Adidas Stan Smith Shoes
Nak kata lama tu tidaklah. Tapi berhajat jugalah nak ada casual sneakers shoes selepas dah berputus asa dengan heels dan wedges yang ada. Dah tak boleh pergi dah dengan kasut tinggi-tinggi. Faktor usia dan kesihatan mungkin. Kurang selesa sebab kaki akan sakit lepas pakai bila berjalan jauh. Berbeza masa muda remaja dulu, okay je. Ke sebab bertambah berat badan kasut pun tak terdaya dah nak tampung. Heeiii kejamlah kasut!
Oleh sebab itu, lebih suka pakai flat shoes je. Sebenarnya dah ada kasut nike acmi pink/plum tu beli sama dengan husband cuma warna berbeza. Tapi itulah, kurang suka dengan design tu walaupun pink dan sangat bagus untuk kaki. Sesuailah untuk jalan-jalan dalam tempoh yang lama. Nike mungkin tak sesuai dengan jiwa kot sebab first time beli brand ni. Lebih suka kepada adidas 3 calit tu haa. Terberkenan dengan adidas stan smith ni.
Yang latest Superstar Black Pink tu lawa juga tapi macam terlalu tebal pulak tu. So pilih stan smith ni je lah yang simple seiring dengan usia dan pilih warna yang senang nak disesuaikan. Plus, dia punya material kulit tu lebih berkualiti dan selesa untuk kaki. Lembut dan tak menyakitkan kaki. Happy me! Orang dah offer nak belikan hadiah dan pilih je. Kita pun apa lagi..rezeki jangan ditolak. Alhamdulillah...Semoga terus dilimpahkan dengan rezeki yang berpanjangan. Aaminn..
sneaker paling selesa nak kemana-mana.. hehehe
ReplyDeleteYe, betul sangat. Jalan jauh pun takde hal lah.
Deletecantik dan selesa..
ReplyDeleteYes, semestinya lebih selesa :)
Deletesekarang ni ada satu jugak kasut yang jarang dan tak pernah pakai, masuk dalam wishlist..iaitu kasut bum equipment hahahha
ReplyDeletebum equipment pun lawa kak. harap ada rezeki dapat juga nanti. Aaminn
DeleteI'm holding myself back from getting a new bag or a pretty pair of shoes now that I'm home and free! Once I start, it's hard to stop. T_T
ReplyDeleteFor now memang tak shopping. Rezeki dapat hadiah, kita terima je. Betul, kalau dah start shopping susah nak stop. tahan tahan :)
Deletetahniah
ReplyDeleteMemang selesa dipakai
Alhamdulillah..ye, sangat selesa :)
DeleteBetul.nampak selesa Tu. Mama pun dh X boleh pakai dah heels
ReplyDeleteitulah kan kak..kena pakai yang lebih selesa.
Deletewak kalo masuk hutan pakai kasut getah kaler hitam jakk., ;p
ReplyDeletetahniahnye dpt hadiah kasut.,
ReplyDeleteEh, suka lah kasut camni.. lembut.. fan x sakit kaki...
ReplyDelete