Susu Bagus Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Gambar semalam tapi baru harini sempat update hari ni. Apa ada hal kan. Minum susu tak? Fiza ni peminat susu Nombor 1! Tapi susu lembu je lah. Susu kambing lansung tak boleh nak lalu kat tekak ni ha. Ada sesetengah orang lansung tak lalu nak minum susu. Ada juga yang boleh minum susu tapi perlu dicampurkan dengan makanan lain contohnya seperti cereal. Kau orang kategori yang mana satu?

Sebenarnya susu ni sangat bagus kalau diamalkan setiap hari. Seperti bayi, perlukan susu setiap hari bagi membekalkan nutrisi penting untuk tumbesaran yang lebih sihat. Orang dewasa juga memerlukan khasiat susu untuk kuatkan tulang. Tapi jika terlebih pengambilan susu akan memudaratkan hati. Suka macamana pun memang tak boleh over limit.


KANDUNGAN NUTRISI DALAM SUSU

  • Kalsium
  • Vitamin D
  • Mengandungi ketiga-tiga mikronutrisi  iaitu karbohidrat, protein dan lemak.
  • Vitamin A, B,C D,E dan K.
  • Potassium
  • Fosfat
  • Folate
  • Zat besi

KHASIAT SUSU

  • Membantu mengawal tekanan darah
  • Mencantikkan rambut dan kulit.
  • Membantu imunisasi badan.
  • Membantu proses penghadaman.
  • Membantu tumbesaran yang sihat.
  • Baik untuk pembinaan dan ketahanan tulang dan gigi.

Bagus kan amalkan minum susu setiap hari. Bila ada bajet lebih sikit okaylah beli stok susu pek kecil 6 kotak tu. Sehari satu kotak. Suka beli jenama goodday sebab susu dia lebih sedap, pelbagai perisa susu dan harga juga lebih murah. Kadang beli yang susu kurma, green tea atau honey. Itu antara perisa yang Fiza akan beli. Eh, yang Farm Fresh pun sedap giler kot susu kurma dia. Sebotol tu sekejap boleh habis. Tapi itulah, harga boleh tahan juga kan.


Dalam bidang kecantikan pun banyak juga produk yang berasaskan susu. Di spa pun ada menyediakan perkhidmatan mandi susu untuk memutihkan dan menyihatkan kulit. Untunglah dapat bermandi susu. Macam best je untuk dicuba jika ada peluang, why not! Tapi itulah, rasa sayang pula nak mandi susu. Setakat gunakan produk berasaskan susu tu pernah juga lah. Kau orang pernah mandi susu?

Sumber : bharian 

26 comments:

  1. Yup! Akak pun suka jugak beli susu jenama goodday. Sedap...

    ReplyDelete
  2. Minuman kesihatan yang tak boleh diabaikan

    ReplyDelete
  3. Saya dulu tak suka susu sangat, tapi sejak usaha nak naikkan berat badan ni dah kerap minum so dah jadi suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus dah mula suka minum susu. Sila teruskan amalan minum susu..semoga dapat tambah berat badan yang ideal.

      Delete
  4. susu putih yg fresh jrg sgt minum kalo yg ada perisa ok mcm susu coklat, strawbery...susu farm fresh yg kurma mmg fav

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh ni kategori tak boleh minum susu fresh. susu berperisa memang lagi sedap especially ada kurma tu.

      Delete
  5. Susu mmg banyak kebaikan .. rindu nak minum susu kambing.. susahnya nak cari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. peminat susu kambing ye. Susu kambing memang susah nak cari. Kena menggoole lah nak beli

      Delete
  6. Indeed , susu memang banyak kebaikan . Saya suka susu kambing yang dah siap packing2 tu . Kalau fresh saya tak boleh telan jugak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh peminat susu kambing ni. Fiza lansung takleh telan susu kambing. huhu

      Delete
  7. aku juga suka susu. belum pernah deh minum yang rasa kurma

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba campurkan kurma dalam susu segar dan blend.

      Delete
  8. pakar kata susu terbaik adalah susu ibu.. kannns

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul. untuk anak anak sesuai lah..orang dewasa minum susu lembu lah :)

      Delete
  9. Kalau susu kotak nie memang Sha suka.. Kalau yang tepung tu, tak lalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tepung tu kurang sedap sikit kan. yang fresh juga sedap!

      Delete
  10. akak minum susu farm fresh je..susu lain x lalu some more akak ada gastrik x bagus minum susu kan..haha...kurma is a yes dalam menu diet harian akak...cantik gambar2 ni pandai Fiza edit..sekali pandang nampak macam Fiza guna DSLR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farm fresh tu memang sedap giler kan. cuma nak minum selalu kekurangan bajet. kurma tu memang sentiasa ada stok..letak dalam susu fresh blend buat sendiri pun sedap. Terima kasih kak..masih belajar lagi bab gambar ni.

      Delete
  11. susu mmg bagus tapi kalau mama minum susu badan macam di pam2 huhu

    ReplyDelete
  12. Tak pernah mandi susu setakat ni. Kalau survey harga di spa pun boleh tahan harganya.

    ReplyDelete
  13. i love vanilla milk. ray selalu minum before bedtime

    ReplyDelete
  14. kalu aida x silap la, goodday ni dari dulu kala, kan.
    terasa mcm lama dah brand ni.
    anak2 aida memang suka full cream dutch lady, fiza.
    kekadang time shopping, sure aida beli yg 6 kotak tu sekaligus.
    sama2 amalkan.
    tapi tak kerap la, 2-3 minggu sekali. manis kan.

    ReplyDelete
  15. Sedap juga Good day..tp farm fresh kurma sedap lg rasanya..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.