Udang Galah Masak Lemak Cili Api
Mak abah sebenarnya bukan makan sangat pun. Mungkin dah biasa makan. Kadang beli untuk simpankan stok anak-anak je. Mak kita kan, of courselah tahu lauk kegemaran anak-anak dia. Setiap kali balik mesti akan ada lauk udang. Tak kisah lah galah atau tak. Mesti akan ada punya. Asal Fiza balik je mesti mak keluarkan udang dalam peti ais. Bila lama tak balik, mulalah mak telefon cakap ada udang nak pancing kita balik kampung lah tu. Faham sangat. Alhamdulillah rezeki.
Sekarang ni bila balik kampung, Fiza akan masak sendiri la. Tak harapkan mak masak dah kecuali lauk yang memang sedap dimasak oleh mak je. Setakat lauk udang galah masak lemak cili api ni mudah je. Takde hal lah nak masak. Lagipun udang sungai masak apa pun sedap. Rasanya manis dan isi dia sedap. Style masak lemak orang johor mudah je lebih kurang orang negeri sembilan. Yang penting wajib pedas. Jom belajar cara masak udang galah masak lemak cili api mudah je.
Bahan-bahan
Udang
1 biji santan kelapa
Air (untuk perah santan)
1 genggam cili api
1 inci kunyit hidup
2 keping asam keping
garam secukup rasa
1 biji santan kelapa
Air (untuk perah santan)
1 genggam cili api
1 inci kunyit hidup
2 keping asam keping
garam secukup rasa
Cara masak
1. Bersihkan udang dulu dan masukkan dalam periuk. Tak perlu letak atas dapur lagi. Sementara tu perah santan secukupnya dan masukkan ke dalam periuk. Pastikan paras santan tu lebih sikit daripada paras udang (undang tenggelam).
2. Untuk blend kunyit dan cili api tu gunakan santan je tak perlu guna air dah. Siap blend terus masukkan dalam periuk yang sama.
3. Letak periuk atas dapur dan masukkan garam dan juga asam keping. Untuk elakkan santan pecah minyak, masak guna api perlahan. Atau kalau rajin boleh kacau kacau perlahan. Biasanya masak guna api perlahan je sebab tak ada masa nak menunggu dan mengacau tu. Biarkan sampai udang masak. Biasa masak udang sekejap je tak biarkan lama sebab kalau lama sangat nanti isi udang tu keras kurang sedap.
Mudah bukan? Boleh juga guna cara ni untuk masak lemak cili api ayam ke ikan sungai ke. Memang inilah cara paling mudah. Satukan semua bahan dan masak atas dapur. Tak payah nak tumis bagai. Bahan pun sikit je kan.
Mudah bukan? Boleh juga guna cara ni untuk masak lemak cili api ayam ke ikan sungai ke. Memang inilah cara paling mudah. Satukan semua bahan dan masak atas dapur. Tak payah nak tumis bagai. Bahan pun sikit je kan.
alamakk terliurnya tengokk
ReplyDeleteSabah lagi banyak udang bha :)
Deletemasak lemak is my most favourite especially when it's my mom's cook.
ReplyDeleteyes, mom's cook is the best of course!
DeleteSedappnyaaa udang galah masak lemak cili api
ReplyDeleteYes, sangat sedap!
DeleteNampak sedap. Nanti boleh try. Tak pernah lagi masak udang stail ni. 😊
ReplyDeleteSilakan cuba kak Fiza :)
DeleteTerliur baca. memang sedap udang galah. Lagi-lagi kalau dari Mak.
ReplyDeleteYe, betul tu Sal :)
DeleteSedapnya ni. Aien kalo blek kampung mentua, kadang2 bawak bekal dari rumh sbb tahu mesti dia nak makan air tangan org lain, tapi kalo masak kat rumah mentua, nanti tak ada org nak makan. Haha
ReplyDeleteOhh macam tu ye. Kita xsempat nak masak dah laju je nak balik kampung. Hihi
Deletewak tgk gmbr udang galak masak lemak ni pon sedapp., ;p
ReplyDeleteudang mana tak sedap wak kan.. hihi
Deletesedapnya fizah nampak gulai udang ni. Qekra dah lama tak makan gulai udang galah, sebab ada sekali makan terus alergik bengkak muka, pastu takut nak makan.
ReplyDeleteohh lupa namanya dipanggil gulai juga kan.. haa kalau alergik jangan di makan kak. kena pantang tu
DeleteUdang masak lemak cili api, kadang-kadang sha tambah rebung sedap jugakkkk ada unsur crunchy. Alahai, sha dah teringin udang jugak.
ReplyDeleteTambah rebung pun sedap juga. senang masak sekali dengan sayur kan. menu 2 in 1
DeleteSedap kali itu udang gala kak 🤤
ReplyDeleteya, memang sedap udang galah ni
DeleteUishhh...meleleh-leleh air liur akak tengok. Akak terbayang bertambah syok kalau masuk belimbing buluh :)
ReplyDeletelap cepat kak..hihi..aha terbayang juga sedapnya kalau letak belimbing buluh ganti asam keping tu
DeleteSedapnya udang.. Masak apa pun bestkan Fizah..
ReplyDeleteOrang tua.. Macam tu lah.. Selalu dok ingat kat anak.. Kalau arwah abah Sha, mesti pancing dengan buah-buahan sebab dia tahu anak dengan cucu suka makan buah.. hehehe..
ye betul. masak apa pun sedap.
Deleteseronok ingat kenangan bersama :)
sedapnya.. lama tak makan udang..
ReplyDeletemudah mudahan ada rezeki merasa nanti. Aaminn
Deletesedapnya laa haiiii kalau tambah belimbing buluh lg syok ni
ReplyDeleteBetul tu. Lagi sedap rasanya :)
Delete