belum makan, dah tengok gambar pun kenyang. hehehehe
ReplyDeleteTerima kasih kak..wahh macam tu senang sangat kenyangnya kak
DeleteSalam jumaat..kite kt trg dh start cuti jumaat..hihi..nice picture n mesti sedap sgt mee tu sis..nmpak menyelerakan gitewww..sy jnis x suke mee kasar tp sejak ade numee gardenia tu tekak boleh mkn sbb krg rasa kapur kan..so healthy n yumee..ari ni husband belanja breakfast kt luar je..mkn bihun sup bergedil ayam..
ReplyDeleteoh ye lah kan.trganu, kedah johor semua cuti awal dah. ye betul numee tak rasa kapur lansung. Best tu breakfast kat luar. boleh cuti masak. Sedap bihun sup bergedil ayam tu
DeleteMie goreng pakai saus tiram? Saya belum pernah coba, tuh. Boleh juga kapan-kapan dicoba.
ReplyDeleteye, tambah sikit sos tiram. Silakan cuba :)
Deletewuii nikmnatnya makan masa ujan
ReplyDeletenikmat makan panas panas lagi kan mamapp
DeleteKita suka mee goreng kaler macam ni. Nampak sedapppp 😊
ReplyDeleteKita suka masak macam ni..pucat pucat tak berapa suka.
Deletepagi tadi makan tosei je. Tak sempat masak. Huhu
ReplyDeletewah bertosei pepagi. sedap tu
Deletei like reading simple and short update mcm ni. terhibur
ReplyDeleteTq Ray
Deleteheee ur welcome
Deletecantik gambar..akak pakai camera apa ya
ReplyDeletecamera phone je Rabia :)
Deletebismillah
ReplyDelete^__^
Deletepaling kagum bila fiza rajin susun props nak ambil gambar...
ReplyDeleteHihi..ikut mood kak..kalau dah lapar tak sempat nak susun props bagai
Deleteaida pun kagum dgn fiza.
Deleteterbaik!
rajin masak.. nmpk simple
ReplyDeletekena rajin. kalau tak, tak makan lah kan :)
Deletesama la kita. guna numee.
ReplyDeletesesuai dgn tekak. yg penting, dijamin halal.
yes, semestinya numee pilihan terbaik untuk muslim
DeleteNumee tu memang best.. Senang nak buat mee kari @ mee goreng.. nak beli pun senang..
ReplyDeletebetul. skang pun dah banyak dijual kan
Delete