Resepi Kerabu Mangga Lemak Manis Masak Cara Fiza
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7hhAt00VfEYuaZ-cx2ht5sukh_oTrNkH33SlrvIjzi8gtOWuvwsVtKI5C1Azwe4MoU7j7W5y84qB0hInMVDYzZSgBY1R9v4a2h3o21Ym77owRAkr9P-L2KTAofbMDiGE1O5kO84Ydhndu/s1600-rw/resepi-kerabu-mangga-mudah-dan-sedap.jpg)
Kerabu mangga pun ada berbagai versi. Ada yang letak udang kering, ada yang letak sos ikan dan bermacam lagilah. Fiza gunakan bahan-bahan yang ada je kat dapur tu. Cuma tambah ikan bilis garing sikit je lah. Nak letak boleh tak nak letak pun boleh.
Bahan-Bahan
(Hidangan untuk seorang)
1/2 biji mangga lemak manis (diracik halus)*
1/2 biji bawang merah rose (dihiris nipis)*
1/2 biji bawang merah rose (dihiris nipis)*
4 tangkai cili api (dipotong kecil)*
secubit garam*
1 sudu camca gula perang*
7 ekor ikan bilis digoreng garing
5 biji kacang tanah (beli yang sedia untuk dimakan-ditumbuk kasar)
1 sudu camca gula perang*
7 ekor ikan bilis digoreng garing
5 biji kacang tanah (beli yang sedia untuk dimakan-ditumbuk kasar)
Cara-Cara
Masukkan ke semua bahan-bahan yang bertanda * ke dalam satu bekas dan gaul rata. Taburkan ikan bilis dan akhir sekali taburkan kacang tanah. Siap! Mudah bukan? Bila guna mangga lemak manis ni rasa dia tak masam dan lagi sedap berlemak tu ditambah dengan kerangupan mangga tu. Guna mangga epal pun sedap sebab rangup.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQzPOZ0GLXO7L9ZHWMfC6R8AbHHZ2oKZCRZz1USUYuT09f0pYEg1F2yNoo530IU7Ui1jMQQMUtHSv_Ysf4AqEht5CmhByFpzPRcJoBOIQzPBBYfBJzfA2FYajRXLfPar59aeaI_nTyxdw5/s1600-rw/resepi-kerabu-mangga-mudah-dan-sedap-azhafizah.jpg)
Makan begitu je tanpa nasi pun sedap juga. Lengkap ada rasa masam manis dan pedas macam tu. Tambah sedap bila ada kerangupan ikan bilis goreng dan kacang tanah tumbuk kasar. sedap! Selamat mencuba.
Terus terliur tengok mangga haihhh... Nasib baik sekarang musim mangga. Akak paling suka kerabu mangga letak bilis... Simple tapi sedap.
ردحذفMudah je nak buat. Lepas ni boleh buat Kak Fiza. tambah ikan bilis rangup lagi sedap kan :)
حذفsedapnye kerabu magga..
ردحذفkecur airliur..
mkn ngn ns panas2.. sedap!
Memang sedap. Sila balik terus buat tau! Hihi
حذفSuka kerabu mangga kat kedai tomyam.
ردحذفTerima kasih kongsi resipi.
kerabu mangga kedai tomyam memang takleh lawan sedap dia. hihi
حذفsedapnya kerabu mangga. masam-masam macam tu. resepi mak letak ikan rebus. lepas ni nak try cuba resepi ni guna ikan bilis dan kacang pulak..yummyy!
ردحذفbaru tahu boleh letak ikan rebus juga..macam sedap juga tu.
حذفSelamat mencuba resepi ni :)
sedapppnyaaa
ردحذفkerabu mangga sedap guna mangga yang sesuai :)
حذفwuish~ lama dah xmakan kerabu mangga ni
ردحذفboleh cuba buat ni Aien. Mudah je :)
حذفDapnyaaa..cheq pun suka makan kerabu mempelam macam nih 😆👍🏻
ردحذف#5870 🎈
kerabu mangga antara kerabu tersedap.
حذفthanks follow :)
bundaku suka buat yang kayak gini. pasti segar ya rasanya
ردحذفye, membuatnya juga mudah.
حذفbetul tu, ada macam-macam gaya kerabu mangga ikut pada kesukaan kan... kadang ada yang suka masukkan dalam sambal belacan
ردحذفmasuk dalam sambal belacan tu tak pernah cuba lagi. tapi macam tak mengikut citarasa tekak sendiri pulak =_='
حذفAntara menu wajib masa bulan puasa sebab dpt buka selera. Lg2 kalau makan dengan nasi ayam..sedapnya.
ردحذفwow! menu wajib..hari hari mengkerabu lah camni. memang sedap dan pembuka selera.
حذفSedap tu... Wife teman, suka benor makan kerabu mangga nie... thanks for sharing recipe tu...
ردحذفbolehlah buatkan untuk wife nanti :)
حذفWah, gambar makanannya menggoda sekali. Jadi ingin mencoba.
ردحذفSilakan mencuba :)
حذفlama sgt x makan kerabu mangga. i love having it with my friends. it taste better with them.
ردحذفboleh cuba buat dan makan bersama kawan-kawan :)
حذفgood idea
حذفwahhh.. sedapnya boleh la try ni. terliur dibuatnya
ردحذفSila sila. Moga menepati citarasa :)
حذفfav ni..lama xbuat
ردحذفmacam kena buat lepas ni :p
حذفأزال المؤلف هذا التعليق.
ردحذفKlau tak letak gula perang boleh tak ? Atau kena ganti dengan bahan lain . Sebab kat rumah nie jarang beli gula perang , sebab tak byk masakan nak guna gula perang .
ردحذفBoleh je :)
حذفKerabu mangga nie pada Sha, yang buat dia sedap tu kena ada kacang dan ikan bilis.. Tu yang buat kerabu mangga sedap di ratah..
ردحذفbetul. bertambah rangup bila makan. memang sedap diratah makan begitu je
حذفwah sedapnya pandai fiza buat kerabu
ردحذفAlhamdulillah..ikut resepi mudah mudah dan olahkan cara sendiri
حذفMemang sedap kerabu mangga ni. Makan gitu je pun dah sedap sangat.
ردحذفBetul betul. Buat ratah pun sedap!
حذفsedap! lama xmkn fiza..selalu kalau pi kdai siam mesti minta hat ni..
ردحذفHat sana punya lagi sedap kan Shida.
حذف