Header Ads

Main Sahibba Aktiviti Menarik Cuti Sekolah

Fuhh...semalam pergi IKEA Cheras penuh sesak dengan umat manusia. Nak masuk parking pun full, sudahnya parking dekat MyTOWN lah jawabnya. Itupun syukur dapat parking dekat dengan entrance escalator. Nak masuk parking pun, mesin tiket rosak. Maka staff lah kena hulur sendiri satu persatu pada setiap kereta yang masuk.

Almaklumlah cuti sekolah kan. Pula tu hari ahad, memang penuh sesak. Faham-faham lah sendiri. Lagipun masa cuti sekolah ni lah nak bawa anak-anak satu family jalan-jalan. Sesak tu memang perkara biasa lah. Hari-hari pun sesak juga. Cuma cuti sekolah extra sesak sikit. Bagi yang malas nak bersesak tu, boleh je buat bermacam aktiviti kat rumah dengan anak-anak. 

Matilanak bila huruf vokal terlebih ni

Salah satu contoh, main sahibba. Bukan sekadar main suka-suka tapi boleh meningkatkan daya fikir anak-anak. Seronok pula haritu balik kampung main sahibba versi kanak-kanak dengan anak-anak buah. Versi kanak-kanak ni board dia kecil dan huruf pun tak banyaklah. Kalau orang dewasa main memang cepatlah habis satu pusingan game tu.

If you are looking for baby gifts, be sure to check out Lovingly Signed

Paling untung kalau dapat banyak huruf vokal A sebab huruf A ni markah dia lebih banyak. Kalau buat perkataan panjang sekalipun kalau tak ada huruf A memang tak menang. Jenuh Fiza buat perkataan panjang². Sudahnya tak jadi juara juga. Huh! Dah lama tak main sahibba ni sebenarnya. Mencabar minda sungguh kalau dapat huruf yang susah nak dibuat perkataan atau sambung daripada huruf yang ada atas board tu. 


Permainan sahibba ni aktiviti santai sambil berfikir yang menyeronokkan. Sesekali lupakan gadget tu, main sahibba pun seronok juga. Boleh repeat nak main lagi selagi tak pegang title juara. Haa Fiza lah tu. Sampai 3 kali menang baru puas hati. Haha, tak pasal anak buah kena melayan mak buah pula. Okaylah tu, at least tak leka menghadap gadget je kan. boleh juga belajar perkataan baru. Bila seronok main sahibba, terasa macam nak beli sahibba pula. Hei, pengaruh sangat tau!

هناك 49 تعليقًا:

  1. Bestnyaaa anak-anak buah reti main games nie .
    Nowadays budak-budak mana reti main games macam nie dah .

    ردحذف
    الردود
    1. Anak buah dah form 1. Okay lagi lah. kalau below standard 6 tu selalu kena buli lah. Hihi..kena ajar baru pandai macam tu :)

      حذف
  2. dulu ada season tu gila main Words kat phone, mcm shahiba gak cuma dia online, celen dgn kwn2 tapi aku mmg fail lah selalu nya
    best anak2 buah masih suka main game manual camni

    ردحذف
    الردود
    1. ohh ada ke? macam menarik juga main online..memang jenuh nak fikir kan. tapi itulah lagi seronok main ramai-ramai manual macam ni.

      حذف
  3. Masa sekolah suka main sahibba. Sampai penuh board. Memang addicted sungguh!

    ردحذف
    الردود
    1. sekali main memang rasa nak main lagi..lagi seronok kalau board besar dan banyak huruf kan

      حذف
  4. Game vocab begini bagus untuk kecerdasan otak.

    ردحذف
  5. intinya harus mengumpulkan banyak huruf vokal ya, A,I,U,E,O biar puas dalam merangkai kata2 betul kah ? hahahaha, saya juga belum faham mainan ini sepertinya.

    ردحذف
    الردود
    1. huruf vokal A paling banyak markahnya. Kalau ada huruf vokal A banyak dan pandai buat perkataan banyak A sangat untung. Cara permainannnya boleh dibaca pada kotak board yang disediakan :)

      حذف
  6. menarik sangat sebab untuk kanak-kanak lebih santai untuk anak-anak

    ردحذف
    الردود
    1. sangat menarik dan bagus juga kalau anak anak ada minat untuk main. Boleh generate otak mereka untuk buat perkataan.

      حذف
  7. Rasanya dah berbelas tahun tak sentuh sahiba ni.. nak main pun tak ada geng.. hehe

    ردحذف
    الردود
    1. ye kak..lama sungguh tak jumpa sahibba ni. sekali anak anak buah ada board, terus ajak main

      حذف
  8. ingat lagi dulu lepas sekolah je mesti p rumah kawan utk study sesama, padahal sahibba je lebih hahahaha.

    best sahibba nih, boleh asah skill mengeja apa semua tu.

    ردحذف
    الردود
    1. main sahibba ni boleh terleka sat kan. seronok main berlawan siapa lagi hebat buat perkataan

      حذف
  9. Suka jugaak main sahibba ni dulu, sekarang dah jarang hah main sahibba.

    ردحذف
  10. best main sahibba! rindu plak nk main ngn kwn2..

    ردحذف
  11. dah lama rasanya tak main permainan ni tau...anak-anak jaman now masih reti ka nak main permainan ni...

    ردحذف
    الردود
    1. anak anak jaman now ada je yang pandai main sahibba. itupun kalau mak pak depa belikan sahibba atau pernah main dengan kawan kawan ke.

      حذف
  12. selain boardgame Saidina, yang ni pun saya suka jugak. Selalu main zaman sekolah dulu lepas habis exam

    ردحذف
  13. lama tak mainnn. dulu selalu main dengan sepupu dekat rumah nenek heheh

    ردحذف
    الردود
    1. Mainan macam ni dah lama dilupakan. sesekali main balik teringat nostalgia lama kan. Boleh cuba beli dan main semula :)

      حذف
  14. main scrabble ala melayu ya ini. agak beda kebutuhan jumlah hurufnya kalau dibanding yang versi english

    ردحذف
    الردود
    1. ye, betul tu. Scrabble malay version dan berbeza keperluan hurufnya

      حذف
  15. Lama dah tak main SAHIBBA nie... Bukan apa, bila main dengan anakanda nie, cepat benor dia give up...

    ردحذف
    الردود
    1. Hehe..budak budak memang cepat giveup. Lagi lagi kalau tak dapat buat perkataan tu

      حذف
  16. omg lama sgt x main sahibba. last main ni masa secondary school i think.
    wow wow wow how time flies.

    ردحذف
  17. minat main ni.
    ari tu beli set saidina baru. ptg td main dgn anak2.
    sahibba ni pun akan beli, fiza.
    tingkatkan kosa kata. kamus kena ada kat sebelah la ni ekk :)
    permainan keluarga yg best.

    ردحذف
    الردود
    1. betul tu kak. tingkatkan kosa kata dan aktiviti yang menarik untuk family :)

      حذف
    2. last sunday, main scrabble kat umah kakak, fiza.
      kebetulan ada scrabble.
      aduhai. perah otak main dgn anak2 buah :)
      sampai keluar la dictionaries.
      kelakar...

      حذف
  18. best main sahibba bole menguji minda..kecik2 ada la main

    ردحذف
  19. Lama betul tak main Sahibba nie.. bagus untuk asah minda anak2..

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.