Campak-Campak Bahan Jadilah Black Pepper Chicken
Dalam dok fikir ayam tu nak masak apa, kebetulan ada capsicum lebih masak spaghetti. Husband terrrbeli lebih. Alang-alang ada lebih dan mungkin akan membazir sebab tak tahu nak masak dengan apa selain masak spaghetti, so teruslah terfikir nak masak ayam black pepper jela. Senang pun senang iye tak?
Chicken Black Pepper Masak Cara Fiza
Siap defrost ayam dalam microwave, basuh dan potong-potong ayam nipis-nipis supaya cepat masak nanti. Gaul dengan garam sikit dan serbuk kunyit. Panaskan minyak 2 sudu lebih kurang macam tu. Guna minyak sikit je tak perlu banyak-banyak okay. Bila dah half cook, masukkan lah hirisan bawang merah, bawang putih dan black pepper. Dah agak-agak layu dan nak masak tu barulah masukkan potongan capsicum dan last sekali letak sesudu sos tiram dan kicap sesudu. Siap!
Ni namanya menu campak-campak je siap. Senang je. Kalau guna dada ayam dan potong nipis-nipis lebih cepat masak dan lebih senang nak makan. Juicy dan kurang lemak. Kalau untuk diet lebih sesuai grill, dan bahan lain tabur je jadikan salad. Ikut citarasa masing-masing lah kan. Ni kalau dah lapar dan nak cepat, campak-campak camni pun jadi sedap.
Nyumm makan dengan nasi panas, pasti terangkat 😍
ردحذفSudah pasti tu kak :)
حذفair tangan sendiri ..memang sedap..kebersihan terjaga..
ردحذفBetul tu. Kebersihan diutamakan :)
حذفYang campak² tula yang sedap. Serius! Suami akak salu kata gitu. Hehe...
ردحذفKann..kalau suami jenis suka makan simple² sedap je :)
حذفBahan-bahan pun mudah sahaja.
ردحذفBetul tu kak..apa yang ada kita campak-campak je. Janji sesuai dengan menu :)
حذفYa Allah, menduga betul tengok lauk Fizah..
ردحذفJelas mata memandang macam terhidang depan mata tinggal suap jer..
Tengok gambar pun rasa sedap.. ;)
Hihi..boleh cuba kak resepi campak campak ni :)
حذفmenu campak2 tu yg yummyyyy
ردحذفAlhamdulillah nyummy :)
حذفyg campak2 tu la yg sedap
ردحذفAlhamdulillah menjadi segala campakkan kita :)
حذفNyum.. nyum mkn plak dgn nasi panas2. Menambah lah jawabnya 😄
ردحذفMakan lauk dengan nasi panas bertambah sedapnya.
حذفHappy birthday Fiza. Baru teringat hari ni birthday Fiza.
ردحذفTerima kasih banyak² kak :)
حذفbetol fiza.. masak campak2 mcm ni pun sedap
ردحذفselagi tak tercampak luar kuali :p
حذفhaha itu masak sambil marah
حذفTeman hari tu try la jugak campak-campak... Tapi jadi lain la pulak... kikikiki...
ردحذفhihi..tu campak-campak versi magic lain tu :)
حذفmenu campak2 ni kadang2 lagi osem haha..
ردحذفbetul tu. kadang sedap lain macam. hihi
حذفKadang-kadang yang campak-campak tu yang best.
ردحذف