Header Ads

Kek Pisang Tanduk Nangka, Guna Sebiji Pisang je!

Pertama sekali, jangan kau orang ingat kek pisang ni dibeli di Secret Recipe ye disebabkan oleh cake board Secret Recipe tu. Kek pisang buat sendiri tumpang cake board SR je. 

Pisang tinggal sebiji tak tahu nak buat apa, 2 biji dah digoreng sehari satu. So yang last sebiji ni nak buat kek pisang je. Jadilah guna sebiji sebab pisang tanduk nangka ni sebab saiz dia lebih kurang pisang tanduk cuma kecik sikit sebab dah dikahwinkan dengan pisang nangka. 

Gitu cerita dia kenapa guna sebiji pisang je.


Buat kek pisang ni kira berbakat sikitlah. Kek lain kadang jadi kadang tidak. Tapi kek pisang confirm jadi. InshaAllah. Kek paling mudah lah pada saya. Cewahhh..mudah lah sangat kan. Boleh tengok resepi kek pisang gebu yang saya dah pernah share sebelum ni. Bekas aluminium foil takde, guna loyang springfoam senang nak keluarkan kek nanti.

Ni dia kek pisang saya, tekstur dia macam padat sikit dan kurang nampak serat pisang tu sebab guna pisang tanduk nangka tu. Tapi takpe, tetap menjadi dan ada rasa pisang tu. Bolehlah tu buat minum petang untuk 2-3 hari akan datang. Ke belum sempat esoknya dah habis dah. 

  
Kalau nak sedap lagi tambah coklat cip dan coklat masakan. Failed pulak nak buat coklat leleh disebabkan adunan cair. Takpe, janji nampak sedap sudahlah. 

Kek pisang dah lulus, lepas ni nak cuba buat kek marble pulak. Niat tu dah ada, nak cuba tu belum tahu lagi. Tengok bahan macam tak berapa nak ada. Simpan dulu lah niat tu.


Lega bila dah gunakan habis stok pisang yang ada daripada membazir menanti busuk. Pisang ni cepat betul masak. Daripada membazir tu, baik buat kelainan sikit supaya tak jemu. Sama juga macam roti, dah jemu makan roti kosong boleh buat puding roti. Nah, begitu caranya.

هناك 42 تعليقًا:

  1. sedapnya kek pisang fiza.. berbakat masak fiza ni..

    ردحذف
    الردود
    1. sedap juga lah ikut taste sendiri. bab kek pisang je berbakat. kek lain kurang berbakat. hihi

      حذف
  2. Wah! cantik menjadinaya kek pisang tu
    Terliur tengok hehehhe...

    ردحذف
    الردود
    1. syukur menjadi. kalau tak jadi, kena habiskan jugalah sikit sikit.

      حذف
  3. sedap lah lebih2 lagi dgn presentation yang cantik. good job sis! i lioke 😍😍😍

    ردحذف
    الردود
    1. Hehe..presentation kena cantik baru nampak sedap. Thank you sis :)

      حذف
  4. kalau cuma sebiji kayaknya kurang terasa ya, pisangnya. tapi pasti tetap saja enak.

    ردحذف
    الردود
    1. ye betul. Kurang rasa pisang tapi pisang tanduk sedikit besar ibarat 2 biji pisang biasa.

      حذف
  5. Cantik kejadian. Rajinnya setup tempat nak photoshoot. Hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah lawa jadinya. Kena rajin setting baru gambar cantik sikit :)

      حذف
  6. Ya Allah sedapnya. nampak sedap tu rasa macam nak nangis tau tak.

    ردحذف
  7. coklat tu yang menambahkan lagi kemenarikannya

    ردحذف
  8. kalaula kita jiran.. buat muka tak malu da ketuk pintu mintak sket..
    suka sangat kek rasa pisang =D

    ردحذف
  9. bestnyaaa….dah lama tak buat kek pisang!!!!

    ردحذف
  10. Sekarang kalau teringin masak sendiri je lah nampaknya. Sesekali kena juga, tak nak stress sangat duduk rumah. Alhamdulillah ada rezeki. :)

    ردحذف
  11. Cake pisang ini enak sekaliiii .... 😋

    Penyajiannya ditumpuk menjulang tinggi seperti tampak di foto makin ... bikin saya ingin melahapnya 😁🤭

    ردحذف
  12. Apabila dah lama duduk rumah macam-macam cara nak pelbagaikan pisang tu. Kitorang cekodok je laku takpun pengat.

    ردحذف
  13. Time PKP ni memang asyik lapar je kan. Dah lama takde stok pisang kat rumah ni. Tunggu ada baru buat

    ردحذف
    الردود
    1. itulah pasal. nak jumpa buah pun payah. ini pun last stok bawak dari kampung before PKP. Ye lah sal, kena tunggu ada baru buat.

      حذف
  14. biasa pisang tanduk buat kerepek..ni kek ye...yummy nmpknya

    ردحذف
    الردود
    1. itulah. dah tak tahu nak buat ape, ada satu je pun dah masak pulak tu. nak mengkerepek memang tak sesuai. ni main hentam buat kek je lah. janji sedap okaylah tu :)

      حذف
  15. adui kakkk. tngok gmbar pun dh sedap ni. acaneee. hehe

    ردحذف
  16. memalam nie ternampak entry kek pisang.. sedapnya awak.. lama tak makan kek pisang yang sedap..

    ردحذف
  17. bukan setakat pandai memasak ., amek gmbr pon berbakat n ohsem., ;p

    ردحذف
  18. Saya suka kalau kek pisang tu lembut.. sedap sangat... Ui. ni ads coklat cip.. mesti sedap behtul ni... buat ler kak.. kek Marble.. nak nengokkk.. huhu

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.