Kek Kahwin #zahirAH Terbalik Bukan Biasa-Biasa

Cantik tarikh 20.02.2020 kan? Ramai yang memilih tarikh tu untuk bertunang, nikah dan lain-lain lagilah. Walaupun tarikh tu jatuh pada khamis yang lepas, tak jadi masalah pun buat sebarang majlis sebab tarikh yang cantik. Tak ada maksud apa cuma nampak cantik tersusun nombor tu. Yang kita tahu, selebriti Zahirah Macwilson dan Emma Maembong memilih tarikh 20.02.2020 untuk majlis nikah mereka. Alhamdulillah tahniah buat pengantin baru. 


Lawa makeup nikah timeless kedua-duanya. Lagi menarik masa majlis resepsi #zahirAH muncul kek kahwin terbalik bukan biasa-biasa tau. Terbalik bukan sebab terjatuh tapi direka khas terbalik, keknya digantung dari atas. Chandelier wedding cake nama dia. Tak pernah dibuat lagi kat Malaysia ni. Ingatkan kek kak lina pom pom je lain dari yang lain, kek terbalik ni lagi lain dan lagi unik. Uishh, tak pernah terfikir pula ada kek terbalik. Siapa punya idea ni? Hebatlah buat kek terbalik macam tu.

Risau pulak tengok kek tu jatuh. Tapi cantik sungguh kejadian kek tu dengan hiasan kristal terjuntai tu. Bab dia potong tu, tadah pinggan je dari bawah weiii..Terpana terkesima kejap kita tengok kek tu. Lepas ni adalah orang tiru gak nak buat kek terbalik juga. Mesti akan ada tiruvasi idea ni. Wedding planner pun dah boleh mula buat pakej kek terbalik. Apapun kagum dengan idea dan ketahanan kek terbalik tu.

50 comments:

  1. Replies
    1. Tak pasti lah macamana dorang buat gantung elok tak jatuh tu. kena tanya pada yang lebih pakar :)

      Delete
  2. zizan doakan terbaik utk emma maembong... hehehe

    ReplyDelete
  3. seriau gak tengok kek tu..tapi mmg unik, idea yg out-of-the-box..
    make-up dua2 pengantin ni mmg timeless..less is more..

    ReplyDelete
  4. pernah tengok kek gini dalam siri Sugar Rush kat Netflix...memang lain dari yang lain..upside down gituuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh ada dah ye? kira ni tiruvasi lah ye. menarik idea ni.

      Delete
  5. betul ke bila potong terus tadah pinggan dekat bawah? wow hebat betul tukang buat kek ni. tapi memang cantik

    ReplyDelete
  6. Saya pun suka!!
    Suka sangat..nak jugakkk gituhhh! HAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  7. Ah~ Zahirah dan Aiman pun dah selamat? Alhamdulillah. Kek ni jadi bualan para baker ni nanti ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. bakal ditiruvasi oleh bakal pengantin akan datang. hihi

      Delete
  8. yg reka kek ni mmg pemikiran luar kotak..
    cantik..

    ReplyDelete
  9. kek yang sangat lawa dan mmg jadi trend nnt ni

    ReplyDelete
  10. waalaikumussalam. puas pikir camna lah kek jadi terbalik macam tu. nasib baik ada orang bagi jawapan kat timeline fb. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa jawapan tu kak? belum sempat mencari jawapan lagi. terkesima tengok kek tergantung tu :)

      Delete
  11. whoaa mmg rare la. dah join giveaway mama tak? jom join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. RM 1000 utk dimenangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rare sangat. maaf mamapp tak sempat nak join

      Delete
  12. dasat punya idea tukang buat kek ni. lwn teory newton tu hehehehe

    ReplyDelete
  13. Macam-macam idea giler zaman sekarang ni hahahaaa...

    ReplyDelete
  14. uih..bukan biashe-biashe tau..masa tengok hari tu pun risau takut kek tu jatuh.heheh

    ReplyDelete
  15. ohsome cake pertama kali tengok macam tu

    ReplyDelete
  16. trend terbaru lah pasni. cantik tapi honestly aku still prefer kek tak berbalik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. of course bakal jadi trend nanti. kann..senang nak potong kalau tak terbalik. hihi

      Delete
  17. UISHHH HEBATNYA KEK.. semoga perjalanan rumah tangga juga sehebat kek yang dipotong... Dunia berumah tangga sangat mencabar dan kadang2 memang out of the box like this cake juga!

    ReplyDelete
  18. Ada tengok dekat IG Zahirah.. tertanya-tanya juga, macam mana dia buat bagi kek tu cantik je tergantung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan..tertanya juga macamana boleh kek tu tergantung elok je

      Delete
  19. terfikir macammanalah agaknya dia gantung kek tu

    ReplyDelete
  20. wak dh tgk youtube how to make inverted cake., byk pakai skru kat dlm tuuh., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke wak..berapa banyak skru guna tu..risau jatuh je kek tu haa

      Delete
  21. mesti mahal harga kek terbalik nih., semoga perkawenan pon berkekalan ., aminn

    ReplyDelete
  22. Tengok contest mat saleh kat Astro. Diorang kalau buat kek event, lagi unik.

    ReplyDelete
  23. Pergh, ni memang mantap gilaaaa... Suka tengok... Tema yang indah... teringin jugak.. tapi... apakan daya... huhu..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.