Biskut Gula Icing
Biskut gula icing ni boleh dikatakan rare jugalah zaman sekarang ni sebab susah nak jumpa juga. Masa Fiza kahwin dulu, inilah biskut yang Fiza letak dalam glass jar untuk door gift. Sekarang pun ada orang berikan biskut ni sebagai doorgift. Yang Fiza dapat ni di pack dalam plastik bungkus bentuk kon dan di ikat. Biskut ni sedap tapi tak boleh makan banyak sebab gula icing atas tu terlalu manis pada Fiza. Makan biskut bawah tu je lah.
Dulu kecil-kecil rasanya tak berapa suka makan pun tapi bila teringat nostalgia lama, teringat yang biskut ni dijual dalam tin dan biasanya beli ikut kira timbang macam tu. Zaman sekarang ni kena pergi kedai-kedai runcit lama baru jumpa biskut gula icing ni. Itupun kalau ada dijual lah. Sebut nostalgia lama ni, masih juga ada simpan majalah ujang lama. Siapa pernah baca dulu? Bila baca semula majalah ni terus terimbau kenangan lama dulu kala. Haishhh, rindu pula zaman kanak-kanak dulu.
majalah ujang + biskut gula icing...kenangan mengusik jiwa..
ردحذفbiskut tu gabungan manis & tawar..ada budak suka makan icing nya saja..hihi..
gabungan yang betul manis dan tawar tu. Memang budak budak suka makan icing sebab manis. kadang tinggal biskut je. huhu
حذفBukan masa kecil je , sekarang dah besar-besar nie pun minat lagi biskut nie . Saya panggil biskut aiskri. . Kalau seketul je makan memang tak cukup , mesti ketagih nak makan banyak-banyak .
ردحذفdah besar ni suka makan biskut je..icing tu gigit sikit kalau manis sangat. hihi..
حذفAkak tak makan bahagian atas tu. Mesti buang. Manis sangat. Kat Sarawak mudah jugak nak dapatkan biskut tu.
ردحذفsama lah kak. ohh masih ada ya..okay lah tu, biskut legend masih ada
حذفDari kecil sampai ke besar kami panggil biskut aiskrim. Sekarang ni kalau dengan anak buah pun bgtau nama dia biskut aiskrim hehe.
ردحذفramai juga panggil nama biskut aiskrim ni :)
حذفSaya panggil biskut aiskrim. Kecik-kecik dulu kalau makan mesti mengada-ngada nak pilih kaler pink sahaja. Hehe. Nostalgia ni
ردحذفEh, sama lah..memilih sangat macam kecik dulu..haha
حذفMasing simpan ke majalah Ujang? Hehe suka juga makan biskut butang ni tapi sekarang barang beli.
ردحذفye masih simpan. tapi tu tak lama sangat keluaran edisi khas husband beli.
حذفKue matahari sekarang sih udah langka yang juala ,terkecuali di hari raya masih ada yang menjuanya
ردحذفohh disana panggil kue matahari ya. bagus masih ada dijual. boleh makan selalu :)
حذفnostalgianya biskut nie. masa kecik2 dulu selalu makan icing tu dulu. biskut dia sama ada makan last atau letak balik dlm balang. bila mak nak makan dia pelik kenapa ada biskutnya je. kitorang adik-beradik cover lah kata biskut tu terpisah dan pecah berterabur dalam balang..haha...
ردحذفbetul! dulu suka makan icing tu dulu. Haha, cover baik punya alasan dia. kenangan sangat kan :)
حذفBiskuit ini sudah mulai gampang dicari sejak tahun lalu kak
ردحذفoh ya? disana mudah dicari ya?
حذفsama laa mengundang nostalgia ni
ردحذفsangat mengundang kenangan lama :)
حذفsangat suka biskut ni dulu terutama icing nya. dan masa kecik juga ada sejenis ubat cacing tu pun bentuk dia cam icing ni, seronok je telan ingatkan biskut ni. hahahaa
ردحذفtak pernah tahu ada juga ubat cacing bentuk macam ni..mesti ingat biskut juga..hihi
حذفmmg biskut legend ni..dlu2 kecik2 beli timbang kilo
ردحذفSkang masih juga dijual timbang kilo
حذفthis is my favourite!
ردحذفreally? mesti boleh makan habis ni
حذفhahahaha ray la yg selalu habiskan XD
حذفkenangan!!!
ردحذفnow ada jual jugak ni kat melaka.
jual ikut timbang :)
sekarang macam dah banyak juga dijual kan. kenangan betul. beli memang ikut timbang dari dulu hingga kini.
حذفBiskut rare.. sekarang harga dia dah naik.. Anak2 sha kalau makan biskut nie, dia kumpul gula tu.. Makan biskut je dulu.. lepas tu batu makan gula tu..
ردحذفskang tak pernah beli pulak..ni pun dapat dari doorgift orang kahwin
حذفmanis biskut ni kalau beli kat kedai..fiza..shida xleh mkn ^_^
ردحذف