Musim Hujan Dan Banjir

Musim hujan guys. Dimana-mana pun sejuk sekarang ni. Air paip pun sejuk lain macam betul sejuk dia. Bila mandi, ketap gigi menahan kesejukan air bak air terjun tu haa. Ada water heater pun tak boleh diharapkan. Dah lama rosak, entah bila nak tukar baru tak tahu lah. Sejak water heater rosak dah memang jarang mandi air panas, lagi -lagi sejak musim panas terlampau sebelum ni. Macam tahu-tahu je bila masa nak rosak tu.

Seperti biasa, bila hujung tahun ni mulalah musim tengkujuh. Hujan lebat setiap hari dan bila hujan turun tanpa henti, mulalah banjir. Tengok kat facebook pun dah ramai yang share gambar-gambar banjir di Pahang dan Johor. Risau betul lah kalau banjir kat Segamat tu. Air sungai pun naik hampir ke jambatan. Bahagian kaji cuaca pun ada keluarkan notis yang hujan sampai 31 Disember ni. Lagilah bertambah risau.


View hujan dari tingkap dapur, risau tengok hujan setiap hari

Harap-harap tak berlaku banjir besar dan tak berlaku sebarang kejadian yang tak di ingini. Musim hujan ni, kena lebih berjaga-jaga dimana berada dan bawa kenderaan pun kena lebih berhati-hati terutamanya yang naik motor. Lagi satu, musim cuti sekolah jangan dibiarkan anak-anak mandi di kawasan yang dinaiki air. Memang lah seronok main air tapi kena tegah sebelum jadi apa-apa. Kena beringat Selalu.

Cuti sekolah pun ada banyak majlis kahwin kan. Yang mana majlis tak dibuat di dewan tu kena bersabar lebih kalau majlis musim hujan ni. Hujan atau banjir itu semua dugaan dan majlis perlu juga diteruskan ikut mana yang boleh dibuat. Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga semuanya selamat dan baik baik je. Semoga Allah lindungi kita semua. Aminnn...

Apa yang bestnya musim hujan ni adalah cuaca sejuk. Bila cuaca sejuk, boleh jimatkan penggunaan air cond. Nak buka air cond pun rasa macam "Eh, tak payah lah". Belum buka air cond pun dah sejuk kemahen tau! Ni kalau duduk dalam selimut tebal pun masih sejuk. Siap berstokin bagai lagi. Yang tak bestnya, perut asyik minta makanan je. Asal hujan je lapar, asal lapar je hujan. 

36 comments:

  1. harap tahun ni x banjir besar macam 2014 yang lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap begitulah..risau betul kalau banjir besar kat mana mana

      Delete
  2. Tempat akak pun dari malam tadi hujan. Subuh² lagi dah lapar. Haha...

    Tu la, hujan² gine kena extra berjaga-jaga... Lagi² anak² yang suka main air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangun tidur terus rasa lapar je kan. hihi..normal tu. Yang suka main air hujan pun takut demam juga

      Delete
  3. memang sejuk sangat, lagi lah bila pagi-pagi nk mandi tu huih nangis, akak hujung minggu memang mandi lewat kecuali time nak keluar sarapan tu nak tak nak kene mandi awal jugak la hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita nak mandi tu memang mengigil nak mandi..mandi lewat pun terasa sejuk lagi air paip tu. huhu

      Delete
  4. SEMALAM AKAK SEHARIAN DUK RUMAH X KELUAR KEMANA, BERBUNGKUS SEMUA KAT RUMAH SEBAB SEJUK LAIN MACAM..X PASANG KIPAS DAN X PASANG EKON PUN...ALAAA...HURUF BESARPLAK...KIRA ACI LA KAN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aci je kak..hihi..memang berbungkus tanpa bukak kipas dan air cond pun sejuk na..rasa nak lelap je lah

      Delete
  5. Musim hujan dh bermula semula...kne sentiasa pantau info sokmo dn brsedia barg2 berkaitan kalau air naik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Memang perlu pantau. Air naik ni cepat je tanpa kita sedar

      Delete
  6. mama suka musim macam ni sejukk.. tapi kesian kawasan yg naik banjir tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah kan..banjir kilat pun bahaya juga apatah lagi yang kena banjir besar tu

      Delete
  7. mmg sejukkkkk tkyh pi overseas main snow hehe..kt umh pn tkde water heater mmg dh biasa mandi air sejuk tp skarang sejuk lain mcm hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim sejuk malaysia kalau ada snow memang syoklah boleh main snow..nak main hujan pun takut demam.

      Delete
  8. Saya suka musim hujan, sejuk je kalau keluar, pokok-pokok pun tak gaduh siram. Tapi kalau hari-hari hujan pun, bila kain tak kering mula la serabut kepala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka gak hujan sebab sejuk. tapi itulah kalau jadi banjir memang risau dibuatnya. baju tak kering tu satu hal juga

      Delete
  9. Sabtu dan Ahad di Seremban hujan dari pagi sampai ke malam, dari malam sampai ke pagi. Takpelah kita doa sama-sama semoga hujan itu hujan yang bermanafat. Pergi jugaklah wedding berpayung-payungan gitteww...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang hujan berpanjangan je cuma hari ni seremban cerah sikit. petang je dah mula mendung dan hujan. harap begitulah, hujan rahmat.

      Delete
  10. betul la tu..air kat pahang nI naik dah..kami pon da restock makanan da..dengan hujan hari hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah mudahan air surutlah hendaknya..risau dengar berita tu

      Delete
  11. Semoga kita diberi sebaik baik pelindungan dimusim tengkujuh kali ini.

    ReplyDelete
  12. kesian kan tenguk rumah/tanaman/ternakan mangsa2 banjir tu
    harap2 semuanya selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye wak. kesian tengok rumah, kebun tenggelam..ternakan pun kena dipindahkan. harap semuanya selamatlah..aaminn

      Delete
  13. Saya dah start keje jauh nie , memang tiap hari bangun mandi pukol 6 . MashaAllah ketor habis mandi time2 tu .

    Berderet wedding kat kampung saya. Sabtu baru nie jiran tepi rumah saya kawen , memang agak kucar lana jugak la sebab majlis dalam hujan lebat . Nak photoshoot pun tunggu hujan berhenti dulu , dapat la kejap bergambar .

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertabahlah mandi air sejuk. tapi air sejuk lagi bagus boleh segarkan badan kan.

      itulah kan. nak buat macamana bila musim hujan ni. majlis tetap diteruskan juga.

      Delete
  14. Wah semoga hujannya membawa berkah ya.. Dan semoga tak banjir, aamiin

    ReplyDelete
  15. Assalamaualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Di Kuantan pun kerap hujan. maklumlah dah masuk musim tengkujuh. sebut bah 2014, terbayang-bayang di depan mata, sebab terlibat dalam misi kebajikan. insya-Allah, akan turun ke johor untuk misi kebajikan mangsa banjir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..mudah mudahan Allah lindungi kita semua. Aaminn..

      Delete
  16. walaupun utara tak banjir tp still kena berjaga2.

    ReplyDelete
  17. Gelombang kedua monsun dah mula. Semoga dipermudahkan urusan semua yg terlibat.

    ReplyDelete
  18. melaka back to panas oredi, fiza.
    ari tu, 4-5 hari terus-menerus hujan.
    sejuk ala-ala cameron highlands!

    ReplyDelete
  19. Hujan 1 % air. 99% adalah kenangan katanya :)

    ReplyDelete
  20. musim hujan pnjg ni kena berhati2..tp yg positifnya, pokok daun segar membugar kan..hehee

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.