Campak-Campak Bahan Jadilah Black Pepper Chicken
Dalam dok fikir ayam tu nak masak apa, kebetulan ada capsicum lebih masak spaghetti. Husband terrrbeli lebih. Alang-alang ada lebih dan mungkin akan membazir sebab tak tahu nak masak dengan apa selain masak spaghetti, so teruslah terfikir nak masak ayam black pepper jela. Senang pun senang iye tak?
Chicken Black Pepper Masak Cara Fiza
Siap defrost ayam dalam microwave, basuh dan potong-potong ayam nipis-nipis supaya cepat masak nanti. Gaul dengan garam sikit dan serbuk kunyit. Panaskan minyak 2 sudu lebih kurang macam tu. Guna minyak sikit je tak perlu banyak-banyak okay. Bila dah half cook, masukkan lah hirisan bawang merah, bawang putih dan black pepper. Dah agak-agak layu dan nak masak tu barulah masukkan potongan capsicum dan last sekali letak sesudu sos tiram dan kicap sesudu. Siap!
Ni namanya menu campak-campak je siap. Senang je. Kalau guna dada ayam dan potong nipis-nipis lebih cepat masak dan lebih senang nak makan. Juicy dan kurang lemak. Kalau untuk diet lebih sesuai grill, dan bahan lain tabur je jadikan salad. Ikut citarasa masing-masing lah kan. Ni kalau dah lapar dan nak cepat, campak-campak camni pun jadi sedap.
Nyumm makan dengan nasi panas, pasti terangkat 😍
ReplyDeleteSudah pasti tu kak :)
Deleteair tangan sendiri ..memang sedap..kebersihan terjaga..
ReplyDeleteBetul tu. Kebersihan diutamakan :)
DeleteYang campak² tula yang sedap. Serius! Suami akak salu kata gitu. Hehe...
ReplyDeleteKann..kalau suami jenis suka makan simple² sedap je :)
DeleteBahan-bahan pun mudah sahaja.
ReplyDeleteBetul tu kak..apa yang ada kita campak-campak je. Janji sesuai dengan menu :)
DeleteYa Allah, menduga betul tengok lauk Fizah..
ReplyDeleteJelas mata memandang macam terhidang depan mata tinggal suap jer..
Tengok gambar pun rasa sedap.. ;)
Hihi..boleh cuba kak resepi campak campak ni :)
Deletemenu campak2 tu yg yummyyyy
ReplyDeleteAlhamdulillah nyummy :)
Deleteyg campak2 tu la yg sedap
ReplyDeleteAlhamdulillah menjadi segala campakkan kita :)
DeleteNyum.. nyum mkn plak dgn nasi panas2. Menambah lah jawabnya 😄
ReplyDeleteMakan lauk dengan nasi panas bertambah sedapnya.
DeleteHappy birthday Fiza. Baru teringat hari ni birthday Fiza.
ReplyDeleteTerima kasih banyak² kak :)
Deletebetol fiza.. masak campak2 mcm ni pun sedap
ReplyDeleteselagi tak tercampak luar kuali :p
Deletehaha itu masak sambil marah
DeleteTeman hari tu try la jugak campak-campak... Tapi jadi lain la pulak... kikikiki...
ReplyDeletehihi..tu campak-campak versi magic lain tu :)
Deletemenu campak2 ni kadang2 lagi osem haha..
ReplyDeletebetul tu. kadang sedap lain macam. hihi
DeleteKadang-kadang yang campak-campak tu yang best.
ReplyDelete