Menanti Bayam Brazil Membesar

Selamat pagi! Hari ke lapan Perintah Kawalan Pergerakan. Cuaca kejap panas kejap mendung. Tapi hati masih mendung memikirkan bilalah virus covid-19 akan berakhir. Sama-sama kita berdoa supaya Malaysia dan seluruh dunia bebas Covid-19. Aaminn..Duduk rumah takde buat apa tu bolehlah bercucuk tanam isi masa yang ada.

Takde lah bosan bila tak ada aktiviti nak buat. Paling mudah, kau orang boleh tanam bayam brazil sebab bayam brazil ni spesis sayur yang mudah tanam dan mudah hidup. Bolehlah nanti buat ulam ke goreng sebab sekarang nak dapat stok sayur pun susah. Telur, roti lagilah dah macam kepupusan. 

bayam brazil letak kat tingkap dapur, senang nak petik bila dah besar

Alhamdulillah bayam brazil yang Fiza tanam kali kedua ni semakin merimbun. Cuma daunnya lambat pulak besarnya. Sabar je lah menanti bayam brazil membesar. Tak sabar nak petik lagi. Rasanya kena tanam dalam pasu besar lagi kalau nak dia membesar dengan cepat. Kalau guna pasu kecil ni pertumbuhan pokok pun terhad. Tapi buat masa sekarang ni tak boleh keluar nak beli pasu semata-mata. Kedai pun tutup kan.

Nak makan sayur cepat, boleh cuba cara mudah tanam taugeh dirumah sebab hari ke-4 atau ke 5 dah boleh makan dah taugeh tu. Malas tanam sayur, tanam bunga pun boleh jadikan hobi. Rumah pun lawa ada hiasan bunga. Alang-alang duduk di rumah tu apakata kemas-kemas rumah pun seronok juga. Confirm tak bosan! Pandai-pandailah isi masa dan manfaatkan masa yang ada okay. Jangan stress dan be happy!


17 comments:

  1. Jimat duit makan sayur yang ditanam.
    Rajin Fiza biakkan bayam Brazil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama juga ni nak menunggu. Bila masa petik nak makan tu je la baru rasa jimat tak payah beli sayur. Propagate biar lebih banyak lagi :)

      Delete
  2. itulah, mak timm pun dok berleter suruh blajar berkebun, haha! mak xpelah semua tanam naik jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..kalau tak minat berkebun kena buat benda lain yang kita minat. Janji tak bosan :)

      Delete
  3. Best tanam dkt ngn dapur, umah akak dapur tak bertingkap heheheh...

    ReplyDelete
  4. ramai yg tanam bayam brazil..tp kita xmkn bayam

    ReplyDelete
  5. Bayam brazil yang nurul tanam dah tak segar dah sejak tinggalkan balik kampung hari tu. Dah baja, siram pun still same.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba trim dan biarkan yang baru tu tumbuh tengok macamana. atau potong dan cucuk batang yang baru :)

      Delete
  6. eheheh satu hari kena sebut 10 perkataan baik kat pokok
    nanti diorang besar sihat dan segar hehe..

    ReplyDelete
  7. Ala.. rasa macam nak gi opis kutip je.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe kak, kena tunggu habis PKP ni baru boleh petik.

      Delete
  8. walawehh amek moment air jatuh merecik tuuuh.,

    ReplyDelete
  9. Be happy! Huhu.. Sedapnyaaa masak bayam Brazil...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.