Header Ads

Bekalan Dari Kampung

Balik dari kampung selepas kenduri selesai, banyak bekalan yang dibekalkan. Tak pernah lah balik rumah dari kampung dengan tangan kosong. Ada je lah bekalan dari kampung yang kena bawak balik. Kadang tu kalau boleh tak nak bawak balik sebab lebih fikirkan bekalan mak abah kat kampung tu. Tapi bila dipaksa bawak balik, bawak jugalah. Bukan apa, takut membazir kalau bawa sekali banyak. Tinggal pun berdua je. Jenuh jugalah nak menghabiskan stok bekalan tu. 

Biasanya kalau terlebih dan tak mampu habiskan tu, awal-awal dah bagi kat jiran. Disebabkan kali ni ada kenduri dan adik-beradik semua balik. Masing-masing dah dapat bekalan masing-masing. Jadi, bahagian tu jadi sikit lah merasa sorang sikit macam tu. Kira cukup cukuplah bekalan untuk masing-masing bawak balik. Yang mana tak makan dan rasa terlebih tu, tolak pada yang nak lebih. Tapi kalau stok cili api dapat lebih pun takpe sebab kat bandar ni susah betul nak dapat cili api kampung. Dah dapat banyak macam ni pun dah syukur sangat.


Buah nanas dapat sebiji. Itupun besar kemain lagi. Siap buat nasi goreng nanas 2 kali dan selebihnya buat air je. Buah jambu batu, sekali hadap je habis terus. Kalau dapat asam tabur tu lagi sedap makan. Lama betul tak makan jambu batu ni. Pisang tanduk nangka pun bawak 3 biji je. Tunggu masak sikit baru goreng. Biasanya sehari satu je goreng, itupun dah cukuplah makan berdua untuk minum petang.

Semua bekalan ni dimanfaatkan sepenuhnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni. Syukur bawak juga bekalan dari kampung ni. Ada juga bekalan makanan kat rumah ni. Ye lah, nak keluar rumah kejap pun takut dan risau. Tapi kalau dah habis makan tetap kena keluar beli juga. Bertabahlah semua. Jaga pemakanan, kesihatan dan kebersihan dirumah. Semoga semuanya terjaga.

هناك 31 تعليقًا:

  1. ituuuu dia stock cili padiiii.. banyaknyee hahaha..

    ردحذف
    الردود
    1. Biasa memang dapat banyak macam ni untuk setok seminggu dua camtu. rezeki :)

      حذف
  2. Saat keramaian mudik tahun lalu beradar meme lucu. Waktu pulang kampung cuman bawa sekotak oleh2, pulangnya bawa segudang perbekalan dari orang tua hehehe

    ردحذف
    الردود
    1. Hihi..penuh kereta bawa bekalan dari kampung. rezeki :)

      حذف
    2. Iya Cik, serasa habis merampok rumah orang tua di kampung :D

      حذف
  3. Alhamdulillah rezeki semuanya tu. Mesti mak ayah Fiza gemar berkebun ye di kampung?

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah..yang ni semua beli untuk kenduri. Ini lebih yang tak habis. kecuali pisang tu je yg tanam.

      حذف
  4. memang seronok balik dr kpg selalu bawa macam2 kan. lagipun sayur kpg sedap2 dan segar

    ردحذف
    الردود
    1. paling best bawa sayur yang susah nak jumpa kat bandar tu :)

      حذف
  5. Kalau balik kampung memang wajib bawak bekalan kan... mcm2 betul di bawaknya

    ردحذف
  6. Di malaysia ada kenduri juga yaa?
    Di sini juga ada yang menyebut kenduri juga.
    Asyik, pulang kampung dibawakan banyak perbekalan untuk dibawa

    ردحذف
  7. boleh tahan sebulan tu ahahahha.. semga semuanya sihat di sana

    ردحذف
    الردود
    1. Cili api je kot boleh tahan sebulan. buah-buahan kejap je boleh habis tu :)

      حذف
  8. buah tu :) best nyer!
    cili padi tu, separuh aida akan blend.
    buah kicap cili padi.wow!!!
    terbayang-bayang makan dgn soto dan bergedil.

    ردحذف
  9. sedapnye....boleh masak mcm mcm ni.....

    PS: rietta pun beli je fried enoki tu...belum pernah goreng sendiri....

    ردحذف
    الردود
    1. betul. macam macam masakan boleh dipelbagaikan.
      oh ye ke..ingatkan buat sendiri :) ampunnn

      حذف
  10. sedapnya nasi goreng nenas! tak pernah try buat...nak cari nenas pulak rasa, tapi sekarang tengah PKP, kita hold lah dulu benda tak penting..huuhuhhu

    ردحذف
  11. Harini bawak jambu batu gi kerja... selama 10 harini kena diet.. tengah buat ujikaji berapa. kg turun dlm 10 hari

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.