Header Ads

Kita Baik Ramai Sayang

Masih lagi terkesan dengan permergian Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau lebih kita kenal dengan gelaran Abam Bocey. Sampai ke harini rasa sebak bila tengok social media penuh dengan segala cerita arwah masa arwah masih hidup. Kita yang hanya mengenali arwah sebagai artis dah terasa macam tu, apatah lagi keluarga dan kawan rapat terutamanya Fad dan Achey. Allahu..tak tergambar macamana dia punya sedih tu.


Semua kisah yang dikongsikan oleh mereka semuanya kisah yang baik. Arwah suka bersedekah, suka tolong orang dan paling utama tanggungjawab pada mak dan keluarga. Banyak amalan-amalan baik yang arwah lakukan. Ribuan manusia datang solatkan arwah dan mengiringi jenazah sampai ke tanah perkuburan. Allah muliakan arwah disebabkan amalan-amalan baik arwah masa hidup. Rasa macam tak percaya arwah dah tak ada.




Setiap yang hidup pasti akan mati. Kita semua akan mati jua cuma kita tak tahu bila ajal kita. Cuma dari kisah arwah ni, banyak pengajaran yang kita dapat untuk perbaiki hidup kita supaya kita juga dapat pengakhiran yang sama seperti arwah. "Kita baik ramai sayang". Betul kata arwah. Ramai sayangkan arwah walaupun ada dalam satu video tu dia kata dia ada 2 orang je kawan. Kalau kita baik, inshaAllah ramai sayang. Amalkan lah buat baik dengan orang. Itu ayat arwah yang sangat memberikan kesan.

Tapi pengakhirannya sangat dicemburui ramai. Kebaikan yang disembunyikan dan diketahui selepas ketiadaannya dengan izin Allah. Allah muliakan dia dan permudahkan segala urusan jenazah sehingga ke liang lahat. Semoga Allah ditempatkan arwah dan mereka yang telah pergi meninggalkan kita bersama dengan orang-orang yang beriman. Aaminn.. Al fatihah...
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah beliau , rahmatilah beliau , maafkanlah beliau , muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. 

هناك 29 تعليقًا:

  1. Kita Baik Ramai Sayang..tapi Abam bertuah sebab dia buat baik orang balas baik pada dia kan...zaman sekarang bukan senang nak jumpa yang sama-sama balas baik, dalam diam, rupanya musuh kita...

    ردحذف
  2. memang tak sangka penuh masjid sewaktu perjalanan terakhirnya... ramai yang sayang arwah...

    ردحذف
    الردود
    1. tak sangka kan. arwah orang yang baik sebab tu ramai masa perjalanan terakhir arwah.

      حذف
  3. Kita baik ramai sayang.
    Allahu Mrs. A pun sedih walaupun tak kenal Abam personally.
    Itulah orang baik Allah pun sayang.
    Di doakan semoga roh arwah Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama golongan para syuhada.

    ردحذف
  4. taglina abam kita baik ramai sayang jadi inspirasi semua netizen. semoga Allah tempatkan arwah di kalangan orang yang beriman.

    ردحذف
  5. Apabila arwah dah pergi, banyak kebaikan arwah tersingkap. Allah tunjuk amal arwah supaya kita dapat ambil iktibar.

    ردحذف
  6. aamiin.. ramai yang sayangkan arwah. sehingga sekarang pun masih lagi ramai yang menceritakan kisah-kisah kebaikan arwah

    ردحذف
  7. Betul..akak pun sangat terkesan, sampai makan x lalu, tido pun terganggu...sampai akak amik cuti Rabu 12hb...dalam otak masih tak lekang kisah arwah padahal bukan ada pertalian pun..kuat betul aura arwah abam kan...semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang dikasihi

    ردحذف
  8. aewah dgn arwah pak yus mmg org yg baik2 hadirnya disenangi hilangnya ditangisi dan dikenangi... alfatihah

    ردحذف
  9. Seronok tengok dia disayangi ramai. memang terasa kehilangan arwah

    ردحذف
  10. terharu tengok majlis pengebumian arwah...kita nanti, macam mana lah ya...Allahu...

    ردحذف
  11. krisis keluarga psl harta yg patut dihindari semua org., wallahu

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.