Cuaca Kembali Cerah

Morning! Eh dah nak tengahari dah pun. Kelambatan lagi nak update blog dok sibukkan hal lain tapi sempat lah bayar hutang blogwalking mana yang mampu. Alhamdulillah cuaca nampak baik dan nampak cerah dua tiga hari kebelakangan ni. Mendung tu mendung juga tapi tidaklah hujan lebat seperti biasa. 

Dengan cuaca yang semakin baik ni syukur sangat sebab kalau hujan berterusan dah tentu akan menyebabkan banjir. Banjir kilat pun satu hal juga. Apapun keadaan kita kena belajar bersyukur selalu. Tengah bercuti bila musim cuaca sedang elok ni seronok lah berjalan sana sini menghabiskan cuti sekolah, cuti hujung tahun dan cuti tahun baru. Banyak pula cutinya kan!


Minggu ni dah start lah parents sibuk buat persiapan dan dah mula minggu orentasi sekolah mana-mana anak yang baru masuk sekolah tu. Kalau dah ada anak ni, tengah sibuk sama buat persiapan. Masanya belum tiba lagi. Rezeki akan datang, mana tahu Allah nak bagi kembar 2, 3 empat ke kan. Sekali meriah hantar anak sekali ramai-ramai. 

Okay short and quick entry je harini. Otak buntu dah ni nak mengarang ayat. Kena stop dulu nak kena simpan otak untuk kerja design yang masih ada untuk disiapkan. Harap ada idealah nak mendesign dan semoga dipermudahkan kerja kerja design. Nak kena siapkan sebelum cuti nak balik kampung. Kita baru nak cuti awak. Cuti balik kampung je pun.

Terima kasih yang sudi singgah sepanjang blog ni kesepian. Lepas ni Fiza akan balas kunjungan kau orang ye. Yang mana rajin singgah dan belum ada header tu, meh tepek url blog dan berikan apa yang nak ditulis kat header.Sekali bagi email okay. Mana yang Fiza rasa Fiza nak buatkan header simple tu Fiza akan buatkan header for free. Simple yang Fiza maksudkan adalah tulisan sahaja. Tapi tak boleh lah nak request nak macam tu macam ni. Kalau nak request itu ini kena buat tempahan berbayar lah. Hihi.

url blog :
Details untuk header :
email :
Date closed : 31 Decmber 2019 11:59pm

Blog yang terpilih tu tak pasti nak pilih berapa. Ikut masa yang Fiza ada untuk buat. Harap yang tak terpilih tu jangan berkecil hati ye. Cakap awal-awal ni. Blog yang takde header diutamakan. Terima kasih. Tapi kalau nak cuba nasib pun aci juga lah. Takde masalah nak letak url blog. 

44 comments:

  1. Hujan dah stop tapi suhu naik tinggi sangat. Hihihi. Manusia, ade je nak komen. Nurul suka blog header simple. Nampak bersih je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, terasa juga bahangnya. Simple more better selari dengan usia gitu :)

      Delete
  2. Bila cuaca panas senang nak jemur kain kan.

    ReplyDelete
  3. Thx Fiza datang BW & sempat tinggalkan komen kat blog akak hehe. Cuaca kebelakangan ni panas behang.. duduk dalam rumah buka kipas & on aircon pn masih terasa bahangnya.

    Alhamdulillah setakat ni keperluan & persiapan KhaNish semua dah ready :)

    Psstt.. mmg dah lama nak tukar header blog akak tu since dah berhijab.. dulu masa upah Fiza buatkan zaman jahiliah akak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama kak. Dah lama tak BW ni ha. Baru ada kesempatan update blog sekali. Ye kak, sama juga sini. on kipas dan air cond sekali.

      Alhamdulillah settle hal persiapan sekolah. meh la pm Fiza nanti ye.

      Delete
  4. masa seminggu akak di kampung johor, cuaca memang cerah panas tak hujan. kalau ada mendung tapi hujan nya beberapa titik je.... balik kl pun rasa panas je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fiza pun lama tak balik Johor. Minggu ni baru plan nak balik. Alhamdulillah cerah, risau juga hujan banjir.

      Delete
  5. Tempat akak dari semalam hujan. Sekarang otw balik ke sarang setelah seminggu di rumah mertua.

    Banyakkan bersabar ye Fiza. One day pasti ada rezeki. Allah x zalim dgn hambaNYA. Dulu pernah kawan akak hampir give up bila org asyik tanya pasal anak. Siapa sangka, dua tahun lepas dia pregnant. Dapat twin pulak tu.

    Akak pun nak letak jugak url. Hehe... Mcm comel je tulisan header fiza... Akak tengok. 😂😂😂

    www.fizacrochet.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat kembali ke rumah kak. Ye kak, bersabar menanti.

      Okay baik kak. Nanti Fiza inform ye jika terpilih

      Delete
  6. Nak jugak header macam fiza punya

    www.uminazrah.com
    Pengedar Shaklee Anda

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah semua nak macam Fiza punya header ni camne ni..hihi

      Nanti fiza inform kalau terpilih ye.

      Delete
  7. kat sini tak menentu.. dah mula musim hujan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat mana tu? Lain tempat lain musimnya. Harap tak hujan berterusan. Risau banjir je

      Delete
  8. musim hujan nie susah nak jangka.. sekelip mata je dari panas boleh mendung dan air turun..
    sekolah pun dah nak mula.. sha pun dah mula sibuk sediakan baju-baju sekolah amani dna imani.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..kadang tak jangka mendung tu tak hujan. dan bila panas pulak tetiba hujan.
      semoga dipermudahkan urusan Kak Sha

      Delete
  9. Cantik gambar tu langit cerah saujana mata memandang.

    Kat Seremban kalau hujan pun tak lebat sangat itupun sekejap aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat area Seremban sini macam tak hujan lagi. Panas je pulak.

      Delete
  10. Kat sini pun dah seminggu panas terik
    abis aje banjir terus tak ujan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berterusan panas susah pula tanaman kurang air. Apapun semoga dipermudahkan segala urusan wak.

      Delete
  11. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Alhamdulillah, di tempat saya juga dah pun cerah. byklah aktiviti luar yang dapat dibuat. dua, tiga hari lagi sekolah dah bukak. memasing sibuk dgn persiapan anak2. Moga semuanya berjalan dgn lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..Aaminn terima kasih atas doanya.
      Seronok tu bila cuaca cerah dapat buat bermacam-macam aktiviti luar. Semoga dipermudahkan segala urusan juga. Aaminn...

      Delete
  12. semoga fiza di murahkan rezeki.. yela tgk parent2 tgh sibuk kan persiapan anak2 sekolhah.. harap2 dapat anak kembar 2 4 terus..hantar ramai2.heheh.aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn..harap ada rezeki lah dapat kembar. Nak merasa moment hantar sekolah ramai ramai sekali. :)

      Delete
  13. kat sini tak menentu, pagi g kertas panas terik, balik keje basuh lenjun ujan

    ReplyDelete
  14. Wahhhh.. Nakkkk

    Url :lieyzanordin.com

    Details : food|lifestyle |travle
    Email : hasliezawani@gmail.com

    Tq kak ❤️

    ReplyDelete
  15. Aaamin... Mana tahu makbul doa Allah bagi, dapat kembar :)
    Sha pun rasa macam nak cuti lagi bulan 1 ni, baru nak bercuti betul-betul sebab orang semua dah naik sekolah hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminnn..dapat kembar tersangatlah seronok. Terima kasih atas doanya. Selamat bercuti sha

      Delete
  16. lagi sehari je mama2 semua leh honeymoon lepas tu dah mulalah tugasan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sesetengah negeri 1 haribulan dah mula sekolah dah :)

      Delete
  17. kalau blog lama ray, mmg ray nak la header baru. hehe but i recently changed mine

    ReplyDelete
  18. ada masa nk minta fiza tukar blog.. hehe cuma idea tu tak dpt lg.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.