Fakta Atau Auta Tentang Mandarin Orange
Kau orang suka makan buah Mandarin Orange/Limau Mandarin tak? Kalau dapat yang manis tu, makan satu pun tak cukup. Tapi sejak terbaca beberapa fakta tentang limau mandarin ni yang kurang elok, terus kurang makan. Yang pernah Fiza alami adalah sakit tekak dan sakit perut. Bukan nak cakap limau tu tak elok dimakan lansung. Jangan silap faham ye. Sebenarnya ada cara makan limau mandarin yang betul dan selamat dimakan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1KszHkWAosB-nW5RU2KJOjZVYBgRu1DOk3tCgy2po_EaLEa8chsdEU3e0QP4o33sqCsGDAhILmJH4jWWRToSQVlZkwScFn3HR_i02Pbqk-LEhecHcqL7U9TTxF17W8wSWfyB64UfTBbzV/s1600-rw/Limau+Mandarin.jpg)
CARA MAKAN LIMAU MANDARIN DENGAN BETUL
Cara paling mudah, lepas kupas kulit tu kena basuh tangan sebelum pegang isi limau dan makan. Jangan sesekali tangan yang kupas limau tu pegang isi limau dan masuk dalam mulut sebab kulit limau mandarin ni masih lagi ada kesan racun/bahan kimia untuk elak dirosakkan serangga bagi membolehkan limau lebih tahan lama dan manis. Atau nak lagi selamat, rendam dulu limau tu dengan air garam untuk buang kesan racun pada kulit limau.
Ohh, patutlah selama ni makan sakit perut cirit birit dan makan sikit pun dah sakit tekak. Begitu kisahnya. Ada juga sesetengah buah limau mandarin yang di import tidak menjaga kualiti limau sebabnya haritu ada beli sekotak limau mandarin. Dalam sekotak tu, 8 biji je elok. Yang lain berkulat. Entah bila punya packaging pun tak tahu. Terus tak beli dah dan bila benda tu terjadi, rasa hilang rasa nak makan limau mandarin dah.
Ada juga dengar cerita orang kat Cina basuh limau lepas petik tu dia campak kat sungai je dan kutip semula buah-buah tu kat hujung sungai. Kira macam kaedah membasuh limau. Haa, jangan memain bukan calang-calang dia basuh limau tu. Entah betul ke tidak tak tahu lah cerita tu. Jangan kau orang percaya dan terima bulat-bulat. Mungkin juga hanya cerita dongengan atau buat-buat cerita je. Itu sebabnya kena basuh betul-betul baru selamat untuk dimakan. Itu yang nak ditekankan sebenarnya.
KHASIAT LIMAU MANDARIN
Sedia maklum kita tahu yang limau memang kaya dengan vitamin C untuk kesihatan dan kecantikan. Mujarab juga sebagai ubat sembelit. Makan buah limau atau buah-buah yang tertentu dapat membantu proses penghadaman lebih baik. Dua hari dah Fiza makan limau, makan berak makan berak je ni. Ini tak tahu salah cara makan atau memang betul betul hadam sampai tak bagi peluang menternak lemak. Kempislah perut camni. Hahaha, jangan claim pulak makan limau kempiskan perut ye.
JENIS LIMAU MANDARIN
Limau mandarin pun ada pelbagai jenis dan nama. Ponkan, mikan, lokam antara jenis yang popular. Nak tahu lebih lanjut, sila google okay. Dan nak tahu jenis limau mahal dan murah tu, boleh bezakan melalui bungkusan limau. Yang dibungkus dengan plastik transparent tu lebih mahal daripada yang dibungkus dengan plastik merah. Itu apa yang Fiza baca lah. Kalau ada yang silap, sila betulkan diruangan komen. Dalam gambar tu, company husband bagi. Manis dan sedap. Patutlah masuk kategori mahal sikit.
Moralnya disini, makan limau tu biar berpada-pada dan jangan over limit. Makan sikit-sikit je sudah dan kebersihan diutamakan untuk kesihatan terjamin. Lagi-lagi sekarang cuaca tak menentu dan bermacam-macam penyakit ada disebabkan pemakanan. Influenza A pun masih belum reda lagi. Itu lagi bahaya sebab boleh dijangkiti melalui penafasan dan sentuhan. Kalau demam, selsema dalam tempoh yang lama kena cepat-cepat jumpa doktor. Orang kata, mencegah lebih baik daripada merawat.
great knowledge
ردحذفUntuk perkongsian bersama :)
حذفwaalaikumussalam. tahun ni memang belum makan lagi limau mandarin ni :D
ردحذفtakpe kalau tak makan. ada rezeki merasa nanti tu kak :)
حذفKena basah tangan rupanya lepas kopek.
ردحذفTerima kasih bagi maklumat.
macam biasa cuci tangan sebelum makan :)
حذفakak aritu lepas kopek tak de lak basuh tangan terus ngap, janji baca bismillah... buat masa ni takde masalah lagi... walaupun akak hantu limau mandarin...
ردحذفharapnya di jauhkan dari segala penyakit apa pun lah lepas makan limau ni...
Mungkin ada sesetengah orang antibodi lemah sikit dan mudah dapat penyakit. Mungkinlah..Syukur akak makan okay je. Moga kita dijauhkan dari segala penyakit. Aamin
حذفdulu mama selalu demam musim raya cina sebab tu tak berani nak makan limau ni huhu
ردحذفAduhaii. ye ke mamapp? memang tak boleh makan limau ni. Kena pantang tau!
حذفjeruk mandarin, limau mandarin belum pernah lagi aku makan
ردحذفSilakan cuba, mesti suka :)
حذفtu lah, pernah gak baca kes viral pasal limau mandarin ni dulu...dengan kes boikotnye lagi..hahaha
ردحذفnasib baik la ri tu, orang bagi..kita ambil je lerr...bukan beli pun..tapi kita tak berapa gemar makan limau ni...bagi kat orang je sudahnya...
Kita pun orang bagi je cuma abah je lah haritu teringin nak makan. Beli jugalah sekotak. Lepas tu dapat orang bagi, so far dapatlah yang manis dan terima lah sakit tekak sikit.
حذفpadan lah ritu husband Ummi bawak balik buah limau sekolah.malam2 makan esok mesti lawas. hehehehe. saalah cara makan dah ni
ردحذفLawas tu bagus. Yang tak bagus kalau dapat sakit tekak =_='
حذفMak mentua Aien sampai trauma makan limau bila CNY sebab pernah CB dulu. Haha
ردحذفMaknanya memang tak boleh makan limau dah tu. Kena pantang ye :)
حذفtq ..first time baca tips ni..rendam garam..
ردحذفsama²..kita pun share mana yang pernah kita dengar/tahu :)
حذفThanks for sharing Fiza..
ردحذفsama² :)
حذفBru td mkn limau ni..x pnh beli tp.ade org bg so ismi mkn je la..lps mkn ni dh 3 kali membuang..ceri beri dibuatnya.tp bgus juga..rse ringan badan lps membuang..tq tips nya..sptutnya kena rendam dgn air garam dlu tp kt ofis xde garam so bantai je mkn..tu psl la ceri beri ari ni..huhu
ردحذفokay juga tu membuang tapi kalau dah berkali-kali tu jenuh juga nak ke toilet kan.
حذفBetul setuju sangat. Nak makan boleh tp jangan terlalu banyak.
ردحذفRay kurang sikit makan limau tp kalau yg manis ray suke hehe.
Kalau dapat yang manis tu, sebiji mesti tak cukup :p
حذفbetul. and setiap kali dpt limau ray akan rendam dalam air garam dulu lepastu basuh. kemudian baru makan.
حذفhali hali makan limau maaa..
ردحذفhali hali bocor perut nanti wak. Hihi
حذفFirst time baca tips macam ni. Nanti boleh cuba.
ردحذفjemput singgah ke blog saya https://najihahzahid38.blogspot.com/2020/01/how-to-be-closer-with-allah.html
Silakan cuba dan moga berhasil :)
حذفinfo yang baru, btw cantik blog sis. Amik gambar limau pun lawa, i loike
ردحذفTerima kasih Amar :)
حذفralit mkn..yg masam, yg manis, dua2 suka..
ردحذفseimbang manis dan masam tu kan :)
حذفTerima kasih ilmu baharu ni kuranglah sikit ketakutan Mrs. A kepada limau mandarin ni hahahaa...
ردحذفSebelum ni tahun lepas la kot Mrs. A memang makan je limau mandarin tapi alhamdulillah tiada sebarang masalah kesihatan. Tapi tulah bila tengok video yang depa buang dalam sungai beribu-ribu limau mandarin tu (ini yang lepas tu depa kutip kat hujung sungai kot) terus macam seriau nak makan. Setakat hari ini belum ada makan lagi.
makan boleh kak. basuh dulu lah baru rasa yakin sikit nak makan :)
حذفMisa dah gemuk sekarang ni XD but yups.... memang betul makan buah limau oren or semua spesis dengannya.. memang membantu dalam proses penghadaman...
ردحذفkalau nak diet, memang patut makan buah limau setiap pagi sebelum sarapan... ^^
betul, limau ni sangat membantu dalam proses penghadaman dan pelawasan ni. Sebab tu banyak produk diet berasaskan limau, lemon dan spesis dengannya :)
حذفHai kakakk, lama tak bersua...
ردحذفHai, kesibukan :)
حذفSuka makan limau Mandarin , lagi2 kalau dapat yg manis.
ردحذفNikmat kalau dapat yang manis tu.
حذفx tau laa ia ada kaitan ke tak. limau ni akn dibaling oleh gadis bujang ke dalam sungai dgn harapan dipertemukan jodoh
ردحذفOhh yang ni kisah lain pulak ye. entahlah kan, ada kaitan atau tak.
حذفp/s mohon respon segera ya
ردحذفhttp://aniesandyou.blogspot.com/2020/01/terima-kasih-penghargaan-untuk-suku.html
Maaf lambat repons. Done komen disana. Terima kasih banyak² Anies
حذفsukaaa limau mandarin ni tp sejak viral macam2 cerita pasal limau ni mak x kasi beli da. huurm.. rasanya da dekat 3 tahun x beli especially yg during cny. kalo tingin beli yang sunkist je. tap mandarin ni la yang sedapppp..
ردحذفitulah pasal, cerita² tu buat kita kurang rasa nak membeli. Bila teringin tu memang nak yang mandarin camni je la.
حذفsuka mkn yg manis je hehe...ni kt opis pn byk juga dpt vendor bagi tp kalo sakit tekak mmg tk mkn limau sbb lg perit tekak
ردحذفkalau makan satu dah sakit, kena stop. kalau tak takut lagi teruk jadinya kan.
حذفbaharulah saya tahu makan buah limau dengan betul..
ردحذفbiasa main redah saahaja
Boleh amalkan untuk langkah berjaga-jaga :)
حذفAda jugak orang kata petua dia buang dulu serat tu kalau tak nak batuk. Aih macam-macam
ردحذفyang ni belum pernah dengar lagi. Boleh gunapakai juga ni. Mungkin ada betulnya juga kan. Wallahu a'lam
حذفSama²..kalau dapat tu bolehlah amalkan cara makan yang betul :)
ردحذفmama makan sebiji je tahun ni fiza
ردحذفokaylah tu mamapp. Janji dapat rasa dan takde kesan buruk
حذفalamak.. mkn buah ni xbasuh dulu pun. adoi lah
ردحذفnext time makan kena basuh dulu tau Nina
حذفLimau mandarin paling best yang masam. Memang auto perit mata.
ردحذف