Happy Twenty Twenty

Happy Twenty Twenty sekalian. Okay dah boleh mula menulis date 1 January 2020. Tak boleh dah tulis 1.1.20 ye. Kena tulis 1.1.2020. Kalau tulis belakang tu 20 je boleh ditambah angka nanti. So hati-hati menulis tarikh tu mulai hari ni untuk tahun ni je. Apa azam tahun baru? Bosanlah soalan cliche tu. Balik balik azam nak kurus yang tak mengurus tu. By the way, ada nampak kereta terbang? Pasal kereta terbang pun dah boleh move on juga. Bawa kereta atas jalan raya pun tak berhemah, inikan nak bawa kereta terbang. Lambatttt lagi!

Well, happy twenty twenty! Tepat jam 12 hanya kedengaran beberapa je das tembakan bunyi bunga api. Lepas tu senyap sepi. Agaknya kurang meriah kot kat sini. Duduk rumah memang tak merasa lah kemeriahan bunga api. Kalau sambut tahun baru kat luar pergi dataran mana-mana yang ada event countings tahun baru tu barulah suasana meriah kot. Meriah atau tidak, masih sama.



CUTI BULAN JANUARY 2020

Eh, hari pertama dah tengok cuti kan. Banyak juga ye cuti bulan January ni. Boleh merancang cuti awal ni. Ke dah siap-siap merancang dari tahun lepas? Kau orang memang hebatlah dalam bab bab cuti ni. January ni ada majlis besar dalam family, anak buah nak kahwin dalam salah satu tarikh cuti ni. 

1 Jan- Tahun Baru Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan- Hari Keputeraan YDPB N. Sembilan N. Sembilan
25 Jan- Tahun Baru Cina Semua Negeri
26 Jan- Tahun Baru Cina Hari Kedua Semua Negeri
27 Jan- Cuti Tahun Baru Cina Semua Negeri kecuali Johor & Kedah

Rasanya January ni pun dah mula sale sempena Tahun Baru Cina. Haiyaa, makin menyusut duit awal tahun ni. Yang mana nak siapkan persekolahan anak-anak lagi, persiapan raya lagi kan. Tapi takpa, rezeki bonus kan ada. Tahun ni ada lagi ke BSH tu? Ke dah tak nampak batang hidung dah. Tak ada kecoh kecoh khabar berita pun. Menantikan yang baik baik je lah untuk 2020 yang lebih mencabar ni.

22 comments:

  1. Semoga ceria dan sejahtera untuk Fiza menjalani hidup.
    Saya pun ada sepupu kahwin hujung Januari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin..terima kasih. Seronok tu ada family nak kahwin.

      Delete
  2. Doa yang baik-baik aje. Selamat Tahun Baru Fiza!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, mari kita doa yang baik² je. Happy new year sal :)

      Delete
  3. selamat tahun baru fiza!
    semoga 2020 lebih indah.. =)

    ReplyDelete
  4. Happy new year Fiza! Semoga tahun ini lebih baik, lebih bermakna dari sebelumnya. Hal kereta terbang kita tolak tepi dulu hehe 😌

    ReplyDelete
  5. Happy New Year too... mmm... BSH, tak tercapai pun... Awal January mesti pening... Persiapan sekolah anak satu hal... Road tax insurance mati la pulak awal Jan... End January, adinda ajak bercuti pulak.... mmmmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak perbelanjaan masuk tahun baru ni. Bertabahlah kita semua. Selamat bercuti :)

      Delete
  6. semoga tahun baru 2020 memberikan seribu keberkatan dlm hidup kita semua...aamin

    ReplyDelete
  7. bak kata my mum, tahun je berubah tapi orangnya masih sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul. Orang yang sama tahun je lah yang berubah

      Delete
    2. semoga 2020 menjadi tahun yg lebih baik for everyone. aamiin

      Delete
  8. semoga urusan tahun ini dipermudahkan allah.. aminnn

    ReplyDelete
  9. Shopee pum dah start CNY promo. Pejam mata je kak ana masa nk order kan barang makcik. Hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.