Crispy Crab
Kalau singgah mesti beli nanas dan kerepek-kerepek nak bawa balik. Terpandang pulak crispy crab yang nampak macam sedap. Sebelum ni pernah nampak ada orang buat sendiri cuma diri sendiri nak buat tu belum cukup rajin lagi. Bila dah nampak depan mata tu, terus beli lah. Nak tunggu apa lagi kan?
Crispy crab ni dijual dalam balang besar dan harga RM20. Berbaloi lah kot harga dengan kuantiti yang dijual tu. Fillet ketam tu pun dah sedap apatah lagi bila dijadikan kerepek. Memang sedap! Tambah pulak digoreng dengan daun kari. Cuma kurang rasa kari, lagi sedap kalau selepas goreng tu ditabur dengan flavour spicy ataupun kari. Mesti lagi sedap.
Nak tambah segala flavour tu kenalah buat sendiri kan. Tunggu mood rajin tu entah bila nak buat sebab bila dah sibuk dan penat, kerajinan tu mulalah senyap senyap menghilang. Mujur tak hilang terus. Nak buat crispy crab ni pun hanya perlu koyak-koyakkan fillet ketam campurkan dengan serbuk cukup rasa, serbuk kari, white pepper.
Kemudian goreng dalam minyak yang panas sampai garing dengan daun kari. Dah siap, angkat dan toskan. Siap dah boleh dimakan. Cuma itulah, kalau nak buat sendiri ni kena rajin. Kalau tak, beli je lebih senang. Tak gitu?
ini memang sedap nk kunyah-kunyah cuma tulah nk senang beli je, nk buat tu kene rajin sikit... pastu kejap je hilang nya bila dah kunyah tu heheheh
ReplyDeletekan kak. sedap tu memang sedap. Nak membuatnya belum rajin lagi. Beli je lah bila dah ada depan mata :)
DeleteYa Allah saya baru pertama kali dengan crispy crab ni. Baca tajuk ingat ketam goreng rangup rupanya kerepek ketam.
ReplyDeleteHihi..ini crispy crab kerepek :)
Deleteingtkn menu ketam camne td yg crispy..rupanya goreng fillet ketam ...
ReplyDeleteHihi..silap faham. Tak tahu lah apa nama yang betul untuk kerepek ni :)
Deleteehemmm, tengok pun terliurr ni, mesti cuba!
ReplyDeleteSedap. Boleh cuba buat kalau nak rasa :)
Deletepetang makan sambil tgk tv ni sebungkus habis.rangup..
ReplyDeleteSekali hadap sekali habis. Sedap nau :)
Deletesedap ni..cik nor dah cuba buat..xckup..hihi
ReplyDeleteTerbaik Kak Nor dah buat. Sekali buat satu pek tu memang tak cukup kan. Sebalang beli tak tahulah dia guna berapa pek. Inipun cepat habis
Deletenak buat nampak senang, tapi tulah kerajinan tu yang takde. haha
ReplyDeleteYang senang nak buat tu kalau malas dia jadi susah dah. Hihi
Deletewaalaikumussalam. oh baca tajuk ingatkan ketam rangup tu ketam digoreng ke apa. hehehee
ReplyDeletealamak, macam ramai silap faham pulak =__='
Deleteingatkan kerepek perisa ketam...rupanya filet ketam goreng..sedap ni..
ReplyDeleteye, fillet ketam goreng rangup. Memang sedap :)
Deleteni kalo makan gerenti xleh benti ni..
ReplyDeleteberhantu ni.. haha
sekali hadap habis ni Ezy oii
Deletesis, so tak payah guna tepung ye nak goreng fillet ketam tu?
ReplyDeleteAda yang tabur sikit tepung jagung untuk lagi rangup. Ada yang goreng tanpa letak tepung juga. Boleh cuba google resepi yang lain.
Deletepertama kali tengok menu macam nie terimkasih dah share awesome
ReplyDeleteBoleh juga dicuba kalau ingin rasa :)
Deletebuat sendiri lebih mudah dan puas hati. hehehe... tapi berhantu cepat habis
ReplyDeletebelum rajin nak buat sendiri lagi Nina. Ini beli je. Memang cepat habis pun :)
DeleteCrispy crab tengok gambar tu menarik dan sedap.
ReplyDeleteDah macam-macam crispy ada sekarang ni heheee...
itulah kan. Bermacam jenis ada. Latest yang salmon tu
Deleteini serious sedap. i love it!
ReplyDeletememang sedap Ray :)
Deleteyummy...pernah cuba buat sekali, tapi org lain xbrp gemar, jdnya...beli lg mudah sebab sorg je nak makan...hehehe....
ReplyDeletekalau macam tu memang lebih senang membeli je.
DeleteYa Allah Fizah... menyesal betul lah baca memalam ni!
ReplyDeleteya ampun..lenkali datang sensiang tau :)
Deletesedap ni. kalau makan banyak pun mmg tak jemu. sekali hadap boleh habis.
ReplyDeleteye, betul. Sedap susah nak stop makan.
Deletemacam2 jenis kerepek boleh didapati di Ayer Hitam ni.
ReplyDeleteitulah wak..tapi kurang beli kerepek.Ini je saja beli nak rasa. Biasa beli buah buah je kalau singgah Ayer Hitam.
DeleteOmg sedapnyaa! Lama dah tak makan ni T_T
ReplyDeleteKena menggoreng sendiri nampaknya Nani kalau lama tak makan.
Deletewaduh sedapnya pos shah alam sikit naa
ReplyDeleteHihi..belum sempat pos dah habis dah kak
Deletetak, sebenarnya nak cakap...gambar tu nak jadi label kat kerepek ke ape? apesal cantik sangat ha??? hahahahha
ReplyDeleteHihi..boleh suggest gambar ni kat penjual kepek tu. kot boleh jual okaylah. Terima kasih kak.
Deletecantiknyaaaaaaa gambar !!! kite mmg xleh laa nk smpai tahap cemni
ReplyDeletegambar2 kite ssemua syok sndiri hehe..
Terima kasih awak. Boleh buat camni. Tapi kena sabarlah kena banyak kali snap dan edit :)
Deletegmbr pon kreatip n chantek.. :p
ReplyDeleteTerima kasih wak
Deletedpt mkn ni tak boleh berhenti
ReplyDeleteMemang pun Nina. Sedar² dah habis. hihi
DeleteMakan jajan waktu hujan pun best.
ReplyDelete