Crispy Crab
Kalau singgah mesti beli nanas dan kerepek-kerepek nak bawa balik. Terpandang pulak crispy crab yang nampak macam sedap. Sebelum ni pernah nampak ada orang buat sendiri cuma diri sendiri nak buat tu belum cukup rajin lagi. Bila dah nampak depan mata tu, terus beli lah. Nak tunggu apa lagi kan?
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2i7B8OpR458wfonRRfpo_mqYa5KIc4q9zm7Vo06b03eQ3WQue34inza7oq0a8xZqiMfPEwNjCB8Reoqff4oAEliuX-ZehGJQv-NppELQxqlCOV7kl6Ncr3KZpGd0OrJzzv9CLsTsrjmCa/s1600-rw/crispy+crab.jpg)
Crispy crab ni dijual dalam balang besar dan harga RM20. Berbaloi lah kot harga dengan kuantiti yang dijual tu. Fillet ketam tu pun dah sedap apatah lagi bila dijadikan kerepek. Memang sedap! Tambah pulak digoreng dengan daun kari. Cuma kurang rasa kari, lagi sedap kalau selepas goreng tu ditabur dengan flavour spicy ataupun kari. Mesti lagi sedap.
Nak tambah segala flavour tu kenalah buat sendiri kan. Tunggu mood rajin tu entah bila nak buat sebab bila dah sibuk dan penat, kerajinan tu mulalah senyap senyap menghilang. Mujur tak hilang terus. Nak buat crispy crab ni pun hanya perlu koyak-koyakkan fillet ketam campurkan dengan serbuk cukup rasa, serbuk kari, white pepper.
Kemudian goreng dalam minyak yang panas sampai garing dengan daun kari. Dah siap, angkat dan toskan. Siap dah boleh dimakan. Cuma itulah, kalau nak buat sendiri ni kena rajin. Kalau tak, beli je lebih senang. Tak gitu?
ini memang sedap nk kunyah-kunyah cuma tulah nk senang beli je, nk buat tu kene rajin sikit... pastu kejap je hilang nya bila dah kunyah tu heheheh
ردحذفkan kak. sedap tu memang sedap. Nak membuatnya belum rajin lagi. Beli je lah bila dah ada depan mata :)
حذفYa Allah saya baru pertama kali dengan crispy crab ni. Baca tajuk ingat ketam goreng rangup rupanya kerepek ketam.
ردحذفHihi..ini crispy crab kerepek :)
حذفingtkn menu ketam camne td yg crispy..rupanya goreng fillet ketam ...
ردحذفHihi..silap faham. Tak tahu lah apa nama yang betul untuk kerepek ni :)
حذفehemmm, tengok pun terliurr ni, mesti cuba!
ردحذفSedap. Boleh cuba buat kalau nak rasa :)
حذفpetang makan sambil tgk tv ni sebungkus habis.rangup..
ردحذفSekali hadap sekali habis. Sedap nau :)
حذفsedap ni..cik nor dah cuba buat..xckup..hihi
ردحذفTerbaik Kak Nor dah buat. Sekali buat satu pek tu memang tak cukup kan. Sebalang beli tak tahulah dia guna berapa pek. Inipun cepat habis
حذفnak buat nampak senang, tapi tulah kerajinan tu yang takde. haha
ردحذفYang senang nak buat tu kalau malas dia jadi susah dah. Hihi
حذفwaalaikumussalam. oh baca tajuk ingatkan ketam rangup tu ketam digoreng ke apa. hehehee
ردحذفalamak, macam ramai silap faham pulak =__='
حذفingatkan kerepek perisa ketam...rupanya filet ketam goreng..sedap ni..
ردحذفye, fillet ketam goreng rangup. Memang sedap :)
حذفni kalo makan gerenti xleh benti ni..
ردحذفberhantu ni.. haha
sekali hadap habis ni Ezy oii
حذفsis, so tak payah guna tepung ye nak goreng fillet ketam tu?
ردحذفAda yang tabur sikit tepung jagung untuk lagi rangup. Ada yang goreng tanpa letak tepung juga. Boleh cuba google resepi yang lain.
حذفpertama kali tengok menu macam nie terimkasih dah share awesome
ردحذفBoleh juga dicuba kalau ingin rasa :)
حذفbuat sendiri lebih mudah dan puas hati. hehehe... tapi berhantu cepat habis
ردحذفbelum rajin nak buat sendiri lagi Nina. Ini beli je. Memang cepat habis pun :)
حذفCrispy crab tengok gambar tu menarik dan sedap.
ردحذفDah macam-macam crispy ada sekarang ni heheee...
itulah kan. Bermacam jenis ada. Latest yang salmon tu
حذفini serious sedap. i love it!
ردحذفmemang sedap Ray :)
حذفyummy...pernah cuba buat sekali, tapi org lain xbrp gemar, jdnya...beli lg mudah sebab sorg je nak makan...hehehe....
ردحذفkalau macam tu memang lebih senang membeli je.
حذفYa Allah Fizah... menyesal betul lah baca memalam ni!
ردحذفya ampun..lenkali datang sensiang tau :)
حذفsedap ni. kalau makan banyak pun mmg tak jemu. sekali hadap boleh habis.
ردحذفye, betul. Sedap susah nak stop makan.
حذفmacam2 jenis kerepek boleh didapati di Ayer Hitam ni.
ردحذفitulah wak..tapi kurang beli kerepek.Ini je saja beli nak rasa. Biasa beli buah buah je kalau singgah Ayer Hitam.
حذفOmg sedapnyaa! Lama dah tak makan ni T_T
ردحذفKena menggoreng sendiri nampaknya Nani kalau lama tak makan.
حذفwaduh sedapnya pos shah alam sikit naa
ردحذفHihi..belum sempat pos dah habis dah kak
حذفtak, sebenarnya nak cakap...gambar tu nak jadi label kat kerepek ke ape? apesal cantik sangat ha??? hahahahha
ردحذفHihi..boleh suggest gambar ni kat penjual kepek tu. kot boleh jual okaylah. Terima kasih kak.
حذفcantiknyaaaaaaa gambar !!! kite mmg xleh laa nk smpai tahap cemni
ردحذفgambar2 kite ssemua syok sndiri hehe..
Terima kasih awak. Boleh buat camni. Tapi kena sabarlah kena banyak kali snap dan edit :)
حذفgmbr pon kreatip n chantek.. :p
ردحذفTerima kasih wak
حذفdpt mkn ni tak boleh berhenti
ردحذفMemang pun Nina. Sedar² dah habis. hihi
حذفMakan jajan waktu hujan pun best.
ردحذف