White Anthurium
Bila dah membelek tu, tak sah juga tak berkenan. Ada je berkenan dan mana yang mudah nak ambil benih tu siap-siap minta kat mak. Mak pun siap suruh bawa pasu sekali. Haa, sekali pakej pasu mak bagi tu. Itu kalau ada extra bunga dalam pasu lain. Terperasan ada satu spesis pokok keladi tu dah berbunga. Bunga pun satu je. Namanya White Anthurium. Cantik bukan?
Sempatlah shoot white anthuriuam tengah mekar kembang ni. Kalau berbunga banyak lagilah cantik. Pokok bunga spesis keladi ni memang cantik-cantik kan tapi macam susah jaga je. Kena letak tempat yang redup je. Tak boleh letak tempat panas yang terus kena cahaya matahari.
Agak leceh juga nak jaga pokok ni. Tapi spesis anthurium ni boleh juga letak dalam balang air kalau malas nak tanam guna tanah. Nak cuba jugalah cari yang jenis renek dan warna merah letak dalam balang kaca pun cantik buat indoor plant sebagai dekorasi dalam rumah. Okay juga idea ni kan?
Agak leceh juga nak jaga pokok ni. Tapi spesis anthurium ni boleh juga letak dalam balang air kalau malas nak tanam guna tanah. Nak cuba jugalah cari yang jenis renek dan warna merah letak dalam balang kaca pun cantik buat indoor plant sebagai dekorasi dalam rumah. Okay juga idea ni kan?
singgah pagi
ردحذفTerima kasih Kak Anum
حذفFirst time nmpk pokok ni 😅😅
ردحذفWarna putih ni agak rare sikit. Biasa warna merah tu
حذفRupa macam ular sawa pun ada.
ردحذفSelalu Mrs. A tengok yang color merah tu white pun cantik juga ya.
Kan..sekali imbas nampak bentuk tu. merah biasa nampak. putih je jarang nampak :)
حذفMemang cantik. Nanti kat dalam rumah pun macam taman bunga.
ردحذفDalam rumah mak belum ada tanaman lagi. Semua kat luar rumah je kat laman :)
حذفOoo bunga yang cantik ni White Anthurium namanya ye. Tapi saya pernah tengok yang warna merah punya, spesis yang sama kot :)
ردحذفyg merah tu anthurium jugak kak. cuma beza warna je.
حذفakak pun sama, mana pokok yang cantik suka amil gambar, tapi mak akak paling suka bunga puding.. macam-macam jenis dia da tanam... cumanya bila nk tanam sendiri asik la tak idup2
ردحذفpuding tu memang favourite mak mak suka tanam. mudah tanam dan daun pun cantik cantik. kat kampung semua menjadi kak..dok tanam kat bandar ni susah betul nak hidupnya.
حذفLawanya kak. Ada bukak kelas fotografi ke? Gambar semja lawa. *envy*
ردحذفTerima kasih Aien. Kita ikut angel yang mana nampak cantik je ni.
حذفbagos fiza suke menanam.. sy pon suke tp xreti jg pokok..
ردحذفbyk dh pokok mati sy tanam depan lab.. aduhai.. kesian pokok.. haha
ini tanaman mak kat kampung :)
حذفSeronok kalau ada laman luas. Mcm2 boleh tanam kan. Cantik pula hasilnya mcm bunga ni.
ردحذفkalau kat kampung memang seronok ada tanah luas. boleh tanam macam-macam
حذفLawoo bunganya.
ردحذفwak ada tanam tak bunga ni?
حذفokay sangat idea ni, segar mata memandang dibuatnya walaupun dalam rumah ..
ردحذفsejuk mata memandang pokok pokok ni. silakan cuba idea tu :)
حذفokay ni mmg first time tahu pasal anthurium. i like my morning read here.
ردحذفi've never really seen this anywhere.
kalau pergi nursery ada banyak jenis dan warnanya :)
حذفpernah bela white anthurium ni dulu. mak mertua bagi. tapi sayang naik kulat putih2 tu sampai jangkit pokok lain. solutionnya buang je la pokok tu.
ردحذفalahaii sedihnya.takde rezeki nak tengok pokok tu membesar kan.
حذفwaalaikumussalam. subhanallah. cantiknya lah bunga dia ^_^
ردحذفsangat cantik kan kak :)
حذفKalau balik kampung memang macam-macam benda nak dibelek.....anyway gambar cantik....
ردحذفitulah kan..aktiviti bila balik kampung.Terima kasih :)
حذفOhh boleh hidup dalam air je ya.. Hhmm menarik ni..
ردحذفyang ni ditanam guna tanah letak dalam pasu. kalau untuk indoor kalau xnak tanam guna tanah, boleh gunakan air ganti tanah. Letak dalam balang kaca lebih cantik
حذفApa jenis pokok untuk indoor plant ya...
ردحذفsansevieria, golden pothos, anthurium dan banyak lagi. boleh cuba google
حذفSekali tengok macam lain. 2 kali tengok baru nampak betul rupa dia. Cantik!
ردحذفKan..sekali imbas macam binatang yang berbisa tu kan. anthurium ni sangat cantik kalau berbunga :)
حذفso beautifull bangeeet tuh bunganya...
ردحذفye Ella. sangat cantik bunga ni
حذفThat's a really good idea. Kalau warna merah lagi lawa.
ردحذفJenis yang rajin menjaga ni seronok kalau gardening.
yup, merah lagi menyerlah. Seronok kalau menjadi. kalau kurang menjadi agak stress juga
حذفEh, samalah. Harini mak tunjuk pokok bayam brazil, mata ayam dengan ginseng. Siap bawak balik biji benih pokok keembong dengan batang pokok mata ayam untuk tanam kat rumah..
ردحذفwah banyak dapat bekalan tanaman tu. rezeki :)
حذفmmg seronok kalau tgk bunga bungaan cantik...riettta sgt suka....cantik bunga tu...ini lah baru pertamanya tahu namanya...
ردحذفPS: dah selamat kembali ke sekolah, sekejap je cutinya...
semua spesis anthurium sangat cantik bila kembang macam ni :)
حذفkita tahu pun sebab menggoogle juga namanya. jenuh cari.
Pokok-pokok bunga memang cantik. Tapi bila bunga mula nak layu and jadi hitam-hitam tu sangat spoil pemandangan.
ردحذفspoil pemandangan dan juga boleh buat stress juga tengok. huhu
حذفassalamualaikum
ردحذفpertama sekali nak minta maaf sebab lama tak jenguk sini... insya allah lepas ni saya akan kembali fokus pada blog sama seperti sebelum ni.
seperkara lg, jangan LUPA TERJAH LINK ni ya!
http://aniesandyou.blogspot.com/2020/01/terima-kasih-penghargaan-untuk-suku.html
there's something special for u!
Waalaikumussalam..
حذفTerima kasih banyak² Anies :)
Di Indonesia awal 2000an ini populer sekali. Banyak yang invest untuk mengembangbiakkan. Eh gak lama pasarannya memudar
ردحذفmungkin kurang demand dan orang pun dah kurang tanam.
حذفsekali tgk cam ular tedung 😁
ردحذفspesis anthurium slalu cantik2 tapi tu lah mmg ssh nak jaga
memang rupa dia nampak begitu sekali imbas. dia kena letak tempat redup baru dia okay
حذفpertama kali aku tengok bunga macam ni ohsome terimakasih telah berbagi hal ini
ردحذفSama² :)
حذفcantik gmbr..kena jaga yg btul tu sbb tkleh ltk tmpt panas yg trus kena cahaya matahari
ردحذفterima kasih. Ye, betul tu. ni mak letak kat tempat redup bawah pokok :)
حذفtrend skrg bunga ni dh dibuat bunga tangan.. cantik
ردحذفada ye? biasa nampak macam spesis bunga lily tu. cantik juga kan buat bunga tangan
حذفcantik bunga ni, macam nina mads cakap tu...sekarang ramai buat bunga tangan untuk majlis kawen or tunang...
ردحذفye kak, cantik bunganya. setuju tu :)
حذفtak pernah tengok pookok ni..
ردحذفteringat plak sejenis yang macam daun tp bunya..
warna merah ada tiang jugak tengah2 dia..
sama spesis ke mereka ? merah n putih..
yg merah tu sama spesis cuma beza warna bunga je :)
حذفKat kampung memang senang pokok nak hidup. Mungkin sebab udara persekitaran yang bersih.
ردحذف