Merah Mak Ngah Pokok Bunga Kastuba @Poinsettia
Biasanya Fiza akan pergi ke Seremban Landscape & Nursery lah sebab nursery tu besar dan banyak pilihan. Bila sampai sini mesti akan rambang mata punya. Itu lawa ini lawa. Kalau boleh semua nak! Tujuan ke nursery nak beli pokok bayam brazil sebenarnya. Pokok tak ada, benih pun habis. Kecewa sungguh! Kena beli online juga nampaknya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi07n4kZq-pyMscSTX_Joutis9QWVoJGKlFHmF_LwONFu2YQmmwx1wpO8TIgkgislnt1IB6tYIv77pP1IFHMqgkCYFDK30EEHk76Cv7_z6_ztjXPp2YvhsWHDN2m1u6OpP5gYqANEBBQAXh/s1600-rw/merah-mak-ngah-pokok-bunga-kastuba-poinsettia.jpg)
Alang-alang dah ada kat nursery tu, jalan-jalan cuci mata tengok segala pokok bunga yang cantik-cantik. Tertarik sungguh dengan pokok bunga kastuba @Poinsettia ni. Atau nama lainnya adalah Euphorbia pulcherrima. Pertama kali rasanya nampak pokok bunga kastuba ni. Itupun menggoogle juga sebab nak tahu namanya. Dari jauh dah nampak warna merah menyala. Dipadankan pula dengan pasu warna putih. Memang merah mak ngah sangat.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSsrWBZGeS-XG5wAws47_je9728AcZQVPWpS3ixcJhrKDKPohnECTMp9Nvlxok3i6SNCjrwri6g8Lo3X5dPO7l_EsA0Q_JBpr0KZquoI_VVD_gOFQkm9OXOwRWucfYCmbm0pyJIbdybIOz/s1600-rw/pokok-bunga-kastuba-poinsettia-bunga-merah-menyala.jpg)
Tesktur bunga ni macam baldu dan nampak macam bunga palsu tapi bunga dia adalah real dan jenis keras sikit. Tapi nak menjaganya pun macam leceh je sebab pokok bunga kastuba ni jenis pokok bunga yang agak manja katanya. Bunga cantik dan harganya pun cantik juga. Sepasu bunga kastuba ni RM28. Padanlah harga dengan bunga yang cantik tu. Fiza tak beli tapi macam bercita-cita tinggi nak beli nanti. Nanti lah, kalau terasa nak beli. Risau beli nanti mati pula tak pandai jaga.
Bunga kastuba ni orang panggil bunga natal, mungkin sebab warnanya merah menyala macam tema xmas. Tak tahu lah ceritanya. Sesuai kot buat indoor plant, sebab pokok ni tak boleh terdedah kepada matahari terus. Kena letak kat bawah tempat redup macam tu. Tapi ada baca juga yang pokok ni juga beracun. Racun yang dimaksudkan adalah getah daun. Kalau termakan tu boleh menyebabkan muntah dan cirit birit.
Jika manusia normal, memang tak lah nak makan kan. Apa hal pula nak makan daun pokok bunga. Tapi mungkin akan memberikan kesan pada haiwan belaan kalau termakan lah. Yang tu kena juga ambil kira kan. Apapun pokok bunga kastuba ni sumpah lawa!
mmg menyerlah dgn pasu putih...cantikk..
ردحذفTerserlah sangat kan :)
حذفcabtiknyee... nmpk mcm bunga tipu tp betul huhu
ردحذفKalau dekat pun nampak macam bunga tipu kecuali daun. Tengok dekat lagi cantik :)
حذفcantiknya
ردحذفsangat cantik in real :)
حذفCantik! Pernah tengok bunga ni tapi tak pernah tahu namanya.
ردحذفmemang cantik. Samalah kita.. kadang macam tu juga. tak tahu namanya
حذفakak pun mula-mula ingat pokok palsu tadi, setiap kali nak krismas mesti nampak pokok bunga ini...
ردحذفwalaupun cantik tapi kalau nk jaga susah memang akak tak minat
tak pernah nampak lak orang deco untuk xmas tapi ada terbaca juga lah pokok ni untuk perhiasan xmas. nanti nak perati kot ada. hihi..samalah kak, itu yang tak beli tu..nanti bazir lak kan.
حذفklu kg. mmg cmtu kan..xde mse nk hadap blog sbb fokus bsama family je..cantik la bunga tu first time tgok..xde nmpk jual kt nursery kt area sy ni..klu ade bleh jgk ltk kt rumah ni..
ردحذفbetul tu. lebih banyak masa dengan family. memang lupa handphone sekejap. bunganya memang cantik. harap jumpa nanti bunga ni
حذفMerah berkilau...subhanallah pak ngah pun merah mcm ni
ردحذفberjangkit dengan pak ngah sekali ke?
حذفcantiknyaaaa! merah menyala..
ردحذفmahal jugak kalo nk beli..
tp tu la.. kalo sy mmg xkn beli sbb xpndai jaga..
kang mati pokok.. syg plak.. hihi
Harga dia memang boleh tahan. itu yang tak beli tu ezy :)
حذفcantiknya, merah
ردحذفsangat cantik merahnya kak :)
حذفtertarik betul dengan warna pokok ni. So cantik, naik seri rumah heheheh :p
ردحذفtertarik juga tengok. itu yang snap :p
حذفcantik betul bunga tu. tp susah tak nak beli. mcm cikla, time dok kat kedai tu elok jek bunga tu subur. bawak balik ko hihih
ردحذفtahu takpe! dok kedai memang cantik je kehidupan dia. sampai kita beli bawa balik rumah, kejap je hidupnya kan. tu yang sebelum beli kena tahu dulu penjagaan dia macamana.
حذفnak bela* typo plak
ردحذفYa Allah, menggoda gitu.. Teringinnya nak bercucuk tanam gini. Tapi, takut tak menjadi. 😂
ردحذفyang ni tak payah bercucuk tanam. beli je tinggal jaga elok :)
حذفi selalu cakap ini pokok christmas. hehehe.. macam bunga plastic je kan.
ردحذفsinonim dengan xmas sebab dipanggil juga pokok Natal..memang nampak macam plastik sangat :)
حذفNama poinsettia macam biasa dengar. Rupanya bunga merah menyala cantik ni. Kalau letak tepi sliding door mesti cantik sangat
ردحذفkalau dah cantik letak mana-mana pun cantik berseri :)
حذفbila dec, ingat posseita ni sebab dia antara main bunga tuk xmas deco dimana2
ردحذفtak pernah tengok yg hidup lagi. aku suka sgt bunga tapi tangan jenis tangan mayas, susah nak idupkan bunga2
nanti cuba belek decoration xmas. mana tahu mereka gunakan yang real. Kena tahu cara cucuk tanam yang betul, mana tahu menjadi :)
حذفCantik
ردحذفdua kale daun dia
oh ye, merah tu daun juga kan.
حذفCantik kali warna bunganya itu kak berkilau
ردحذفye, memang cantik menyerlah
حذفGabungan warna yang cantik. Dari jauh lagi dah terselah. Sekali tengok macam bunga palsu. Kan?
ردحذفbetul. pasu tu juga memainkan peranan juga untuk serlahkan keserian bunga
حذفbunganya cantik, nak beli lah bunga ini, tapi kalau harganya mahal, jadi pikir ulang nak beli.
ردحذفbab harga tu memang kena fikir banyak kali :)
حذفwow , terpikat terus . Saya die hard dengan warna merah , so kalau bunga tahi ayam warna merah pun saya akan suka . Senang cerita apa-apa yang warna merah saya akan suka .
ردحذفBayam brazil tu 2 bulan lepas mak saya beli kat pasar tani , ada akar yang sikit-sikit tu terus dai tanam belakang rumah . Alhamdulillah sekarang dah makin membiak dan hidup bayam brazil belakang rumah tu .
wah..peminat merah makngah ni. kena beli tau! bayam brazil tu memang mudah tanam dan hidup katanya. itu yang nak mencari juga
حذفcantik daunyaaa.. tp kadang2 kalau leceh takut cepat mati. dh biasa hadapi
ردحذفyang leceh tu memang elakkan membeli. takut membazir
حذفMemang lawa! Akak pun pernah fikir nak beli dulu2, tapi takut x dpt jaga dgn baik, sayang kalau mati...
ردحذفagak sayang kalau mati. itu yang macam biarlah dulu. ada masa dan cuaca okay, barulah membeli
حذفcantik bunganya
ردحذفsangat cantik in real :)
حذفSemalam bawak dodot jalan sempena kena gigit hamster.. hahahaa terpaksa la mak dengan pabak dia cuti. Kami jalan di MId Valley.. memang banyak hiasan pokok ni dalam tu.. terfikir, apa nama dia.. tup tup hari ni terbaca sini.. menjiwa sungguh..
ردحذفhehe..kebetulan sungguh kan.
حذفSungguh fiza. Masuk nursery mesti rambang mata. Semua nampak cantik kan. Ayah dgn suami yg rajin ke nursery.
ردحذفbetul tu kak ana. kita tak pergi selalu. ada tujuan je baru pergi. bahaya pergi selalu..macam-macam nanti nak dibeli
حذفMEnarik sangat bunga kastuba tu ya sempurna macam bunga plastik pulak kejadiannya.
ردحذفkann..nampak terlalu sempurna :)
حذفcantik, tapi kalau ada anak kecil bahaya juga. kot tak sedar, depa gi retus makan. hehe
ردحذفItulah kan. kena letak luar rumah lah jawabnya. itupun kalau depa tak main kat luar.
حذفBila Fiza cakap lawa, dan dan hakak tengok pun lawa hahhaha.... selalu mcm tu kan, sindrom nak mengikut orang hihi...
ردحذفTapi kalau payah nak jaganya , leceh gak tu
hihi..kena tahan godaan dan jangan cepat terpengaruh. hihi.. agak leceh kalau pokok manja sangat
حذفakak pun nak kata yg sama jugak.. sumpah lawa! :)
ردحذفhihi..kalau akak pun dah cakap lawa. memang lawa lah dia kan :)
حذفcomel betul pokoknya
ردحذفsetuju!
حذفcantiknya sampai nampak cam bunga palsu
ردحذفbetul, macam tak nampak real kan.
حذفokay i just want to say this. ray suke your watermark. nak mcm tu jugak. it's so cool.
ردحذفTerima kasih. Boleh tempah kat kita :p
حذفcool. can you email me the details maybe?
حذفtak tahu apa email ray
حذفboleh terus isi form contact dalam blog ni ye.
oh ray ade letak dlm profile. but itsokay. i'll go to your contact form.
حذفLawanya warna merah dia.. Warna kesukaan Sha nie..
ردحذفkan..warna dia sangat menawan kalbu. Nanti beli Kak Sha :)
حذفcantiknya..warna merah lagi :)
ردحذفamboi merah elok bunga dia fiza..csntik lawan dgn pasu putih..
ردحذف