Resepi Kerabu Mangga Lemak Manis Masak Cara Fiza
Kerabu mangga pun ada berbagai versi. Ada yang letak udang kering, ada yang letak sos ikan dan bermacam lagilah. Fiza gunakan bahan-bahan yang ada je kat dapur tu. Cuma tambah ikan bilis garing sikit je lah. Nak letak boleh tak nak letak pun boleh.
Bahan-Bahan
(Hidangan untuk seorang)
1/2 biji mangga lemak manis (diracik halus)*
1/2 biji bawang merah rose (dihiris nipis)*
1/2 biji bawang merah rose (dihiris nipis)*
4 tangkai cili api (dipotong kecil)*
secubit garam*
1 sudu camca gula perang*
7 ekor ikan bilis digoreng garing
5 biji kacang tanah (beli yang sedia untuk dimakan-ditumbuk kasar)
1 sudu camca gula perang*
7 ekor ikan bilis digoreng garing
5 biji kacang tanah (beli yang sedia untuk dimakan-ditumbuk kasar)
Cara-Cara
Masukkan ke semua bahan-bahan yang bertanda * ke dalam satu bekas dan gaul rata. Taburkan ikan bilis dan akhir sekali taburkan kacang tanah. Siap! Mudah bukan? Bila guna mangga lemak manis ni rasa dia tak masam dan lagi sedap berlemak tu ditambah dengan kerangupan mangga tu. Guna mangga epal pun sedap sebab rangup.
Makan begitu je tanpa nasi pun sedap juga. Lengkap ada rasa masam manis dan pedas macam tu. Tambah sedap bila ada kerangupan ikan bilis goreng dan kacang tanah tumbuk kasar. sedap! Selamat mencuba.
Terus terliur tengok mangga haihhh... Nasib baik sekarang musim mangga. Akak paling suka kerabu mangga letak bilis... Simple tapi sedap.
ReplyDeleteMudah je nak buat. Lepas ni boleh buat Kak Fiza. tambah ikan bilis rangup lagi sedap kan :)
Deletesedapnye kerabu magga..
ReplyDeletekecur airliur..
mkn ngn ns panas2.. sedap!
Memang sedap. Sila balik terus buat tau! Hihi
DeleteSuka kerabu mangga kat kedai tomyam.
ReplyDeleteTerima kasih kongsi resipi.
kerabu mangga kedai tomyam memang takleh lawan sedap dia. hihi
Deletesedapnya kerabu mangga. masam-masam macam tu. resepi mak letak ikan rebus. lepas ni nak try cuba resepi ni guna ikan bilis dan kacang pulak..yummyy!
ReplyDeletebaru tahu boleh letak ikan rebus juga..macam sedap juga tu.
DeleteSelamat mencuba resepi ni :)
sedapppnyaaa
ReplyDeletekerabu mangga sedap guna mangga yang sesuai :)
Deletewuish~ lama dah xmakan kerabu mangga ni
ReplyDeleteboleh cuba buat ni Aien. Mudah je :)
DeleteDapnyaaa..cheq pun suka makan kerabu mempelam macam nih 😆👍🏻
ReplyDelete#5870 🎈
kerabu mangga antara kerabu tersedap.
Deletethanks follow :)
bundaku suka buat yang kayak gini. pasti segar ya rasanya
ReplyDeleteye, membuatnya juga mudah.
Deletebetul tu, ada macam-macam gaya kerabu mangga ikut pada kesukaan kan... kadang ada yang suka masukkan dalam sambal belacan
ReplyDeletemasuk dalam sambal belacan tu tak pernah cuba lagi. tapi macam tak mengikut citarasa tekak sendiri pulak =_='
DeleteAntara menu wajib masa bulan puasa sebab dpt buka selera. Lg2 kalau makan dengan nasi ayam..sedapnya.
ReplyDeletewow! menu wajib..hari hari mengkerabu lah camni. memang sedap dan pembuka selera.
DeleteSedap tu... Wife teman, suka benor makan kerabu mangga nie... thanks for sharing recipe tu...
ReplyDeletebolehlah buatkan untuk wife nanti :)
DeleteWah, gambar makanannya menggoda sekali. Jadi ingin mencoba.
ReplyDeleteSilakan mencuba :)
Deletelama sgt x makan kerabu mangga. i love having it with my friends. it taste better with them.
ReplyDeleteboleh cuba buat dan makan bersama kawan-kawan :)
Deletegood idea
Deletewahhh.. sedapnya boleh la try ni. terliur dibuatnya
ReplyDeleteSila sila. Moga menepati citarasa :)
Deletefav ni..lama xbuat
ReplyDeletemacam kena buat lepas ni :p
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKlau tak letak gula perang boleh tak ? Atau kena ganti dengan bahan lain . Sebab kat rumah nie jarang beli gula perang , sebab tak byk masakan nak guna gula perang .
ReplyDeleteBoleh je :)
DeleteKerabu mangga nie pada Sha, yang buat dia sedap tu kena ada kacang dan ikan bilis.. Tu yang buat kerabu mangga sedap di ratah..
ReplyDeletebetul. bertambah rangup bila makan. memang sedap diratah makan begitu je
Deletewah sedapnya pandai fiza buat kerabu
ReplyDeleteAlhamdulillah..ikut resepi mudah mudah dan olahkan cara sendiri
DeleteMemang sedap kerabu mangga ni. Makan gitu je pun dah sedap sangat.
ReplyDeleteBetul betul. Buat ratah pun sedap!
Deletesedap! lama xmkn fiza..selalu kalau pi kdai siam mesti minta hat ni..
ReplyDeleteHat sana punya lagi sedap kan Shida.
Delete